Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

Sekadar berkongsi. Baca sampai habis???.petua tercekik tulang.. kajian terbaru..

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali
berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan
best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku,
apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka
adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelakiberiman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh
tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan
dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah
akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. ?o'utang kereta/
rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai
sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam
aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke
inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!
Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke
bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat
ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai
perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak
suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu
pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan
dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity
of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3
kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata
dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he
heh"-kataku.
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi
makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik
dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab
mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi
bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer,
namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan
makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang
tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat,
ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi
kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang
tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan
diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di
lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!
He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang
mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat).

* Nota: Aku dapat nie dari forwarded e-mail, sesiapa yg menulis benda nie
aku rasa dia memang kelakar..... ... andnot only that themessage? were
well presented... ...... Nice!!!!kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails