Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

BeRLeNgGaNg PeRuT

muahahhaahahah... rajin sungguh sejak akhir ini menhupdate blog.. al maklum la banyak yang hendak di kongsi bersama.. heheheh.. minggu lepas hari ahad kami mengadakan majlis doa selamat kecil kecilan.. majlis ini sempena majlis melengggang perut. kata orang tua dulu dulu.. berlenggang perut ini adat.. yang diadakan apabila mengandungkan anak sulung. tujuan utama ia diadakan ialah memohon kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk ibu serta bayi yang dikandung sehingga selamat melahirkan. aku pun x de la pandai sangat nak terangkan lebih lanjut. ape yg aku pernah tgk kat tv mcm2 acara yang dilakukan. mengikut adat masing-masing. sbb setahu aku orang jawa amat mementingkan adat berlenggang perut. begitu juga dengan india. namun cara dan agama yang mungkin membezakannya. ape pun majlis hari tu berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sedikit makan-makan.

dan pada hari itu juga lah niat aku untuk memberi sedikit hadiah kepada kanak-kanak sempena meraikan kesihatan aku yang semakin baik terlaksana juga setelah 2 bulan tertangguh atas sebab yang x dapat dielakkan. hadiah x seberapa.. namun aku puas hati keranan dapat melaksanakan juga niat tersebut. semoga kanak-kanak tersebut gembira hati menerimanya. terima kasih juga kepada rakan2 tetamu yang hadir meraikan lagi majlis yang diadakan.
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails