Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

PeRSeDiAaN MeNjAdI IbU BaPa....

haaa... hari ini nak kongsi lagi dengan anda semua tentang tajuk yang tertera kat tu la.. hehehe.. ye la.. mentang-mentang la x lama lagi bakal menjadi seorang ibu.. mase ni la nak cakap2 kongsi2 pasal nih.. tadi, Puan Syima ade bagi buku beserta iringan kata-kata semoga kami menjadi ibu bapa yang lebih baik. terima kasih tak terhingga.. semoga doa itu dimakbulkan olehNya. aminnnn...




so kat sini aku akan share le seberapa banyak dan kalau boleh khatam satu buku ni. menggunakan bahasa enggeris yang mudah membuatkan aku tertarik untuk menterjemahkannya. segala point2 penting dari buku ini akan aku kongsikan bersama. untuk kemudahan bakal2 ibu bapa mahupun yang telah menjadi ibu yang ingin mencuba alternatif lain yang disenaraikan dalam buku nih. terjemahan ini juga untuk kemudahan incek suamiku.. aku tahu dia mmg x kan sempat ye nak belek buku ni satu2.. so i terjemahkan kat sini la yer? bile u bukak blog i ni.. u bace la serba sedikit.. kalau x paham nanti kite bincang eh? hehehehhe...

gambar merujuk kepada buku yang sedang diperkatakan.. ditulis oleh Glen Stenhouse. serba sedikit tentang buku ni.. menurut kata penulis. buku ini di tulis khas untuk ibu bapa yang tidak mahu menjadikan amalan memukul sebagai hukuman kepada anak mereka.( menurut pengakuan daripada ibu bapa yang ditemui ). kebanyakan daripada ibu bapa merasakan memukul adalah merupakan perkara yang betul dalam mendidik anak-anak,kerana kadang kala mereka merasakan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menjalankan hukuman fizikal terhadap anak-anak. tetapi.. kebanyakan ibu bapa yang ditemui. tiada diantara mereka yang mahu atau suka untuk memukul anak-anak.

selama 25 tahun dalam bidang membantu ibu bapa dalam mendidik sikap anak-anak yang nakal penulis mempelajari sesuatu di mana kebanyakan kanak kanak bermasalah tidak perlu di pukul untuk meletakkan mereka dalam situasi atau sikap yang baik/betul. kedua, untuk anak-anak yang dirasakan sudah tidak mempunyai cara lain lagi untuk dididik.. atau boleh diakatakan tak makan saman.. memukul TIDAK akan menyelesaikan masalah. malahan apabila di pukul anak-anak ini malahan akan mentertawakan tindakan kita dengan mengatakan tindakan kita itu tidak berjaya menyakitkan mereka.. atau pun mereka akan cuba untuk membalas pukulan kita tadi.

jadi jelas menunjukkan bahawa tindakan memukul tidak perlu untuk kebanyakan anak-anak. namun terdapat cara yang membolehkan anda untuk mengurus kelakuan anak-anak dengan lebih baik tanpa melakukan tindakan fizikal terhadap mereka. buku ini memfokus kepada cara menguruskan anak-anak. ( melentur buluh biarlah dari rebungya. ini pendapat aku.. hehehe )

penulis turut memberi amaran kepada pembaca. beliau hanya menyatakan cara untuk menguruskan serta mendidik anak-anak. beliau menggunakan bahasa harian '' good'', ''bad'', ''right'', ''wrong'' , and '' naughty''. dimana ia akan menampakkan manipulasi atau kadang kala nampak terlalu mengongkong. beliau juga memperkatakan tentang pentingnya untuk memberi hukuman. dan jika perkataan atau konsep yang diketengahkan tidak sesuai dengan cara anda.. SILA LETAKKAN BUKU INI.

beliau membuat satu rumusan bahawa mendidik bukannya terlalu sukar. ia memerlukan kerja keras tetapi bukan sesuatu yang sukar. untuk mendidik, ibu bapa memerlukan sedikit hanya pengetahuan. apa yang lebih penting ialah KOMITMENT, TENAGA, KESABARAN, GIGIH/ TEKUN, AKAL FIKIRAN WARAS, dan semuanya mestilah berteraskan KASIH SAYANG yang hadir secara semula jadi.

dan jika anda hanya mengharapkan keajaiban semata-mata, anda kecewa. menurut kata-kata beliau terhadap setiap ibu bapa yang datang berjumpa '' in the parenting bussines there is nothing new under the sun ''. sebaliknya apa yang diperkatakan mudah dan praktikal dan kebanyakannya adalah dari pengalaman yang dialalui berbanding dengan teori. cadangan yang diberikan telah pun di cuba oleh ribuan keluarga. dan sekiranya anda bersedia untuk meletakkan sedikit usaha dan berikhtiar anda akan berjaya melakukannya.kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails