Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

TaHuN DePaN

kikikiki...
macam lame je tahun depan.. padahal ye sok luse dah menginjak tahun 2011..
selamat tinggal 2010...
semua pahit manis akan kehidupan yang dilalui sepanjang 2010 ada yang ku simpan dalam kotak fikiran ku ini..
ada juga yang ku biarkan ia berlalu bagai angin bayu...

macam bese la.. semua orang kalau dah nak masuk tahun baru ni...
mesti semua dok sibuk nak cipta azam baru..
ada jugak yang masih meneruskan azam2 tahun lama yang masih lagi belum terlaksana..
x terkecuali aku la.. tapi x bermakan azam tu perlu ada bila muncul je tahun baru???
x semestinya...
so.. hujung tahun ni aku tak nak la citer pasal azam..
azam2 yang tahun lepas pun ada lagi yang belum dilaksanakan.. tapi alhamdulillah.. ade juga yang berjaya aku laksanakan..
di tambah pula dengan kehadiran tahun baru ini.. sedikit sebanyak ade jugak terdetik dalam hati ni.. ( azam baru??? hihihi)

penutup tahun 2010 ni bermakna buat rakyat malaysia..
kerana buat pertama kalinya Malaysia memenangi piala AFF suzuki yang sememangnya menjadi idaman peminat sepak bola tanah air.
walaupun aku bukan la tahu sangat pasal bola..
tapi terbit juga la rasa bangga dalam diri melihatkan kejayaan HArimau Malaya semalam.
tambah bermakna la apabila kerajaan mengumumkan cuti khas kepada kakitangan awam...
(hihihih)

hmmm...
banyak mende nak kene buat sebelum tahun depan nih...
kire semcam penutup tahunan la..
macam buku kira-kira lak ade tutup akaun bagai..
pape pun 2010 banyak membawa kebahagian buat aku..
syukur kepada ALLAH swt, dengn limpah kurnianya...
aku masih lagi diberikan kesempatan menjadi pelakon di pentasnya
masih lagi diberikan kesempatan untuk bersam insan-insan tersayang..
dan juga masih diberi kesempatan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan diri yang ada.


untuk perancangan tahun depan macam2 dah ade lam kepala nih..
aku tahu bangat,, aku hanya mampu merancang,, hanya ALLAH yang menentukan semuanya.
jadi aku berharap semua rancangan akan dipermudahkan oleh ALLAH,
dan semoga ALLAH memberkati semua rezki-rezki yang dilimpahkan kepada aku sekeluarga.

harap-harap.. tahun depan perlu la lagi aku berhujah dengan berapi-api..
apa lagi ek???
nak citer ape lagi???
tunggu je la tahun depan..
mesti banyak yang nak di updatekan.. hihihi..

semoga kalian semua berbahagia selalu dan mendapat lindungan dari ALLAH swt dalam menjalani kehidupan seharian.

wakakkaka
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

EnToH LerRR..



aduyai...
minggu ni agak sibuk..
x sempat nak cari cerita.. wakakkaka
walaupun banyak yang berlaku tapi macam x reti je nak ceritakan kat sini..
x pe la.. nanti2 la aku ceritakan.. x pun x perlu la ceritakan..
tp disebabkan kene post gak walau satu entri sekalipun seminggu... jd aku pun bebel2 la ape yg aku suke..
mana la tau kot2 nanti bila org search kat google
blog aku antara carian tertinggi?? wakakkakak ( tinggi cita2)
hahahhaha.. x pe la.. x kisah pun.. sape la aku..
blogging pun saje suke2 jer.. just nak share dengan orang ramai yang sudi nak membaca..
kalau x sudi x per.. tiada paksaan. x suh bayar pun kalau nak baca.. hihihi

ha... tetibe ade lak idea nak cerita..
sok kan hari sabtu kan?
sok hari krismas kan?
aktiviti harus aku mestilah berada di beserah..
kebetulan pulak tok yie n tok annis shaakir nak balik
kate ye nak g makan ikan bakar
perancangan saja.. ntah2 ambik ikan kat pasar g anto kat kedai je..
makan je la kat umah.. wakkakakaka..
x kisah la. janji dapat bersama keluarga besar sok...
dah lame x makan2 lepak2.. walaupun keluarga itu masih baru buat aku..
masa ni la nak erat2 kan lagi hubungan.. tambah pula dah ada shaakir ni..
lagi2 la perhatian pada dia.. ekekekke

yang membaca jangan terpedaya dengan tajuk..
walau x de idea.. tp nak juge postkan sesuatu..





gambo merujuk kepada hari dimana kami meraikan hari ulang tahun miji.. x sangka ade suprise baling tepung.. mase ni baru balik dari tgk wayang.. seruuuu bangat..
( gambo cilok dari FB bg sam )
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

CeRiTa HuJuNg MiNgGu YaNg LaLu

yuhuuuu....
masih lagi berkait dengan aktiviti beramai-ramai
entri lepas dah cter pasai p ipoh meraikan kak wati..
hari keesokannya pulak kami terlibat dengan tounament boling yang dianjurkan oleh pihak OCD
yang menariknya ialah game ini disertai oleh staff dan salah seorang ahli keluarga masing-masing
yang mana aku rasa sangatlah patut diadakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesame kita..
bukan pe, aku sendiri pun, keje satu uia pun masih lagi tidak mengenali antara satu sama lain
so dengan join aktiviti macam ni dapat la aku kenal muka2 baru yang ada, senang jugak la kalau kata ada perlu berurusan dengan mereka nanti.. x de la kekok sangat bila kita dah tau n kenal pada siapa kita perlu berurusan.. kan kan kan?

game start lam kul 10 lbh.. mane yang dah pro ngan game ni mmg kejap je la habis yer..
bagi suami ku yang setahun sekali main boling ambik masa gak ler nak habiskan 3 game. tp seronok tgk.. setiap pasukan walaupun boling ni bukan sukan kepakaran diorang tapi masih lagi sporting join the game, sekadar meluangkan masa bersama, hari tu megalanes di kuasai oleh geng2 uia.
dalam dok tunggu diorang habis game aku teringatkan puan syima,
anaknya baru selesai berkhatan,
hari tu mmg niat nak g melawat, cuma x tau bila.. tanpa merancang pape, aku g tanye bro sam n bro nizam, diorang pun x de rancangan pe.. so setuju je nak join sekali.
habis je penyampaian hadiah kami terus je ke rumahnya.
dan seperti biasa lah kami menghabiskan hujung minggu di beserah..
aku tido x hengat ape.. penat sekali dong.. bangun2 tgk shaakir yang tido sekali x de kat sebelah, keluar bilik tgk dia dikelilingi aki n pakcik2 dia.. tgk2 jam.. mak aiiii dekat kul 9 malam..
pas tlg mak masak jap, makan-makan pas tu gerak balik.. sok nak keje..
mase tu la.. terpikir.. kalau la esok tu hari ahad lagi... wawawawawa...


ni masa mula2 sampai.. bese la.. sesi bergambar

mereka-mereka yang diraikan...

kami pulak yang dapat makan..

mcm bese.. model x terlatih.. mane2 pun buleh jadi lokasi shoot. ekekekeke

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

bile orang kuantan p Ipoh..

muahahahhaha....

rezeki rezki rezki..

mula tu ingatkan x dpt le meraikan hari perkahwinan kak wati disebabkan jemputannya yang last minit tu.. geram memang la sangat geram pada mulanya..

tapi nak buat macam mane.. hal kenduri kawin gini mmg macam-macam boleh berlaku..

orang sebelah tumah pun kadang-kadang lupe jemput.wakakakka.

tapi mujur la dengan ihsan abg sam sekeluarga

dapat la kami menumpang sampai ke Ipoh sane..

masih juga ralat kerana tidak dapat berlamaan di sana

kerana keesokan paginya ada plan lain yang dah terancang


hemat kami kalau la dapat berlamaan di sana sudah tentu banyak tempat bakal menjadi kunjungan kami.. terutamanya IKEA yang sememangnya menjadi bualan hangat.. ekekeke

tapi disebabkan masa yang sangat la mencemburui kami maka terpaksa la kami pulang setelah sesi bergambar habis, kalau ikutkan photog.. mmg x puas lagi memukulnya.. hahahha

mengenangkan aktiviti yang bakal kami tempuhi esok maka ala kadar saja la..


perjalanan menyeronokkan, konvoi ngan nemo..

sempat lagi outdoor sesi kat tempat mane ntah.. (cover..cover.. salah jalan..ahakss)

banyak jugak la xcdent sepanjang pergi dan balik membuatkan aku kecut perut jer..

tapi alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan kami walaupun masih tersangkut dengan '' owg buat jalan'' bese la.. ''kei el''

rancangan awal yang spatutnya sampai sebelum 10 malam meleset sama sekali..

kul 3.30 pg baru dapat menatap wajah anaknda terchenta..

pape pun seronok..
seronok lagi kalau dapat bermalam.. cuti-cuti ipoh-kl..




ps: gambo ni diambil gune kamera murah jer.. tp.. ok gak la.. ekekekek nmpk la muke gojes kak wati.. ahakssskalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MaCaM - MaCaM...

Salam Maal Hijrah..
tahun berganti tahun..
macam-macam yang dirancang..
macam-macam yang berlaku..
apa yang dirancang tidak semua terjadi seperti yang dirancangkan..
macam- macam ada dalam kepala..
macam-macam menda nak buat..
kadang-kadang kalau dah banyak sangat macam ni...
mesti ade menda yang tak dapat. atau tak jadi..
macam kejutan jumaat lepas..
dengan tak disangka..
mula tu frust.. terkilan.. macam-macam la dalam hati ni.. dalam fikiran ni..
mungkin salah aku jugak.. tak reti nak merancang..
macam-macam yang aku tengok orang buat aku nak buat..
orang lain buat berjaya jer.. tapi aku belum tentu berjaya
macam-macam mende aku kene perbaiki lagi.
macam-macam perkara yang aku kene belajar lagi..
walaupun macam-macam perkara yang jadi dan tak jadi..
ia langsung tak melemahkan semangat aku..
dorongan suami serta rakan masih kuat untuk aku.
rancangan yang tergendala akan diteruskan juga..
cuma aku akan cuba lakukan satu demi satu..
supaya kali ini semuanya akan berjalan lancar.
kejayaan orang2 terdekat menjadi pendorong
serta pembakar semangat untukku terus berjuang
mendapatkan macam-macam yang aku nak tu.. hihihih..
macam-macam...
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

KeJuTaN...

speechless...
terkejut.......
terkedu.....
perasaan aku saat ini...... hanya ALLAH je yang tau.. sekian lama aku menunggu saat ini, kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah pagi jumaat. tak tau nak kata apa dah.. ape yang perlu aku buat lepas nih.. di saat aku dah kembali mengingati detik2 indah... di saat aku kembali bersedia menjalani kehidupan seterusnya.. sedih.. terkilan.. x tau nak buat macam ne...
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
x tau nak cakap pe lagi..
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

PaRt TiMe MoDel...???

wahhhh...

jangan jelezzzz... ahakss..







kalau easy bace blog nih mesti dia kate aku dah terpengaruh ngan dia..

nak lawan dia.. hahahaha.. ( x termampu.. dan tak terfikir pun..)

bukan pe.. sejak akhir2 ni sejak kawan2 opis ni dok sibuk berDSLR..

aku nak beli masih lagi x mampu. ( insyallah kalau ade rezki.. teringin juge.. )

jadi untuk setakat ni berlagak jadi model diorg je la..

untuk dia orang practice mendapatkan hasil tangkapan yang lebih baik dari masa ke semasa.

bukan niat pun nak expose kan diri

tapi sekadar membantu rakan-rakan disamping mengumpul koleksi moment yang aku kira sangat berharga untuk tatapan generasi akan datang.


seronok tengok diorang dengan skill masing2..

sekali sekala ber'outing' ramei2 dapat lebih merapatkan hubungan silaturrahim.

hasrat untuk out door bersama suami tercapai jugak.

next time kalau dapat arrange satu perkelahan keluarga lagi la seronok.

moment bersama rakan, keluarga yang penting anak-anak.










ni la easy.. fotogenik, dan yang penting memang dia berbakat.. ( pinjam gambo yer easy? )

P/s: aku rasa bukan aku saje yang ingin merakam moment indah keluarga. mungkin ramai lagi yang mahu tapi malu. so.. promote skit. tgk2 la kat sini yer...http://kawankawanphoto.blogspot.com/

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

NyAmUk..

adoyaiiii...
sejenis binatang pembawa penyakit..
aku takut..
nyamuk sekarang membiak elok di persekitaran kita..
nyamuk dulu takut dengan ridsect ubat nyamuk dan sebagianya
nyamuk sekarang degil tak makan saman tak ingat mati
nyamuk..
sekali gigit sakit wooo.. dah ler hisap darah...
kalau pembawa penyakit lagi la teruk..
sekali gigit bleh bawa mati
sejak akhir2 ini byk lak kes warded sebab nyamuk..
mati sbb nyamuk pun ada..
dekat dgn kawasan aku lak tu..
jadi sama2 la kita jaga persekitaran perumahan
supaya nyamuk2 tidak bisa membiak dengan jayanya..
hidup bebas tanpa nyamuk.
aku paling tak suka bunyi nyamuk... bunyi masa terbang nak gigit orang bukan main lagi.. tapi bila dah lending.. senyap.. PAAP!!! mampuih ko.. hahahahha. ( malas nak up load gambo nyamuk.. korang x kan x kenal ape itu nyamuk.. wakakakaka)
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

SuAtU HaRi Di HaRi RaYa

oopssssss...
kwang kwang kwang....
baru habis beraya sakan..
makan sakan
belanja sakan
pendek kata sakan semua la..
seronok memang seronok..
tp yang tak seronoknya anakku yang kesianya... huhuhu
2 3 hari ni asyik meragam jer..
menangis tak hengat..
menakutkan tok aki dan pak cik2 dia aje..
jumaat lalu dan2 ayah dia nak g keje pas solat dia menagis..
memang x hengat ape dah..
mengejutkan semua isi rumah.. mendebarkan hatiku..
di pegang kaki kanannya semakin kuat dia menangis
sehingga disangka kami kakinya patah.
mau ye tidak.. bengkak semacam jer,,
( penyebabnya tidak sempat untuk kami fikirkan. dalam otak masa tu nak g klinik jer,, huhuh )
bersiap sedia ke klinik..
start kete..
bukak air cond..
masuk lam kete...
sunyi...
( dalam hatiku dah nak gelak.. sbb aku tau budak ni mmg x tak tahan panas.. tapi bila sentuh je kaki tadi dia masih lagi menangis.. tp tidak sekuat sebelumnya..)
kete bergerak...
shaakir diam.. menikmati air cond agaknya..
sampai2 klinik tutup..
shaakir dibogelkan. mana tau kot2 ade makhluk kecil dalam bajunya..
puas belek2.. tiada jejak makhluk kecil tersebut..
di agah2 tersenyum budak itu..
lega hatiku.. wakakakkaka..
maka keputusan di ambil untuk pulang saja..
tiba-tiba ternampak makhlus kecil itu berlegar2 di kepala shaakir..
mungkin itu la penyebab dia menjerit sedemikian rupa..
penyebab yang kecil membawa kesan yang sangat menakutkan..
huuhuhuhu..
alhamdulillah sangkaan kami meleset sama sekali,
bengkak kaki disebabkan otot yang keras dek kerana tekanan sewaktu dia menangis...
nasib baik...
sampai umah..
jiran tanye..
macam ner..
bila di ceritakan digelaknya..
katanya.. '' pandai shaakir wat lawak''
dan aku jawab '' lawaknya menjadi.. '' tapi lawak kasar weiiiii
aku tak salahkan shaakir.. nak wat mcm ne..
dia x pandai nak cakap.. sakit pe.. sakit kat mane..
pas ni kami kene lebih hati2 dan lebih memerhatikannya..
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

SaLaM AiDiL AdHa


yeaaa... esok raya haji...

walaupun aku x g haji lagi tapi bleh meraikan mereka yg menunaikannya

niat di hati sekiranya diberi peluang dan rezeki walau sekali pun

aku ingin menjejakkan kaki ke tanah suci sebagai tetamu Allah

betapa indah dan syukur nya jika diberi nikmat itu


hari ni keje lagi..( tgh duk tunggu berita baik.. ekekek)

baru pas makan.. kenyang yer...alhamdulillah

tahun ni x sempat nak masuk bahagian wat korban

insyallah tahun depan aku akan cuba untuk buat bermula dengan satu bahagian

kalau dulu aku tak tahu yang kita boleh berhutang semata-mata untuk korban

ingatkan kalau kita berlebih duit je baru lah dikorbankan..

rupenye tidak.. sedangkan hutang2 lain kita mampu je bayar.. ape lah sangat dengan hutang sebahagian korban. insyallah mampu.

harap2 tahun depan dipanjangkan umur boleh la aku masuk kalau x banyak memadai lah dengan satu bahagian.


hihihi...

baju raye dah beli.. sedondon dengan suami.. ahaksss

untuk anaknda tersayang tok ma dia sanggup menjahit sepasang baju melayu tecit n sangat comel.. hik hik hik..

walau x same kaler ngan ibu n ayah dia hahahah..

x sabar nak beraye.. raya pertama di rumah mertua..

( maklumla semua nya pertama.. ekekek )


Untuk semua umat islam yang membaca selamat menyambut hari raya korban. semoga apa yang dilakukan mendapat keberkatan oleh ALLAH s.w.t



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

Blaming Others for the Mistakes - interesting story

Last night while reading some forum posts, I came upon a story which I read some times ago:

A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the apple of their eyes. When the boy was around two years old, one morning the husband saw a medicine bottle open. He was late for work so he asked the wife to cap the bottle and keep it in the cupboard. The mother, preoccupied in the kitchen, totally forgot the matter.

The boy saw the bottle and playfully went to the bottle and, fascinated with its color, drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages. When the child collapsed, the mother hurried him to the hospital, where he died. The mother was stunned. How would she face her husband?

What was the reaction of the father when he got to the hospital and saw the dead child? Don’t let the cat out of the bag if you have read this before. For those who had not read this before, did you think that the father would fly into a rage and would reprimand his wife for not capping the bottle? Were you blaming the wife as well? But shouldn’t the husband just take time to put the bottle away? So who was to be blamed actually?

The father wasn’t angry at his wife at all. He looked at his wife and uttered just four words. What do you think were the four words?

The husband just said, “I love you, darling.”

The wisdom he displayed was truly an inspiration. The child was already dead and no way he could be brought back to life. What good would it do him to be angry with his wife? He responded by taking responsibility for his action; not taking time to put the bottle away.

He understood that his wife had lost her only child too. What she needed most was consolation and sympathy from him. That is what he gave her.

From the first time I read this story, I have been using it to remind myself to have the wisdom like the man. I must be less haste to find fault and to always take a more proactive perspective. I am not always successful yet. But practice makes better.

Blaming others for the mistakes seemed to be the natural thing to do whenever something bad happened. As the saying goes, “it is always easier to find fault with others than with ourselves.” Dr. Robert Anthony said, “When you blame others, you give up your power to change.” Let us take ownership and be in control.

“All blame is a waste of time. No matter how much fault you find with another, and regardless of how much you blame him, it will not change you … You may succeed in making another feel guilty about something by blaming him, but you won’t succeed in changing whatever it is about you that is making you unhappy.” - Dr. Wayne Dyer

By VanillaSeven

P/s: boleh ke aku jadi setenang itu? kadang2 aku akan lebih menyalahkan keadaan bila berlaku sesuatu kesilapan. aku sebagai manusia bukan sempurna, tidak akan lari dari melakukan kesilapan but practice make better... yang penting kita menyedari akan kesilapan yang kita lakukan dan berusaha untuk memperbaikinya.kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

WaJaH BaRu

Wakakakakka..
berwajah baru.. template bese je..
x de mase nak godam google
nanti2 la. cari yang lagi menarik
untuk setakat ini hanya yang ni je la boleh.. hihihii
nak cter bukan sal wakakkaka berwajah baru jer..
tapi nak bagi tahu Muhammad Shaakir pun berwajah baru..
hak hak hak hak..
x sangka rambutnya mahu jatuh dekat dengan nyang dia,
jauh.. heheheh kemaman sane.. wakakakka
semasa dibotakkan shaakir x de la meragam sgt..
baik jer. hihihi.. tp disebabkan rimas plus geli rambut kat badan
plus lagi mengantuk( time tido )
sikit je lagi nak siap.. haru dibuatnya..
menangis2.. ibunya yang tak tahan dengar
benti je la dulu.. mandikan n tidokan dia dulu..
ada part ke dua pas tu baru la siap di botakkan
itupun x de la licin sangat
namun hajat ayahnya tercapai jua...

semasa proses membotakkan sehinggalah hasil nya..


kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

My FiRsT AnNiVeRsArY

Alhamdulillah... syukur kepada Allah S.W.T
31 oct 2010
genap la setahun usia perkahwinan dengan jejaka pilihan hati..
tahun 2010 memberi makna yang cukup besar pada diri ini..
2010 merakam detik2 indah yang merupakan pengalaman pertama dalam hidupku.
pertama kali bersuami ( hope sampai syurga..)
pertama kali berpuasa sebagai isteri
pertama kali beraya sebagai isteri dan ibu sekali gus
semuanya merupakan pengalaman pertama di tahun 2010
Sambutan ulang tahun perkahwinan pertama juga cukup bermakna dengan kelahiran Muhammad shaakir




Setahun bersama suami
cukup mengajar erti kehidupan berumah tangga
pelbagai perkara baru yang dipelajari
masing2 saling melengkapi
tidak mahu terlalu memuji atau saling membandingi
syukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan aku suami yang cukup memahami
melalui suka duka bersama
yang baik harap dapat diteruskan
yang buruk semoga kita cuba untuk memperbaiki pada masa akan datang
harapan aku semoga hadirnya tahun2 akan datang akan membawa lebih kebahagiaan
bukan mengharapkan kemewahan semata
namun kehidupan yang diteruskan dengan penuh keceriaan


Bagi meraikan ulang tahun pertama ini kami sepakat untuk mengadakan majlis di beserah bersamaan dengan majlis Aqiqah dan cukur jambul anakanda tercinta
dengan disajikan lauk pauk selera kampung kami menerima kedatangan tetamu tak putus2
sehinggakan terlebih budget tukang masak
nasib baik mak dah agak
maka disediakan lebih dari budget yang diperlukan
ternyata dugaan mak tepat sekali
alhamdullillah semua tetamu dapat makan walaupun ada yang terpaksa menunggu
maaf dari pihak keluarga kami sekiranya ada yang terkurang semasa majlis berlangsung
terima kasih tidak terhingga kepada kawan2 serta tetamu lain yang sudi mencelah masa untuk hadir ke majlis tak seberapa kami


kepada yang tidak dapat hadir
jangan segan untuk hadir ke majlis yang lain
insyaAllah....





tukang masak team



'' okeh.. kita minum dulu..''


marhabban berlansung lebih kurang selama 2 jam sempat berhenti rehat lagi


sambung lagi..


anakanda tercinta
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

BoSaNn!!


Istilah adab menurut kamus membawa maksud tingkah laku yang baik, budi

bahasa yang halus dan sopan santun. Manakala etiket pula merujuk kepada

kelakuan yang baik. Terdapat pelbagai jenis adab dan etiket yang boleh

dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Semua perkara yang

kita lakukan penuh dengan adab dan etiket. Adab dan etiket adalah cermin

diri seseorang dan tidak boleh dipandang remeh. Tidak kiralah adab semasa

berniaga, adab berkunjung ke rumah orang mahupun adab ketika di jalan

raya. Melalui adab dan etiket, orang di sekeliling akan dapat menilai

perwatakan sebenar diri seseorang.

Buat kali pertama apabila berhadapan dengan seseorang, kita perlulah

mempunyai nilai diri yang tinggi dan bertutur dengan sopan supaya orang

tersebut akan berasa diri mereka dihormati. ( sebelum diri mereka ingin di hormati)

Jelaslah bahawa dengan mengamalkan adab dan etiket yang betul, ia bukan

sekadar mampu memberikan kesan yang positif terhadap diri sendiri, malah

turut memberikan tanggapan yang baik kepada orang lain. Tingkah laku yang

baik dan budi bahasa terpuji dapat memberi gambaran peribadi kita. Setiap

hari, kita berkomunikasi dengan pelbagai pihak; sama ada sesama ahli

keluarga, rakan sekerja, sahabat handai mahupun orang awam. Begitu juga,

pelbagai tempat kita kunjungi; tidak kiralah untuk apa jua urusan sekali pun.

Pastinya pernah terdetik dihati, adakah perwatakan kita manis di mata orang?

Adakala juga, tanpa disedari, banyak perlakuan kita yang tidak kena, tetapi

tiada siapa yang berani menegur demi menjaga hati kita. Namun, dalam

mengecapi dunia yang serba moden ini, manusia semakin lupa adab dan

etiket. Tiada lagi batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Malah, pemandu

juga semakin hilang sopan santunnya ketika memandu di jalan raya.

Oleh itu dengan menitipkan kembali adab dan etiket ini, diharapkan buku

Tertib Peribadi ini mampu dijadikan panduan kepada semua agar dapat

mengamalkan adab-adab tersebut dalam kehidupan dan dijadikan panduan

berguna untuk dimanfaatkan bersama.



Dalam buku bertajuk Tertib Peribadi ini , ianya mengandungi lima puluh tujuh

bab kesemuanya. Bab Pertama dimulakan Adab Kenalkan Diri: Setiap hari kita

bertemu ramai orang di dalam urusan perniagaan mahupun sosial. Cara kita

mengalu-alukan orang yang baru kita jumpa memberi kesan berpanjangan

dan membawa jalan kepada pertemuan yang lebih produktif. Cara yang betul

menjawab atau membuat panggilan telefon juga harus beradab. Ketika

makan juga memerlukan ketertiban yang sempurna kerana ia

menggambarkan sifat peribadi seseorang.

Dewasa ini, email merupakan cara berkomunikasi yang popular. Walaupun

tidak bersua muka dengan si penerima, tetapi perhubungan cara beradab

boleh memberi impak kepada si pengirim.

Adab sesama rakan sekerja juga harus dijaga. Pejabat merupakan rumah

kedua kepada kita, jadikanlah ia sebuah tempat yang selesa, seronok untuk

bekerja dan ketika di rumah pula, jiran tetangga merupakan orang yang

paling dekat dengan kita dan sedia memberi pertolongan apabila diperlukan,

tegur sapa dan disusuli dengan senyuman bukanlah satu perkara yang sukar

untuk dilakukan. Elakkan bersikap pentingkan diri sendiri kerana tidak akan

membawa apa-apa keuntungan kepada kita.

Semua ibu bapa mahukan anak mereka dipuji kerana kelakuan baik dan bukan

dikeji atas sikap buruk mereka. Masih belum terlambat jika ibu bapa mahu

membetulkan sikap dan adab anak mereka dengan mempraktikkan anak

dengan ucapan salam, ucapan tolong dan terima kasih.

Pernahkah anda terfikir bagaimana mahu melayan dan berinteraksi dengan

Orang Kurang Upaya (OKU)? Disebabkan simpati, kita tidak dapat lari daripada

mahu membantu golongan ini walaupun dengan pertolongan kecil.

Kadangkala tidak semua OKU memerlukan pertolongan kita. Tanya dahulu

sebelum membantu. Jika tawaran ditolak, jangan mendesak. Jika individu

tersebut menerima bantuan kita, tanyalah bagaimana cara terbaik agar kita

dapat membantu.

Bagaimana untuk menyediakan diri ketika menghadiri temu duga dan memberi

tanggapan baik pada si penemu duga? Adab temu duga mungkin boleh diikuti

bagi memastikan kita mempunyai kelebihan, berbanding dengan pesaing yang

lain. artikel ini di ambil dari laman web perpustakaan negeri sabah.

aku dah pun baca ni.. memang banyak membantu dalam menjalankan tugasan harian yang lebih baik dan berkesan dari dulu.. banyak perubahan yang bleh aku lakukan dalam melaksanakan tugas se'profesional yang mungkin.. tapi betul ke profesional??? ape itu profesional.. kadang2 aku sendri x mengerti... orang akan bosan pula kalau cakap x serupa bikin.. sudahnya aku mesti lebih banyak belajar dan membaca serta mengharapkan teguran dari orang sekeliling... teringin nak beli beli buku ni lak..




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

KoRbAn..


Hari ni libry ssssejukkk.. dah lame x merase kesejukan begini.. dalam2 duk sejuk sambil dok godam2 sistem baru nih puan syima bg tau ade tazkirah ustaz Ali, aku x pikir panjang dah, kalau kebiasaanya agak payah aku nak tgglkan ofis waktu2 sebegitu.. bila dah join ... ustaz bagi tajuk korban dan ulasan mengenai ajaibnya sedekah. mase tu lah aku tau yang korban ni boleh berhutang semata2 untuk korban. sedangkan selama ini aku ingt hal ini mengikut kemampuan kita.. mase ni la aku rase menyesal sangat x ikut tazkirah ni dari dulu lagi.. bukan ape.. ade jugak ceramah yang aku dengar tp x pernah plak sebut hal yang se detail ni. bila sebut pasal sedekah.. sedekah bukan la dari segi material sahaja.. kalau ikutkan banyak kategori sedekah ni. ape yang paling menarik perhatian aku ialah bila ustaz ulas tentang perasaan pemberi berdasarkan golongan2 tertentu.. baru aku tau.. kita kalau memberi ni memang x patut mengharapkan balasan.. walaupun sekadar terima kasih.. kire jadi macam x ikhlas. sbb aku kadang2 bila memberi pertolongan ade juga mengharapkan balasan.. maksudnya.. kalau aku tolong orang nanti orang akan tolong aku.. kira x ikhlas la aku agaknya.. ade segelintir golongan manusia apabila memberi...seakan2 ingin menunjuk2 pemberiannya.. ade pula yang ingin mengusai penerima supaya sefahaman dengannya.. ade pula yang ingin mengetuai si penerima.. ada juge yang hanya mahukan pujian serta pengiktirafan dan ade juga pemberi yang ingin meguasai penerima supaya ikut akan segala kehendaknya.. sepertimana pemberi tidak suke akan ejekan atau cacian seperti itu juga lah penerima tidak suka akan ejekan mahupun cacian.


aku rasa 45 minit mmg x cukup untuk huraian lebih lanjut. kalau ikutkan ade banyak perkara yang aku nak tanya berhubung masalah harian yang berlaku sehari2.. insyallah tazkirah akan datang.



note untuk puan syima n Si, kalau saye terlebih kurang fakta kat atas tu tolong betul2 kan yer? hihihi nanti jgn lupe ajak saye lagi,,kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

SyMpHeNiNg

huhuhu.. selepas 64 hari bercuti dan kembali bekerja.. wahhh... mmg tau doh... mesti pening. tambah lagi dengan ada nya sistem baru untuk di guna pakai.. bese la.. kita dah bese gune yang senang.. tibe2 kene guna yang totally baru.. mmg rase agak janggal. bukan sbb x reti.. sudah banyak penerangan diberi tp masih lagi terkial2. mcm2 eroro.. mcm2 masalah. tp sabarkan hati.. cekalkan otak untuk menghadapi. hahahahha... tuntutan kerja mesti lah dilaksanakan sepenuh hati dan mencapai keputusan sebaik mungkin. bukan apa... ustaz kata apa yang kita buat terutama kerja yang membabitkan makan minum kita akan di tanya di akhirat nanti aku jadi takut. tambahan pula sekarang hasil kerja aku sedikit sebanyak akan menjadi darah daging anakku. aku sedar ada masa aku tidak jujur dalam melakukan kerja harian. mencuri masa adalah yang terutamanya.. alasanya? FB blogging.. games.. release tensi la konon.. hahahha... namun aku akan cuba menyudahkan atau melaksanakan tugas sebaik mungkin yang kesudahannya nanti akan menyenangkan kerja aku dan rakan rakan seperjuangan yang lain. kerja kita ni sememangnya seronok kerana bukan kerja sorang diri.. kerja beramai2 dalam kerja perlu serius.. boleh juga di selit dengan senda tawa. bukan semata2 kerja.. barulah pekerjaan tu akan menjadi lebih seronok.. yang pasti bukan pula kerja dengan senda tawa sahaja.. bagai melepas batuk di tangga atau sengaja nak menggunakan tenaga orang lain saja. semua perkara kita perlu ukur di mana baik buruknya, ingatlah kita mempunyai tanggungan untuk di jaga dan di bela makan minumnya. baik buruk isi perut mereka bergantung kepada kita nanti. ini merupakan peringatan semua..untuk diri aku dan suami terutamanya. teguran serta pandangan dari teman yang sudi menasihati apabila melihat kami melakukan kesilapan amat2 la di alukan. kita sebagai manusia memang x kan lari dari melakukan kesalahan. tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni melainkan kita masih tidak sedar akan hakikat ini..

aku cukup bersyukur kerana insan-insan sekeliling x pernah lupa menasihati atas kekhilafan yang aku lakukan. masih ramai yang sudi membantu di kala aku memerlukan. 'what u give u get back..' aku cukup pegang pada ayat yang ini dalam menjalani rona kehidupan seharian.kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

KrOnOLoGi 64 HaRi....

13.08.2010
lahirnya insan yang amat dinanti sekitar jam 11.00 malam bersamaan 4 Ramadhan. gembira hati tatkala dr. menunjukkan seorang muhammad yang lahir dari perutku. hilang segala kesakitan berganti perasaan syukur.. gembira terharu dan bercampur baur... alhamdulillah. insan itu di beri nama MUHAMMAD SHAAKIR BIN SAIFUL NIZAM.

KuNiNg
hari ketiga kelahiran anakku misi datang melawat menasihati supaya anakku dirujuk ke klinik. pada anggaran aku mmg kene warded la jawab yer.. dan 2 hari aku dan shaakir bermalam di hospital. terima kasih tidak terhingga kepada semua jururawat HTAA yang sememangnya baik2 belaka. namun berlaku satu insiden yang menyebabkan mengalir air mata seorang ibu..

PuAsA
28 hari la jawab yer aku mengganti.. nasib baik suami tercinta sudah pun bersetuju untuk menemani aku berpuasa.. hihihih.. ade geng... penguat semangat... ekekekke..

BaJu RaYa
dah name ye melahirkan di bulan puasa,, x de la rase nak beraye sangat.. namun aku sangat la gembira kerana tahun pertama beraya sebagai isteri dan ibu sekali gus.. sangat3 gembira walaupun tahun ni mmg x terbeli baju raya.. kesian suami ku pakai baju raya lama.. maklumlah.. aku tau dia pun kesian kat aku.. awal2 lagi aku dah pesan suh beli baju raye.. tp kate ye.. biarlah.. kita tunggu shaakir besar skit.. nanti kite beli same2.. kesian kat aku kate yer.. nanti aku jeles.. ekekekek... mungkin jugakk.. hihihi..

ReZki
memang Allah dah janji setiap kelahiran anak mempunyai rezki yang tersendiri.. sesungguhnya Allah tidak akam menguji hambanya kalau hambanya tak mampu. sebelum ni kami risau jugak keadaan kami selepas kelahiran ini. namun sebaliknya berlaku. rezeki untuk dia memang ada. beban yang bakal di tanggung ringan sedikit. terima kasih tidak terhingga buat mereka-mereka yang sudi membantu. semoga Allah akan murahkan rezeki kalian.
SiKaP
insyallah dengan bertukarnya status aku kepada seorang ibu.. aku cuba sebaik mungkin untuk berubah.. memperbaiki kelemahan2 diri yang ada.. ada perkara yang aku perlu jauhi.. perlu ubah.. supaya hidup aku lebih baik dan lebih bermakna.. untuk suami anak dan keluarga. semoga apa yang berlaku dan aku lalui sepangjang 64 hari ni akan membawa kepada diri aku yang baru. diri aku yang lebh baik.. amin3...

13.09.2010
bawa shaakir jumpe dr. kat al-farabi.. kebetulan shaakir di cucuk oleh dr yang sambut dia.. masa timbang tu dr kata cepat yer naik.. hehehhe.. ye la.. dalam masa sebulan naik sekilo.. dari kecikkkk jer.. dah nampak besar skit.. dr kata cucuk ni demam.. aku dah risau.. mujur.. x de pape.. shaakir kuat... hihihi

KeNduRi
hahahha... lepas je habis pantang muhammad shaakir dah di bawa berjalan... bawak jumpe toknyang dia.. disamping menghadiri kenduri kenalan2 yang rapat. alhamdulilah tiada mudarat pada muhammad shaakir. tp terkantoi ngan puan syima..ekekekke.. sebab x pakai barut kat perut shaakir.. bukan x nak pakai.. masalahnya dah tak muat.. shaakir dah makin berisi,, tengah duk tunggu nenek dia jahit yang baru.

BeSeRaH vs KuBaNg PuYu
hahahah.. tok ma tok abah nenek n aki.. memang semua nya sayang sangat kat shaakir.. seronok bukan main dapat cucu pertama.. pak-pak sedara n mak-mak sedara memang la cukup menjaga budak sorang ni.. tiada apa yang aku dan suami harapkan semoga muhammad shaakir akan rapat dengan kedua2 keluarga ini. biarlah kami bersusah-susah sedikit asalkan kasih sayang mereka adil dan saksama.

SuSu Ibu
memang x dinafikan susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak.. namun bagi aku yang bekerja ini akan menjadi sedikit beban.. namun aku sanggup lakukan demi anak tercinta.. sudah lebih 5 jenis susu formula aku test kat shaakir.. namun semuanya berakhir dengan muntah yang teruk sampaikan keluar melalui hidung. takut melihatnya.. kami mengambil keputusan untuk teruskan dengan susu badan je.. jadi 2 mnggu sebelum kembali bekerja aku mulakan aktiviti menyimpan stok susu.

15.109.2010
Shaakir 2 bulan.. cucuk lagi.. kali ni dedar skit jer.. malam tu merengek jer.. namun sok yer.. kembali ceria dan cergas... hihihi.. seronok sangattt...

BuDgEt 2011
argghhhhh... 2 hari lagi nak start keje ade ke lam budget baru ni PM umumkan cuti bersalin 90 hari???? asal la x umum awal2.. x sempat ler jawab yer.. kalau la dapat je tambah lagi 30.. alangkah seronok yer menyusukan shaakir sebulan lagi...


KeRjA
hari ni hari pertama kerja.. seronok.. lama x tengok meja kerja ku.. rase lain lak tekan tikus hitam kat meja ni.. ketar2 pulak.. tp kejap je.. kemas2 ape yang patut.. dah boleh mula kerja... hari ini juga merupakan hari pertama aku tinggalkan terus muhammad shaakir ngan tok ma dia.. sedih.. namun kutabahkan hati.. kejap je 8 jam akan berlalu. semoga shaakir baik2 duk ngan tok ma dia.. terima kasih juga buat bos.. puan SI yang membenarkan aku mengambil sedikit masa bekerja untuk terus mengumpulkan stok susu di pejabat.




me kasih pada bg sam.. sudi memotretkan gambar kami sekeluarga.. nanti ade rezki mau yang lebih baik lagi k?? hihihi
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

SeLaMaT KeMbALi RaMaDhAn


wahhh.. ade beberapa hari je lagi nak sambut bulan mulia bulan ramadhan nih... alhamdulillah cuti pose tahun lepas aku dah ganti awai2 lagi.. kalau tidak mahunya kene double... hak hak hak.. dengan keadaan aku yang semakin sarat sekarang ni.. harap2 dapat la berpuasa walau seminggu pun.. kalau ikutkan due 15 hari umat islam pose... so insyallah aku ade mase selama 14 hari untuk pertama kali berpuasa bersama suami terchenta.. ha... pertama kali.. sebagai isteri, dan paling seronoOk raye tahun ni merupakan raya pertama sebagai seorang isteri dan insyallah sebagai seorang ibu.. beraya bersama 2 ahli keluarga baru.. wakakakkaka... sonok sonok sonok...



kalau ikutkan perancangan asal kami sepatutnya pun beraya di rumah baru.. tp apakan daya.. ihhihii.. kami hanya mampu merancang.. hanya Allah penentunya. kalau org lain mesti tgh duk osom.. nak balik mane dulu. hahahha.. konon nak adil punye pasal.. sampai dah rancang nak ajak mak ayah.. aboh n ma beraye kat umah baru.. tup tup due time raye.. hahahah so berpantang ler kat umah ma n aboh. jadi secara tidak sengaja nya kire beraya di umah ma n aboh le jawab yer.. hehehe,, buat suamiku.. tahun depan kite raye kat umah mak yer?? hihihi... ( macam jauh je.. )



hmmm... persiapan baby allhamdulillah bleh katakan semua dah cukup serba sedikit. jutaan terima kasih untuk insan2 yang sudi mencukupkan persiapan kami.. syukur sangat2. hmm... x sabar rase ye nak terima ahli baru.. walaupun bakal menghadapi cabaran tapi aku akan tabahkan hati.. kuatkan semangat untuk melepasi segala cabaran dan rintangan yang ade nanti.. buat suamiku.. sila sokong isterimu ini yer?.. raye tahun ni kita ala kadar dari semua segi bleh? makan pun ala kadar ok? wakakakaka...

'' Ya Allah, kau permudahkan lah segala urusan kami.. kau berikanlah kekuatan kepada kami dalam menghadapi segala kesulitan nanti... kau selamatkan semuanya nanti.. amin amin amin...''
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

CeRiTa Di SeBaLiK CeRiTeRa

ngeh3... sehari2 berlalu tanpa perubahan.. tiada yang menggangu.... walaupun musim buah buahan yang kdg kala menggangu rutin harian aku... alhamdulillah..kesihatanku masih lagi di tahap yang baik.. insyallah.. semoga allah permudahkan segala. x sabar menunggu.. dalam pada itu masih lagi beringat.. tumpang sedih.. dan berdoa kepada allah semoga akan dimurahkan rezki lagi dan dikuatkan semangat olehNya kepada dia..

aku sangat mengharapkan dapat menghabiskan tulisan buku yang di hadiahkan untuk bacaan semua.. tp ade sesuatu yg menghalang. dan keputusan telah di buat.. x perlu la nak tulis disini.. buat suamiku.. nanti akan ku terangkan segala yg ku baca supaya kita paham sama2. semoga dengan adanya org baru nanti aku akan lebih matang menghadapi semua cabaran dunia ini. aku akui kadang2 aku x matang langsung dalam menghadapi sesuatu perkara. tp x per.. sekurang2 yer ade org yang berani tegur aku. alahamdulillah.. tidak terlanjur jauh.. semakin hari aku semakin cepat terasa hati.. padahal x de hal langsung.. huhuhuh.. x pe la.. x kisah la.. mgkn lepas ni ok la tu..

semalam p mengecat rumah.. seronok bila dpt selesaikan masalah yg membelenggu kami selama ini. kalau la tau begitu... dah lame selesai.. x per.. kami hanya perancang.. namun hanya allah sahaja yang boleh menentukan. siapa kita nak pertikaikan kuasaNya. semoga lepas ni semua yg kami rancang berjalan lancar. amin3..

x lame dah lagi nak cuti panjang.. x tau la bila lagi dapat hupdate kat sini.. ngeh3.... kalau la ade broadband... ( hihihihi ayat nak mengecek.. )kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

WhY SmAcK ?



Penulis mendefinisikan 'smaking' merujuk kepada perbuatan menempeleng, menampar atau memukul kanak-kanak dengan tangan pada mana-mana bahagian kaki, punggung mahupun tangan dengan hajat untuk mengawal tingkah laku anak-anak.


kenapa? kenapa perkara ini menjadi suatu perkara untuk sesbuah keluarga itu? hampir setiap kali apabila anak-anak melakukan kesalahan mahupun meragam mahupun tidak mendengar kata, dan untuk menghentikan kenakalan itu maka ibu bapa mengambil langkah penyelesaian dengan memukul. seperti orang dewasa, kanak-kanak juga ingin melakukan sesuatu perkara dengan cara mereka sendiri dan pada masa-masa mereka sendiri. dan sudah tentu lah perkara itu mustahil. setiap tindakan serta tingkah laku anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa itu sendiri. apa yang kita mahukan adalah membentuk sahsiah diri anak-anak supaya dapat melahirkan keluarga bahagia dengan berkesan.


hampir setiap kali juga kita berkebolehan untuk mempengaruhi kelakuan anak-anak kepada sesuatu yang dapat diterima atau dalam erti kata lain, kita merupakan acuan kepada anak untuk membentuk corak yang lebih baik tanpa menggunakan sebarang ugutan ataupun paksaan fizikal, namun kadang kala kita merasakan kita tidak mempunyai pilihan lain. ini berdasarkan kepada dua situasi. pertama. heat-of-the-moment scenario. dimana kombinasi antara kenakalan anak-anak bertembung dengan kemarahan atau ketidak sabaran ibu bapa yang akan membawa kepada kesudahan dengan melakukan kekerasan fizikal terhadap anak-anak. ( bila mak ayah balik dari opis.. dengan keadaan penat,stress, kemudia ditambah pula dengan kerenah anak-anak yang inginkan perhatian. maka akan berlaku lah kekerasan fizikal.) situasi kedua ialah painted-ourselves-into-a-corner scenario, dimana kita akan mengancam atau mengugut untuk memukul anak-anak tersebut sekiranya mereka tidak memenuhi kehendak ibu bapa. situasi ini dikatakan tidak terlalu panas apabila anak-anak memenuhi kehendak ibu bapa. kemudian ibu bapa akan merasakan untuk maintain kredibiliti masing-masing ibu bapa itu sendir akan meneruskan ugutan terhadap anak-anak. sangat sukar bagi ibu bapa mengelak dari memukul dalm situasi yang sedang panas berbanding situasi you-give-me-no-options. tetapi ia boleh dilakukan.

sementara itu jika anda telah pun memukul anak anda itu tidak bermakna anda merupakan ibu bapa yang jahat. ia juga tidak bermakna akan membawa anak anda kepada gejala gangguan kesihatan mental. ia juga tidak bermakna hubungan anda dan anak anda perlu diperbaiki. tindakan memukul ini merupakan salah satu cara yang telah lama dipraktikkan sejak zaman dulu lagi dalam mengawal tingkah laku anak-anak. kebanyakan dari kita yakni ibu bapa, juga pernah di pukul sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. namun kita tidak pernah membenci mahupun berlaku keretakan hubungan antara kita dan ibu bapa kita.

tetapi kita sememangnya tidak mahu memukul anak-anak. kita sebagai ibu bapa semestinya akan merasa menyesal setalah melakukanya. dan kita juga berharap adanya alternatif lain.



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

PeRSeDiAaN MeNjAdI IbU BaPa....

haaa... hari ini nak kongsi lagi dengan anda semua tentang tajuk yang tertera kat tu la.. hehehe.. ye la.. mentang-mentang la x lama lagi bakal menjadi seorang ibu.. mase ni la nak cakap2 kongsi2 pasal nih.. tadi, Puan Syima ade bagi buku beserta iringan kata-kata semoga kami menjadi ibu bapa yang lebih baik. terima kasih tak terhingga.. semoga doa itu dimakbulkan olehNya. aminnnn...




so kat sini aku akan share le seberapa banyak dan kalau boleh khatam satu buku ni. menggunakan bahasa enggeris yang mudah membuatkan aku tertarik untuk menterjemahkannya. segala point2 penting dari buku ini akan aku kongsikan bersama. untuk kemudahan bakal2 ibu bapa mahupun yang telah menjadi ibu yang ingin mencuba alternatif lain yang disenaraikan dalam buku nih. terjemahan ini juga untuk kemudahan incek suamiku.. aku tahu dia mmg x kan sempat ye nak belek buku ni satu2.. so i terjemahkan kat sini la yer? bile u bukak blog i ni.. u bace la serba sedikit.. kalau x paham nanti kite bincang eh? hehehehhe...

gambar merujuk kepada buku yang sedang diperkatakan.. ditulis oleh Glen Stenhouse. serba sedikit tentang buku ni.. menurut kata penulis. buku ini di tulis khas untuk ibu bapa yang tidak mahu menjadikan amalan memukul sebagai hukuman kepada anak mereka.( menurut pengakuan daripada ibu bapa yang ditemui ). kebanyakan daripada ibu bapa merasakan memukul adalah merupakan perkara yang betul dalam mendidik anak-anak,kerana kadang kala mereka merasakan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menjalankan hukuman fizikal terhadap anak-anak. tetapi.. kebanyakan ibu bapa yang ditemui. tiada diantara mereka yang mahu atau suka untuk memukul anak-anak.

selama 25 tahun dalam bidang membantu ibu bapa dalam mendidik sikap anak-anak yang nakal penulis mempelajari sesuatu di mana kebanyakan kanak kanak bermasalah tidak perlu di pukul untuk meletakkan mereka dalam situasi atau sikap yang baik/betul. kedua, untuk anak-anak yang dirasakan sudah tidak mempunyai cara lain lagi untuk dididik.. atau boleh diakatakan tak makan saman.. memukul TIDAK akan menyelesaikan masalah. malahan apabila di pukul anak-anak ini malahan akan mentertawakan tindakan kita dengan mengatakan tindakan kita itu tidak berjaya menyakitkan mereka.. atau pun mereka akan cuba untuk membalas pukulan kita tadi.

jadi jelas menunjukkan bahawa tindakan memukul tidak perlu untuk kebanyakan anak-anak. namun terdapat cara yang membolehkan anda untuk mengurus kelakuan anak-anak dengan lebih baik tanpa melakukan tindakan fizikal terhadap mereka. buku ini memfokus kepada cara menguruskan anak-anak. ( melentur buluh biarlah dari rebungya. ini pendapat aku.. hehehe )

penulis turut memberi amaran kepada pembaca. beliau hanya menyatakan cara untuk menguruskan serta mendidik anak-anak. beliau menggunakan bahasa harian '' good'', ''bad'', ''right'', ''wrong'' , and '' naughty''. dimana ia akan menampakkan manipulasi atau kadang kala nampak terlalu mengongkong. beliau juga memperkatakan tentang pentingnya untuk memberi hukuman. dan jika perkataan atau konsep yang diketengahkan tidak sesuai dengan cara anda.. SILA LETAKKAN BUKU INI.

beliau membuat satu rumusan bahawa mendidik bukannya terlalu sukar. ia memerlukan kerja keras tetapi bukan sesuatu yang sukar. untuk mendidik, ibu bapa memerlukan sedikit hanya pengetahuan. apa yang lebih penting ialah KOMITMENT, TENAGA, KESABARAN, GIGIH/ TEKUN, AKAL FIKIRAN WARAS, dan semuanya mestilah berteraskan KASIH SAYANG yang hadir secara semula jadi.

dan jika anda hanya mengharapkan keajaiban semata-mata, anda kecewa. menurut kata-kata beliau terhadap setiap ibu bapa yang datang berjumpa '' in the parenting bussines there is nothing new under the sun ''. sebaliknya apa yang diperkatakan mudah dan praktikal dan kebanyakannya adalah dari pengalaman yang dialalui berbanding dengan teori. cadangan yang diberikan telah pun di cuba oleh ribuan keluarga. dan sekiranya anda bersedia untuk meletakkan sedikit usaha dan berikhtiar anda akan berjaya melakukannya.kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

BeRLeNgGaNg PeRuT

muahahhaahahah... rajin sungguh sejak akhir ini menhupdate blog.. al maklum la banyak yang hendak di kongsi bersama.. heheheh.. minggu lepas hari ahad kami mengadakan majlis doa selamat kecil kecilan.. majlis ini sempena majlis melengggang perut. kata orang tua dulu dulu.. berlenggang perut ini adat.. yang diadakan apabila mengandungkan anak sulung. tujuan utama ia diadakan ialah memohon kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk ibu serta bayi yang dikandung sehingga selamat melahirkan. aku pun x de la pandai sangat nak terangkan lebih lanjut. ape yg aku pernah tgk kat tv mcm2 acara yang dilakukan. mengikut adat masing-masing. sbb setahu aku orang jawa amat mementingkan adat berlenggang perut. begitu juga dengan india. namun cara dan agama yang mungkin membezakannya. ape pun majlis hari tu berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sedikit makan-makan.

dan pada hari itu juga lah niat aku untuk memberi sedikit hadiah kepada kanak-kanak sempena meraikan kesihatan aku yang semakin baik terlaksana juga setelah 2 bulan tertangguh atas sebab yang x dapat dielakkan. hadiah x seberapa.. namun aku puas hati keranan dapat melaksanakan juga niat tersebut. semoga kanak-kanak tersebut gembira hati menerimanya. terima kasih juga kepada rakan2 tetamu yang hadir meraikan lagi majlis yang diadakan.
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

The Dickson family part 1 ( sedih sangat kalau aku jadi wanita ini.. )

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

Nanny 911 generic

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

NaNNy 911

ketua Nanny

Nanny Stella
Nanny Deb. aku paling suke dia..




Nanny yvonne



Isnin lepas.. kebetulan x keje malam.. selalu nye aktiviti malam aku melepak sambil menonton tv.. rancangan yang x kan aku lepaskan ialah... conan kat channel 611.. pastu tgk brite jap.. tu pun kalau ade berita yang menarik perhatian aku la... kalau kate x de.. aku sambung je tgk cter funiest pet n people di alih bahasakan melayu... kelakar le juge... past tu.. jam 8.30 malam mesti tukar channel 107.. tgk Nanny 911. setakat ni kalau aku x de keje malam x penah la lagi miss cter ni..

Nanny 911 reality show omputeh tentang 4 org pengasuh terlatih yang mempunyai pengalaman 15-20 tahun dalam bidang diorg ler.. iaitu mengasuh anak-anak.. banyak pengajaran yang aku dapat tgk cter ni.. selalunya diorg akan dapat panggilan dari ibu bapa yang dah mmg tak tahan sangat dengan kerenah anak masing2. so untuk membantu mereka menyelesaikan masalah.. diaorg pun panggil la ke nanny center.. diaorg akan analisa dulu video2 yang ibu bapa hantar untuk menentukan antara 3 nanny yang ada tu sape yang layak untuk membantu keluarga tersebut.. lepas tentukan sapa yang layak diorg akan bertolak ke rumah tersebut untuk menjalankan misi bantuan selama 7 hari. dan selama yang aku tgk episod2 yang ditayangkan.. semua nanny bertaya menyelesaikan misi mereka dalam masa yang diberikan walaupun ada kdg2 mendapat tentangan mahupun tidak mendapat kerjasama dari ibu bapa itu sendri..


( kadang2 aku pelik gak.. diorg ni paggil sangat nanny untuk tolong diorg.. tp bila dah di beri nasihat serta perancangan.. diorg sendri x nak ikut... siap nak salahkan nanny lagi.. nasib le nanny semuanya profesional.. diorg banyak gune pendekatan psikology untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. )

apa yang buat aku tertarik sangat dengan rancangan ni ialah cara nanny tu sendri selesaikan masalah tingkah laku anak2,, yang sememangnya biadap.. kasar.. x hormat ibu bapa.. dan yang paling teruk sekali kecik2 lagi dah pandai memaki hamun.. dan memanipulasi ibu bapa mereka sendri.. mmg tidak dinafikan anak2 mat saleh lagi advance pada anak melayu.. tp diorg punye tingkah laku sangat teruk kalau mendapat didikan yang salah dari ibu bapa. bukan nak salahkan ibu bapa seratus peratus. tp kebanyakan punca yang nanny bongkarkan sememangnya berkait rapat dengan tindakan serta didikan dari ibu bapa itu sendri yang kadang kala tidak menyedari kesilapan yang mereka lakukan. dan yang paling penting sekali selama aku tgk episod nanny nih.. x pernah sekali pun aku tgk diorg membenarkan ibu bapa memukul anak jika anak melakukan kesilapan.. memukul adalah sangat tidak dibenarkan sama sekali.. walau pun anak itu mencarut.. memukul.. memusnahkan barang2.. atau apa saja kesalahan anak.. memukul bukanlah satu cara menyelesaikan masalah. Tapi sebaliknya mereka lebih banyak gune pendekatan pskology untuk mendekati anak yang bermasalah ini. kalau kite perhatikan pun.. mak ayah kite akan gune kaedah memukul untuk menghukum tali pinggang.. bulu ayam.. hanger... cubit cubitan...itu semua antara senjata yang ibu bapa sekarang masih lagi gunakan. aku x tau la samada pendekatan nanny ini 100% terbaik.. tp ape yang dipaparkan kat reality show tu semua nya berjaya.. tak tau la pulak kalau mereka berlakon saja..

ape pun semua perkara yang baik yang diterapkan dalam cter sekurang2 nya dapat memberi gambaran pada aku mcm mane cara-cara mengendalikan keluarga terutama anak2. maklumlah bukan senang nak jadi wanita bekerjaya merangkap menjadi seorang ibu. ape yang berlaku akan datang semuanya masih tak tentu.. aku cuma hanya mampu merancang dan berdoa.

saje je nak cter kat blog.. sekurang2 ye leh kongsi dengan ibu2 yang baca blog nih. dan bakal2 ibu. aku mmg syorkan la tgk cter nih... bagus sgt.. dan yang paling x leh lupe dlm byk2 episod baru ni ade episod yang mengisahkan satu kuarge ni.. bayangkan dia mengasuh 23 orang anak angkat.. yang semuanya mempunyai kecacatan fizikal atau mental.. bukan 2 atau 3 orang? 23 orang... episod2 yang lepas cume tunjukkan masalah ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak mereka sendri yang paling ramai pun dalam 4-5 orang saja.. tapi wanita ini dapat mengawal serta menjaga 23 anak ANGKAT yang semuanya cacat. bahkan suami dia sendri yang cacat fizikal memberi semangat serta idea untuk menjaga semua anak2 yang datangnya dari negara yang berbeza.. sikap suaminya yang mudah tersentuh hati dengan anak kurang upaya yang membuatkan mereka mempunyai seramai 23 orang anak angkat. ada juga yang mengalami kecacatan otak yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal kemarahanya dan akan menimbulkan masalah kepada adik atau abang yang lain. itu pun wanita itu dapat mengatasi. hanya ada satu sebab dia meminta bantuan nanny 911. sebab dia takut kalau dia x de nanti macam ne dengan nasib diorg ni.. sedangkan semua perkara dari segi makan minum makan pakai serta tempat tidur mereka diuruskan oleh wanita tersebut. untuk pertama kalinya ketua nanny memutuskan untuk menghantar ketiga2 nanny untuk membantu wanita tersebut. dan untuk pertama kalinya juga ketiga nanny mengeluh dengan keadaan keluarga tersebut. mereka sendri cukup kagum dengan wanita itu yang berjaya menjaga anak2 mereka tanpa rehat. ketabahan dan kecekalan mmg cukup membuatkan sape2 je yg tgk episod hari tu mmg terkesan la.. kalau jadi kat diri aku sendri pun x tau la macam mane nak handle.. nak menjaga dan merawat anak cacat.. bukan darah daging sendri lak tu? hmmmm.... cukup terharu.. salute la kat dia...







kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

BiRu vs PiNkK


Muahahahahaha... hari ini seronok.. setelah agak lame tengok saje blog ni semakin tidak berupdated.. bukan pe.. kemalasan menulis melanda, tapi.. hari ini setelah melihat blogger menawarkan template baru yg agak menarik perhatianku... maka aku dengan rajin ya telah menghupdate blog ku ini yang mula berwajah baru... alang-alang dah memakaikan blog dengan baju yg baru.. maka dengan ini ingin ku kongsikan bersama mengenai tajuk dia atas... hahahahhaha... bulan lepas dah start shoping untuk bakal anakku.. bukan main la memilih aku ni.. hahahah.. banyak gak kedai yang kami round... bukan pe.. kalau bleh nak cari la yg terbaik dan sesuai dengan badget kami.. almaklumlah.. semua pekara perlu la di rancang dengan sempurna.. takut susah kemudian hari je.. orang kata bukan senang nak sambut ahli baru dalam keluarga.. macam2 perkara nak kene sediakan.. persediaan dari segi fizikal dan mental. huhuhuhu... nak jadikan cerita.. setiap kedai yang kami singgah mesti menghasilkan satu pembelian.. hahahhaha.. naik rambang mata tengok baju2 tiut miut.. rase nak borong satu kedai.. tp.. tau je la.. badget.... heheheh... tapi dalam beli membeli tu.. kami memang menghadapi sedikit masalah.. masalah bese untuk baby pertama.. rase ye semua org ade masalah yang sama.. disebabkan kami tidak mengetahui apakah jantina babyku ini.. maka aku telah membuat keputusan dengan membeli semua kaler yang ada dijual di pasaran.. sememangnya kaler yang ketara ialah biru dan pink... hahahahhha.. tapi untuk jalan selamat aku banyak memilih kaler putih.. ( senang.. x kisah la boy or girl.. sesuai jer,, ) biarpun orang sekarang ni cakap.. '' ahh.. baby jer.. x kisah la pakai kaler ape pun.. x pe nyer kalau boy kai wane pink pun.. '' tp entah kenapa kami masih jugak memikirkan tentang kaler.. hak hak hak hak.. itu yang habis semua jenis kaler yg ade kami beli setiap satu.. so.. baju anak aku nanti .. ade kaler hijau.. puple.. oren.. pink.. biru.. dan putih.. hahahahha... nak beli kaler kuning.. tp ade org tak kasi.. heheheheh.. bukan nak caye sangat.. tp elakkan je la.. hahahahha pagi tadi masalah dah selesai.. minggu depan nak g shoping lagi.. so pas nih bleh fokus kepada warne biru atau hijau.. seronok yer la.. macam2 benda dah terbayang kat mata ni.. semua benda dah clear.. nanti sampai kat kedai dah tau dah nak pilih yg macam ne.. dah x de tercari2 lagi dah.. wakakakakkaka...

hmm... Dr. cakap semua ok.. alhamdulillah.. walaupun keadaan pagi tadi agak mendebarkan... tp akhirnya kembali gembira dan bahagia sangat bila dapat tahu yang baby sihat dan normal.. paling seronok dapat tgk jelas muka, mulut, jari, dan hidung yang sebijik macam ayah dia.. hak hak hak.. harapan aku sekarang ni semoga keadaan ni kekal la sampai selamat melahirkan nanti.. doa dari keluarga serta rakan2 amatlah aku hargai..


macam gini la lebih kurang pilihan kami...

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

FaMiLy DaY

wuhuuuu... lame x berupdate.. hari2 bleh nengok jer... malas betul nak update... x de gambar mcm x beh.. ni baru je donload gambo dari album paeh... me kaseh ye paeh... nak cter mase g family day melaka bulan lepas.. hak hak hak.. citer pun dah lame.. tapi nak jugak cter... hihihi... melaka.. x de la beh sgt3.. tp ok la... sekurang2 ye dapat bercuti.. percutian pertama kami... seronok la juge.. tambah lagi membawa budak.. hihihi... walaupun penat terase tp x de la teruk sgt.. ingtkan x mampu juge nak ke sana.. tp alhamdulillah kesihatan semakin membaik.. so disamping dapat bercuti.. sekali sekala melapangkan minda x yah pikir2 sal keje.. enjoy je la.. program tu pun x de straight sgt.. semuanya enjoy saja... pendek kata kite enjoyyy jer mase kat sane. tambah lagi enjoy kami sepakat join tour ni dengan menaiki bus uia je.. hehehehh senang.. suamiku x perlu memandu.. aku pun x yah la nak teman dia memandu.. ekekekekek... naik bus.. rilek.. enjoy heheheh... hmmm... pe lagi ek? korang enjoy je la gambo kat sini ek? malas nak cter panjang... wohooooo....






shoot jauh semat2 nak nampak taman rama2 tu..


org tgh bersukaneka..

tak naik sbb paeh kate 45 hinggit!!!



lam bot.. bersiar2 sekitar bandar Melaka



malam cabutan bertuah..



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

UpDaTed...

ha... dah sebulan x berupdated.. entah ape yang di'bz'kan.. tapi syukur sgt kepada ALLAH swt. dgn izinnya aku semakin sihat dan bertenaga untuk menempuh hari2 yang mendatang... sekarang ni tengah mendapatkan balik berat badan yang dulu. dan harap-harap dapat naik lagi la.. hihihi biar terlebih chubby skit.. wakakakka.. lantak la pe org nak ckp.. aku letih dgn badan kurus kering.. semua keje membuatkan aku cepat je lemah.. past tu mule la nak tido... yang paling letih bila kengkawan jumpe n tgk badan ku yang semakin cengkung... dok beleter dok komplen kenapa kurus sgt... huhuhu letih nak menjawap soklan2 maut dari diorg... huhuhu... tp aku tau diorg semua prihatin kat aku... ( time kasih.. )

pagi tadi dok belek majalah anjung seri.. huhuhu menarik betul isi kandungan buku tu.. dah lame dah dok membelek.. mencari idea.. tak sabar rase ye nak aplikasikan ape yg aku dpt dari situ kat rumah sendri... wahhh... tapi entah bila agaknya dapat merealisasikannya.. ( sabo je la..) sikit demi sedikit perubahan akan berlaku pada rumah itu.. ekekekek.. biarlah masa menentukan.. hahahha...

minggu depan nak g melaka.. mcm x sabo la plok.. nak bercuti.. nak rehat sepuas hati.. x pe lah.. hajatnya nak berehat kat pulau.. tapi x de rezki kot? melaka pun melaka la.. janji keluar sebentar dari 'comfort zone' selama ini.. harap2 lepas ni ade rezki la lagi untuk bercuti di tempat idaman hati.. ekekekke.. x dapat yang dekat2.. yang jauh pun boleh... hihihi..

hmm... dah tak tau nak cakap pe dah..kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

AkU DaN HuBuNgAn PeLiK????

hah! seperti biasa.. masih lagi dalam keadaan yang kurang sihat. baru-baru ini aku masih lagi berhubungan rapat dengan toilet n sinki.... nasib x sebati jer.. huhuhuhuh.. tp tak per.. akan ku bertahan juge... 2 3 mingu kebelakangan ini setiap hujung minggu yang suamiku tidak dikenakan tugas bekerja.. kami menjalankan aktiviti membersihkan rumah baru kami. setelah hampir setahun menunggu untuk menduduki.. namun apakan daya rezki masih lagi tidak menyebelahi kami. bila dah dpt kunci.. keadaan aku pule yang tidak mengizinkan.. tapi tak pe.. sabar menanti.. berbalik kepada xtvt membersihkan rumah.. walaupun kehadiran aku hanya sebagai pemerhati.. tapi seronok dapat melihat perubahan walaupun x banyak.. sebab kami buat sikit2.. pelan2.. x de pe yang nak dikejarkan lagi.. semunya dah selesai.. rumah itu memang dah menjadi hak milik kami secara sahnya.. dan tidak dilupakan juge kat situ juga aku menjalin hubungan rapat dengan sinki.. hahahhaha.. tapi nasib ada ubat kat situ.. buah mangga muda yang sangat la menarik perhatian.. hehehehh.. banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk mendapatkan rumah yang kami impikan selama ini.. tak per.. slow2.. aku x sabar nak kembali sihat seperti sedia kala.. dan aku dah pun berhajat.. kira macam nazar la.. kalau la aku kembali sihat bertenaga nanti hajatnya nak hadiahkan 'goodies' khas untuk budak2. x kisah la ape pun janji mengikut kemampuan dan rezki yang ada... seronok bagi sesuatu kat kanak2 ni.. ada kepuasan tersendiri...kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MaCaM-MaCaM HaDiAh !!!!!

wahhhh... seron0ok... hari ni genap umur aku 24 tahun.. yeahh.... umur semkin bertambah.. tanggungjawab pun semakin besar.. rezeki allah bagi pun semakin besar.. hahahahha.. cume badanku saje makin mengecil.. wakakakakka... hmmmm... tahun ni aku rasa cukup bahagia, bermakna dan bersyukur segala.. walaupun dalam 2 3 bulan kebelakangan ini aku di duga dengan cabaran yang cukup membuatkan aku insaf sebagai seorang anak kepada seorang ibu.. baru aku rasa betapa peritnya nak menjadi seorang ibu.. belum lagi menjadi ibu ... hmmmm... moral of the story jangan sesekali dan jangan terfikir pun nak menderhaka kepada ibu. tapi x pe.. segala dugaan dan cabaran itu dapat aku harungi bersama keluarga dan suami tercinta.. mane kan tidak.. dia lah yang but semua kerja-kerja yang patut aku buat.. wahhhh terharu sangat2. beruntung rasa badan nih.. x tau nak di ucap dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku. moga allah memberikan kekuatan untuk aku terus berjuang.. ( hehehe macam nak perang jer)
hmmm... tahun ni macam-macam hadiah yang aku dapat. secara x langsung... x lama lagi kami akan mendapat hak mendiami rumah kami.. selepas hampir setahun menunggu... eiiiii... x sabar rase yer... tahun ni juge insyallah dapat beraya kat rumah baru.. insyallah juge dapat bersama anggota keluarga yang baru.. dapat rasa suasane baru.. macam2 lagi lah... pendek kata memang seronokkkk sangat.. heheheh dah tak tau nak cter ape dah.. sebab seronok sangat... wakakakka..
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

StatuS BaRu LaGi...

hihihih... beberapa lama lagi.. status akan tukar lagi.. heheheh.. seronok.. tapi dalam mase yang sama macam-macam bermain dalam kepala otakku, bleh ke aku ni.. macam-macam mende buat dalam satu masa. pape pun me kasih la sesangat buat insan tersayang yang masih lagi x jemu menyokong dan memberi semangat yang x kurang untuk aku teruskan semua ni. insyaallah dengan berkat doa insan-insan di sekeliling.. Aja!! aja!! fighthing!!!.. heheheh
mula-mula rase x larat juge nak teruskan study nih.. mane tak ye takut lak failed ke x leh nak carry ker.. hmmm haru nanti..tapi hari demi hari keadaan semakin pulih, atas nasihat dan pandangan puan syima juge aku teruskan.. semoga dia mendapat manfaat dari aku yang menuntut ilmu ini. hehehe bak kata puan syima anaknya lebih bijak sebab mase tu dia study. heheheh..
hmmm... untuk hari hari yang bakal mendatang x tau la macam mane.. harap-harap ia berjalan lancar macam biasa.. semakin ceria.. semakin sihat.. dan semakin semua yang baik la.. ekekekek
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails