Tuesday, December 22, 2009

CeRMiN Ku ReTaKk SeRiBu...







kejadian yang agak mendebarkan.. tetibe cermin kete ku retak seribu setelah bunyi letupan yang agak kuat... semasa melalui jalan semambu pulang dari tempat kerja.. keadaan jalan yang sangatla berlubang lubang membuatkan pemanduannya agak perlahan.. ( takut aligmen lagi lari..) tapi time kasih jugak kepada keadaan jalan tu.. kalau la laju.. mau ye serpihan cermin itu bakal mencederakan kami...
pesanan buat pemandu hati-hatilah di jalan semambu.. kerana kenderaan lain yang agak laju pemanduan mereka walaupun dengan keadaan jalan raya begitu.. ( nak tunjuk kete power kot? x pun kete diorg mmg tinggi.. )
pe pun.. dah kene macam ni baru lah aku tau keteku ini x de insuran tingkap rupeye.. tu ler... salah sape... selame ni tau bawak jer.... huhuhuh pengajaran pengajaran...

Thursday, December 3, 2009

McD vs KFC






















Geram betul... iklan bukan main lagi.. beratur punya la panjang.. masing2 dok la nengok2 ke depan. aikkk??? nape x de sorang pun order 'tu'? pelik???? hmmmm... tunggu lagi.. last2 g jenguk2 kat dapur dia.. sah!! memang x de.. eeeeeeeee.... dah beratur panjang lak tu. nak makan menu lain x nak lak. pk 2 saat.. KFC. mkn snack plate. kenyangggg.. huhhuuhu

Wednesday, November 25, 2009

SeRiuSsS !!!!



seriussss... memang x sangka ade mende alah ni... thanks to kak wati snap gambo nih.. ekekekke memang jadi kenangan la buat keluarga kami.. hahahahhha


Monday, November 23, 2009

DeCoDe- PaRaMoRe : NeW MoOn

adoiiii,,, hari2 dok dengar ost jer,,,

x sabo nak g tgk movie lak.. ekekekek

sebelum ni x de la minat sangat filem2 omputeh ni,,

tp pas dgr ost hari tu.. aku jadi teringin lak nak nonton filemnya.

sekuel pertama best gak.. yang kedua ni tgk thriller agak lagi best kot?

hmmmmm... past ni dah leh g tgk bile2 mase je..

nak nonton midnight pun bleh.. ekekekkek

beh3.. x sabar lak.. wakakakka..

Friday, November 20, 2009

StaTuS BaRu, HiDuP BaRu, PeRaSaAn BaRu..


wakakkaka... lame betul x update blog nih.. bukan pe.. x tau mcm ne nak gambarkan serta ceritakan kat blog nih. kering idea nak menulis. bukan xde cter.. tp... ade je penghalangnye.

Syukur sangat,, semua yang dirancangkan setahun lalu menjadi.

30 october 2009, statusku dengan selamat ditukarkan kepada 'puan' heehhehheh. mcm2 perasaan yang ada. dan yang paling ketara seklai adalah perasaan LEGA. semua selesa dengan baik. semua berjalan lancar, walaupun tidaklah se'perferct' mana.

Dikesempatan ini aku nak ucap jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada puan-puan dan tuan-tuan sepejabat serta orang rumah masing2, kerana sanggup bekerja sama menyediakan sajian yang sangatlah enak untuk kami. sesungguhnya ia merupakan satu kenangan yang x mungkin akan kami lupakan.

Especially buat kak.g saya uploadkan skit ye gambar kat sini. sori x dpt up load byk.. nanti org kate over lakkk.. ekekekekke.

sebelum tu aku nak mohon maaf kepada kenalan mahupun sahabat yang kami terlepas pandang untuk di walimatul urus. kami mengharap doa kalian semua supaya kami kekal hingga hujung nyawa.

Friday, October 23, 2009

Jangan, jangan, jangan....

Jangan sengaja lewatkan solat.. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Thursday, October 8, 2009

DaH NaK BeRsAwAnG...





heheheheh dah lama tak update blog nih.

bz semedang.
lepas raya sibuk rumah terbuka serta kenduri kendara..

2 minggu lagi nak final exam..

3 minggu lagi nak cuti panjang..

macam-macam feeling yang ada nih..

saje post entri ni takut nanti bersawang,,

ekekekekke
http://adiwidget.com/images/frame/cute_03.png