Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

kumpul lemak 10 tahun tp nak buang 10 minggu

KUALA LUMPUR: Kegilaan wanita untuk kurus secara umumnya kerana pengaruh iklan yang menguasai pemikiran mereka, kata Pakar Sakit Puan dan Perbidanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Harlina Halizah Siraj.Katanya, apabila terpengaruh dengan iklan wanita itu merasakan jika tiada bentuk badan ideal dan cantik akan membawa implikasi terhadap masa depan dan harga diri mereka.“Wanita seperti ini sudah lari daripada objektif untuk nampak langsing dengan sasaran semata-mata kecantikan bukan untuk kesihatan.“Padahal kebanyakan iklan kecantikan itu memang mengarut. Sebagai contoh, mana boleh lemak yang terkumpul selama 10 tahun tiba-tiba dihapuskan dalam tempoh 10 minggu,” katanya.


Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro Khamis lalu memetik keinginan memiliki tubuh langsing dan cantik menyebabkan seorang pengarah syarikat mati selepas menjalani rawatan membuang lemak di sebuah pusat kecantikan terkemuka di Ampang, tiga hari sebelum itu.
Mangsa, Noraini Mohd Ghazali, 30, yang menjalani rawatan lebih 14 kali di pusat kecantikan itu sejak tahun lalu meninggal dunia ketika menjalani rawatan susulan untuk menghilangkan rasa sakit pada pinggul kesan penggunaan ubat-ubatan yang belum dikenal pasti sumber diperoleh. Sementara itu, pakar pembedahan plastik Hospital Ampang Puteri, Datuk Dr Jalil Jidon, berkata beliau menerima banyak kes daripada pesakit untuk ‘membaiki’ kerosakan di tubuh badan akibat melakukan pembedahan daripada doktor yang tidak bertauliah.Katanya, kebanyakan pesakit kes itu mendakwa mereka mendapatkan rawatan pelangsingan di salon kecantikan dan di klinik tertentu.“Saya nasihatkan kepada orang ramai khususnya wanita yang ingin kurus supaya mendapatkan rawatan hanya di hospital dan dengan doktor pembedahan plastik bertauliah,” katanya.
hmmm... sendri mau ingat ar......
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails