Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

CeRiTa Di SeBaLiK CeRiTeRa

ngeh3... sehari2 berlalu tanpa perubahan.. tiada yang menggangu.... walaupun musim buah buahan yang kdg kala menggangu rutin harian aku... alhamdulillah..kesihatanku masih lagi di tahap yang baik.. insyallah.. semoga allah permudahkan segala. x sabar menunggu.. dalam pada itu masih lagi beringat.. tumpang sedih.. dan berdoa kepada allah semoga akan dimurahkan rezki lagi dan dikuatkan semangat olehNya kepada dia..

aku sangat mengharapkan dapat menghabiskan tulisan buku yang di hadiahkan untuk bacaan semua.. tp ade sesuatu yg menghalang. dan keputusan telah di buat.. x perlu la nak tulis disini.. buat suamiku.. nanti akan ku terangkan segala yg ku baca supaya kita paham sama2. semoga dengan adanya org baru nanti aku akan lebih matang menghadapi semua cabaran dunia ini. aku akui kadang2 aku x matang langsung dalam menghadapi sesuatu perkara. tp x per.. sekurang2 yer ade org yang berani tegur aku. alahamdulillah.. tidak terlanjur jauh.. semakin hari aku semakin cepat terasa hati.. padahal x de hal langsung.. huhuhuh.. x pe la.. x kisah la.. mgkn lepas ni ok la tu..

semalam p mengecat rumah.. seronok bila dpt selesaikan masalah yg membelenggu kami selama ini. kalau la tau begitu... dah lame selesai.. x per.. kami hanya perancang.. namun hanya allah sahaja yang boleh menentukan. siapa kita nak pertikaikan kuasaNya. semoga lepas ni semua yg kami rancang berjalan lancar. amin3..

x lame dah lagi nak cuti panjang.. x tau la bila lagi dapat hupdate kat sini.. ngeh3.... kalau la ade broadband... ( hihihihi ayat nak mengecek.. )kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

WhY SmAcK ?



Penulis mendefinisikan 'smaking' merujuk kepada perbuatan menempeleng, menampar atau memukul kanak-kanak dengan tangan pada mana-mana bahagian kaki, punggung mahupun tangan dengan hajat untuk mengawal tingkah laku anak-anak.


kenapa? kenapa perkara ini menjadi suatu perkara untuk sesbuah keluarga itu? hampir setiap kali apabila anak-anak melakukan kesalahan mahupun meragam mahupun tidak mendengar kata, dan untuk menghentikan kenakalan itu maka ibu bapa mengambil langkah penyelesaian dengan memukul. seperti orang dewasa, kanak-kanak juga ingin melakukan sesuatu perkara dengan cara mereka sendiri dan pada masa-masa mereka sendiri. dan sudah tentu lah perkara itu mustahil. setiap tindakan serta tingkah laku anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa itu sendiri. apa yang kita mahukan adalah membentuk sahsiah diri anak-anak supaya dapat melahirkan keluarga bahagia dengan berkesan.


hampir setiap kali juga kita berkebolehan untuk mempengaruhi kelakuan anak-anak kepada sesuatu yang dapat diterima atau dalam erti kata lain, kita merupakan acuan kepada anak untuk membentuk corak yang lebih baik tanpa menggunakan sebarang ugutan ataupun paksaan fizikal, namun kadang kala kita merasakan kita tidak mempunyai pilihan lain. ini berdasarkan kepada dua situasi. pertama. heat-of-the-moment scenario. dimana kombinasi antara kenakalan anak-anak bertembung dengan kemarahan atau ketidak sabaran ibu bapa yang akan membawa kepada kesudahan dengan melakukan kekerasan fizikal terhadap anak-anak. ( bila mak ayah balik dari opis.. dengan keadaan penat,stress, kemudia ditambah pula dengan kerenah anak-anak yang inginkan perhatian. maka akan berlaku lah kekerasan fizikal.) situasi kedua ialah painted-ourselves-into-a-corner scenario, dimana kita akan mengancam atau mengugut untuk memukul anak-anak tersebut sekiranya mereka tidak memenuhi kehendak ibu bapa. situasi ini dikatakan tidak terlalu panas apabila anak-anak memenuhi kehendak ibu bapa. kemudian ibu bapa akan merasakan untuk maintain kredibiliti masing-masing ibu bapa itu sendir akan meneruskan ugutan terhadap anak-anak. sangat sukar bagi ibu bapa mengelak dari memukul dalm situasi yang sedang panas berbanding situasi you-give-me-no-options. tetapi ia boleh dilakukan.

sementara itu jika anda telah pun memukul anak anda itu tidak bermakna anda merupakan ibu bapa yang jahat. ia juga tidak bermakna akan membawa anak anda kepada gejala gangguan kesihatan mental. ia juga tidak bermakna hubungan anda dan anak anda perlu diperbaiki. tindakan memukul ini merupakan salah satu cara yang telah lama dipraktikkan sejak zaman dulu lagi dalam mengawal tingkah laku anak-anak. kebanyakan dari kita yakni ibu bapa, juga pernah di pukul sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. namun kita tidak pernah membenci mahupun berlaku keretakan hubungan antara kita dan ibu bapa kita.

tetapi kita sememangnya tidak mahu memukul anak-anak. kita sebagai ibu bapa semestinya akan merasa menyesal setalah melakukanya. dan kita juga berharap adanya alternatif lain.



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

PeRSeDiAaN MeNjAdI IbU BaPa....

haaa... hari ini nak kongsi lagi dengan anda semua tentang tajuk yang tertera kat tu la.. hehehe.. ye la.. mentang-mentang la x lama lagi bakal menjadi seorang ibu.. mase ni la nak cakap2 kongsi2 pasal nih.. tadi, Puan Syima ade bagi buku beserta iringan kata-kata semoga kami menjadi ibu bapa yang lebih baik. terima kasih tak terhingga.. semoga doa itu dimakbulkan olehNya. aminnnn...




so kat sini aku akan share le seberapa banyak dan kalau boleh khatam satu buku ni. menggunakan bahasa enggeris yang mudah membuatkan aku tertarik untuk menterjemahkannya. segala point2 penting dari buku ini akan aku kongsikan bersama. untuk kemudahan bakal2 ibu bapa mahupun yang telah menjadi ibu yang ingin mencuba alternatif lain yang disenaraikan dalam buku nih. terjemahan ini juga untuk kemudahan incek suamiku.. aku tahu dia mmg x kan sempat ye nak belek buku ni satu2.. so i terjemahkan kat sini la yer? bile u bukak blog i ni.. u bace la serba sedikit.. kalau x paham nanti kite bincang eh? hehehehhe...

gambar merujuk kepada buku yang sedang diperkatakan.. ditulis oleh Glen Stenhouse. serba sedikit tentang buku ni.. menurut kata penulis. buku ini di tulis khas untuk ibu bapa yang tidak mahu menjadikan amalan memukul sebagai hukuman kepada anak mereka.( menurut pengakuan daripada ibu bapa yang ditemui ). kebanyakan daripada ibu bapa merasakan memukul adalah merupakan perkara yang betul dalam mendidik anak-anak,kerana kadang kala mereka merasakan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menjalankan hukuman fizikal terhadap anak-anak. tetapi.. kebanyakan ibu bapa yang ditemui. tiada diantara mereka yang mahu atau suka untuk memukul anak-anak.

selama 25 tahun dalam bidang membantu ibu bapa dalam mendidik sikap anak-anak yang nakal penulis mempelajari sesuatu di mana kebanyakan kanak kanak bermasalah tidak perlu di pukul untuk meletakkan mereka dalam situasi atau sikap yang baik/betul. kedua, untuk anak-anak yang dirasakan sudah tidak mempunyai cara lain lagi untuk dididik.. atau boleh diakatakan tak makan saman.. memukul TIDAK akan menyelesaikan masalah. malahan apabila di pukul anak-anak ini malahan akan mentertawakan tindakan kita dengan mengatakan tindakan kita itu tidak berjaya menyakitkan mereka.. atau pun mereka akan cuba untuk membalas pukulan kita tadi.

jadi jelas menunjukkan bahawa tindakan memukul tidak perlu untuk kebanyakan anak-anak. namun terdapat cara yang membolehkan anda untuk mengurus kelakuan anak-anak dengan lebih baik tanpa melakukan tindakan fizikal terhadap mereka. buku ini memfokus kepada cara menguruskan anak-anak. ( melentur buluh biarlah dari rebungya. ini pendapat aku.. hehehe )

penulis turut memberi amaran kepada pembaca. beliau hanya menyatakan cara untuk menguruskan serta mendidik anak-anak. beliau menggunakan bahasa harian '' good'', ''bad'', ''right'', ''wrong'' , and '' naughty''. dimana ia akan menampakkan manipulasi atau kadang kala nampak terlalu mengongkong. beliau juga memperkatakan tentang pentingnya untuk memberi hukuman. dan jika perkataan atau konsep yang diketengahkan tidak sesuai dengan cara anda.. SILA LETAKKAN BUKU INI.

beliau membuat satu rumusan bahawa mendidik bukannya terlalu sukar. ia memerlukan kerja keras tetapi bukan sesuatu yang sukar. untuk mendidik, ibu bapa memerlukan sedikit hanya pengetahuan. apa yang lebih penting ialah KOMITMENT, TENAGA, KESABARAN, GIGIH/ TEKUN, AKAL FIKIRAN WARAS, dan semuanya mestilah berteraskan KASIH SAYANG yang hadir secara semula jadi.

dan jika anda hanya mengharapkan keajaiban semata-mata, anda kecewa. menurut kata-kata beliau terhadap setiap ibu bapa yang datang berjumpa '' in the parenting bussines there is nothing new under the sun ''. sebaliknya apa yang diperkatakan mudah dan praktikal dan kebanyakannya adalah dari pengalaman yang dialalui berbanding dengan teori. cadangan yang diberikan telah pun di cuba oleh ribuan keluarga. dan sekiranya anda bersedia untuk meletakkan sedikit usaha dan berikhtiar anda akan berjaya melakukannya.kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails