Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

WhY SmAcK ?



Penulis mendefinisikan 'smaking' merujuk kepada perbuatan menempeleng, menampar atau memukul kanak-kanak dengan tangan pada mana-mana bahagian kaki, punggung mahupun tangan dengan hajat untuk mengawal tingkah laku anak-anak.


kenapa? kenapa perkara ini menjadi suatu perkara untuk sesbuah keluarga itu? hampir setiap kali apabila anak-anak melakukan kesalahan mahupun meragam mahupun tidak mendengar kata, dan untuk menghentikan kenakalan itu maka ibu bapa mengambil langkah penyelesaian dengan memukul. seperti orang dewasa, kanak-kanak juga ingin melakukan sesuatu perkara dengan cara mereka sendiri dan pada masa-masa mereka sendiri. dan sudah tentu lah perkara itu mustahil. setiap tindakan serta tingkah laku anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa itu sendiri. apa yang kita mahukan adalah membentuk sahsiah diri anak-anak supaya dapat melahirkan keluarga bahagia dengan berkesan.


hampir setiap kali juga kita berkebolehan untuk mempengaruhi kelakuan anak-anak kepada sesuatu yang dapat diterima atau dalam erti kata lain, kita merupakan acuan kepada anak untuk membentuk corak yang lebih baik tanpa menggunakan sebarang ugutan ataupun paksaan fizikal, namun kadang kala kita merasakan kita tidak mempunyai pilihan lain. ini berdasarkan kepada dua situasi. pertama. heat-of-the-moment scenario. dimana kombinasi antara kenakalan anak-anak bertembung dengan kemarahan atau ketidak sabaran ibu bapa yang akan membawa kepada kesudahan dengan melakukan kekerasan fizikal terhadap anak-anak. ( bila mak ayah balik dari opis.. dengan keadaan penat,stress, kemudia ditambah pula dengan kerenah anak-anak yang inginkan perhatian. maka akan berlaku lah kekerasan fizikal.) situasi kedua ialah painted-ourselves-into-a-corner scenario, dimana kita akan mengancam atau mengugut untuk memukul anak-anak tersebut sekiranya mereka tidak memenuhi kehendak ibu bapa. situasi ini dikatakan tidak terlalu panas apabila anak-anak memenuhi kehendak ibu bapa. kemudian ibu bapa akan merasakan untuk maintain kredibiliti masing-masing ibu bapa itu sendir akan meneruskan ugutan terhadap anak-anak. sangat sukar bagi ibu bapa mengelak dari memukul dalm situasi yang sedang panas berbanding situasi you-give-me-no-options. tetapi ia boleh dilakukan.

sementara itu jika anda telah pun memukul anak anda itu tidak bermakna anda merupakan ibu bapa yang jahat. ia juga tidak bermakna akan membawa anak anda kepada gejala gangguan kesihatan mental. ia juga tidak bermakna hubungan anda dan anak anda perlu diperbaiki. tindakan memukul ini merupakan salah satu cara yang telah lama dipraktikkan sejak zaman dulu lagi dalam mengawal tingkah laku anak-anak. kebanyakan dari kita yakni ibu bapa, juga pernah di pukul sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. namun kita tidak pernah membenci mahupun berlaku keretakan hubungan antara kita dan ibu bapa kita.

tetapi kita sememangnya tidak mahu memukul anak-anak. kita sebagai ibu bapa semestinya akan merasa menyesal setalah melakukanya. dan kita juga berharap adanya alternatif lain.



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails