Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

NaNNy 911

ketua Nanny

Nanny Stella
Nanny Deb. aku paling suke dia..




Nanny yvonne



Isnin lepas.. kebetulan x keje malam.. selalu nye aktiviti malam aku melepak sambil menonton tv.. rancangan yang x kan aku lepaskan ialah... conan kat channel 611.. pastu tgk brite jap.. tu pun kalau ade berita yang menarik perhatian aku la... kalau kate x de.. aku sambung je tgk cter funiest pet n people di alih bahasakan melayu... kelakar le juge... past tu.. jam 8.30 malam mesti tukar channel 107.. tgk Nanny 911. setakat ni kalau aku x de keje malam x penah la lagi miss cter ni..

Nanny 911 reality show omputeh tentang 4 org pengasuh terlatih yang mempunyai pengalaman 15-20 tahun dalam bidang diorg ler.. iaitu mengasuh anak-anak.. banyak pengajaran yang aku dapat tgk cter ni.. selalunya diorg akan dapat panggilan dari ibu bapa yang dah mmg tak tahan sangat dengan kerenah anak masing2. so untuk membantu mereka menyelesaikan masalah.. diaorg pun panggil la ke nanny center.. diaorg akan analisa dulu video2 yang ibu bapa hantar untuk menentukan antara 3 nanny yang ada tu sape yang layak untuk membantu keluarga tersebut.. lepas tentukan sapa yang layak diorg akan bertolak ke rumah tersebut untuk menjalankan misi bantuan selama 7 hari. dan selama yang aku tgk episod2 yang ditayangkan.. semua nanny bertaya menyelesaikan misi mereka dalam masa yang diberikan walaupun ada kdg2 mendapat tentangan mahupun tidak mendapat kerjasama dari ibu bapa itu sendri..


( kadang2 aku pelik gak.. diorg ni paggil sangat nanny untuk tolong diorg.. tp bila dah di beri nasihat serta perancangan.. diorg sendri x nak ikut... siap nak salahkan nanny lagi.. nasib le nanny semuanya profesional.. diorg banyak gune pendekatan psikology untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. )

apa yang buat aku tertarik sangat dengan rancangan ni ialah cara nanny tu sendri selesaikan masalah tingkah laku anak2,, yang sememangnya biadap.. kasar.. x hormat ibu bapa.. dan yang paling teruk sekali kecik2 lagi dah pandai memaki hamun.. dan memanipulasi ibu bapa mereka sendri.. mmg tidak dinafikan anak2 mat saleh lagi advance pada anak melayu.. tp diorg punye tingkah laku sangat teruk kalau mendapat didikan yang salah dari ibu bapa. bukan nak salahkan ibu bapa seratus peratus. tp kebanyakan punca yang nanny bongkarkan sememangnya berkait rapat dengan tindakan serta didikan dari ibu bapa itu sendri yang kadang kala tidak menyedari kesilapan yang mereka lakukan. dan yang paling penting sekali selama aku tgk episod nanny nih.. x pernah sekali pun aku tgk diorg membenarkan ibu bapa memukul anak jika anak melakukan kesilapan.. memukul adalah sangat tidak dibenarkan sama sekali.. walau pun anak itu mencarut.. memukul.. memusnahkan barang2.. atau apa saja kesalahan anak.. memukul bukanlah satu cara menyelesaikan masalah. Tapi sebaliknya mereka lebih banyak gune pendekatan pskology untuk mendekati anak yang bermasalah ini. kalau kite perhatikan pun.. mak ayah kite akan gune kaedah memukul untuk menghukum tali pinggang.. bulu ayam.. hanger... cubit cubitan...itu semua antara senjata yang ibu bapa sekarang masih lagi gunakan. aku x tau la samada pendekatan nanny ini 100% terbaik.. tp ape yang dipaparkan kat reality show tu semua nya berjaya.. tak tau la pulak kalau mereka berlakon saja..

ape pun semua perkara yang baik yang diterapkan dalam cter sekurang2 nya dapat memberi gambaran pada aku mcm mane cara-cara mengendalikan keluarga terutama anak2. maklumlah bukan senang nak jadi wanita bekerjaya merangkap menjadi seorang ibu. ape yang berlaku akan datang semuanya masih tak tentu.. aku cuma hanya mampu merancang dan berdoa.

saje je nak cter kat blog.. sekurang2 ye leh kongsi dengan ibu2 yang baca blog nih. dan bakal2 ibu. aku mmg syorkan la tgk cter nih... bagus sgt.. dan yang paling x leh lupe dlm byk2 episod baru ni ade episod yang mengisahkan satu kuarge ni.. bayangkan dia mengasuh 23 orang anak angkat.. yang semuanya mempunyai kecacatan fizikal atau mental.. bukan 2 atau 3 orang? 23 orang... episod2 yang lepas cume tunjukkan masalah ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak mereka sendri yang paling ramai pun dalam 4-5 orang saja.. tapi wanita ini dapat mengawal serta menjaga 23 anak ANGKAT yang semuanya cacat. bahkan suami dia sendri yang cacat fizikal memberi semangat serta idea untuk menjaga semua anak2 yang datangnya dari negara yang berbeza.. sikap suaminya yang mudah tersentuh hati dengan anak kurang upaya yang membuatkan mereka mempunyai seramai 23 orang anak angkat. ada juga yang mengalami kecacatan otak yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal kemarahanya dan akan menimbulkan masalah kepada adik atau abang yang lain. itu pun wanita itu dapat mengatasi. hanya ada satu sebab dia meminta bantuan nanny 911. sebab dia takut kalau dia x de nanti macam ne dengan nasib diorg ni.. sedangkan semua perkara dari segi makan minum makan pakai serta tempat tidur mereka diuruskan oleh wanita tersebut. untuk pertama kalinya ketua nanny memutuskan untuk menghantar ketiga2 nanny untuk membantu wanita tersebut. dan untuk pertama kalinya juga ketiga nanny mengeluh dengan keadaan keluarga tersebut. mereka sendri cukup kagum dengan wanita itu yang berjaya menjaga anak2 mereka tanpa rehat. ketabahan dan kecekalan mmg cukup membuatkan sape2 je yg tgk episod hari tu mmg terkesan la.. kalau jadi kat diri aku sendri pun x tau la macam mane nak handle.. nak menjaga dan merawat anak cacat.. bukan darah daging sendri lak tu? hmmmm.... cukup terharu.. salute la kat dia...







kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails