Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

BoSaNn!!


Istilah adab menurut kamus membawa maksud tingkah laku yang baik, budi

bahasa yang halus dan sopan santun. Manakala etiket pula merujuk kepada

kelakuan yang baik. Terdapat pelbagai jenis adab dan etiket yang boleh

dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Semua perkara yang

kita lakukan penuh dengan adab dan etiket. Adab dan etiket adalah cermin

diri seseorang dan tidak boleh dipandang remeh. Tidak kiralah adab semasa

berniaga, adab berkunjung ke rumah orang mahupun adab ketika di jalan

raya. Melalui adab dan etiket, orang di sekeliling akan dapat menilai

perwatakan sebenar diri seseorang.

Buat kali pertama apabila berhadapan dengan seseorang, kita perlulah

mempunyai nilai diri yang tinggi dan bertutur dengan sopan supaya orang

tersebut akan berasa diri mereka dihormati. ( sebelum diri mereka ingin di hormati)

Jelaslah bahawa dengan mengamalkan adab dan etiket yang betul, ia bukan

sekadar mampu memberikan kesan yang positif terhadap diri sendiri, malah

turut memberikan tanggapan yang baik kepada orang lain. Tingkah laku yang

baik dan budi bahasa terpuji dapat memberi gambaran peribadi kita. Setiap

hari, kita berkomunikasi dengan pelbagai pihak; sama ada sesama ahli

keluarga, rakan sekerja, sahabat handai mahupun orang awam. Begitu juga,

pelbagai tempat kita kunjungi; tidak kiralah untuk apa jua urusan sekali pun.

Pastinya pernah terdetik dihati, adakah perwatakan kita manis di mata orang?

Adakala juga, tanpa disedari, banyak perlakuan kita yang tidak kena, tetapi

tiada siapa yang berani menegur demi menjaga hati kita. Namun, dalam

mengecapi dunia yang serba moden ini, manusia semakin lupa adab dan

etiket. Tiada lagi batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Malah, pemandu

juga semakin hilang sopan santunnya ketika memandu di jalan raya.

Oleh itu dengan menitipkan kembali adab dan etiket ini, diharapkan buku

Tertib Peribadi ini mampu dijadikan panduan kepada semua agar dapat

mengamalkan adab-adab tersebut dalam kehidupan dan dijadikan panduan

berguna untuk dimanfaatkan bersama.



Dalam buku bertajuk Tertib Peribadi ini , ianya mengandungi lima puluh tujuh

bab kesemuanya. Bab Pertama dimulakan Adab Kenalkan Diri: Setiap hari kita

bertemu ramai orang di dalam urusan perniagaan mahupun sosial. Cara kita

mengalu-alukan orang yang baru kita jumpa memberi kesan berpanjangan

dan membawa jalan kepada pertemuan yang lebih produktif. Cara yang betul

menjawab atau membuat panggilan telefon juga harus beradab. Ketika

makan juga memerlukan ketertiban yang sempurna kerana ia

menggambarkan sifat peribadi seseorang.

Dewasa ini, email merupakan cara berkomunikasi yang popular. Walaupun

tidak bersua muka dengan si penerima, tetapi perhubungan cara beradab

boleh memberi impak kepada si pengirim.

Adab sesama rakan sekerja juga harus dijaga. Pejabat merupakan rumah

kedua kepada kita, jadikanlah ia sebuah tempat yang selesa, seronok untuk

bekerja dan ketika di rumah pula, jiran tetangga merupakan orang yang

paling dekat dengan kita dan sedia memberi pertolongan apabila diperlukan,

tegur sapa dan disusuli dengan senyuman bukanlah satu perkara yang sukar

untuk dilakukan. Elakkan bersikap pentingkan diri sendiri kerana tidak akan

membawa apa-apa keuntungan kepada kita.

Semua ibu bapa mahukan anak mereka dipuji kerana kelakuan baik dan bukan

dikeji atas sikap buruk mereka. Masih belum terlambat jika ibu bapa mahu

membetulkan sikap dan adab anak mereka dengan mempraktikkan anak

dengan ucapan salam, ucapan tolong dan terima kasih.

Pernahkah anda terfikir bagaimana mahu melayan dan berinteraksi dengan

Orang Kurang Upaya (OKU)? Disebabkan simpati, kita tidak dapat lari daripada

mahu membantu golongan ini walaupun dengan pertolongan kecil.

Kadangkala tidak semua OKU memerlukan pertolongan kita. Tanya dahulu

sebelum membantu. Jika tawaran ditolak, jangan mendesak. Jika individu

tersebut menerima bantuan kita, tanyalah bagaimana cara terbaik agar kita

dapat membantu.

Bagaimana untuk menyediakan diri ketika menghadiri temu duga dan memberi

tanggapan baik pada si penemu duga? Adab temu duga mungkin boleh diikuti

bagi memastikan kita mempunyai kelebihan, berbanding dengan pesaing yang

lain. artikel ini di ambil dari laman web perpustakaan negeri sabah.

aku dah pun baca ni.. memang banyak membantu dalam menjalankan tugasan harian yang lebih baik dan berkesan dari dulu.. banyak perubahan yang bleh aku lakukan dalam melaksanakan tugas se'profesional yang mungkin.. tapi betul ke profesional??? ape itu profesional.. kadang2 aku sendri x mengerti... orang akan bosan pula kalau cakap x serupa bikin.. sudahnya aku mesti lebih banyak belajar dan membaca serta mengharapkan teguran dari orang sekeliling... teringin nak beli beli buku ni lak..




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

KoRbAn..


Hari ni libry ssssejukkk.. dah lame x merase kesejukan begini.. dalam2 duk sejuk sambil dok godam2 sistem baru nih puan syima bg tau ade tazkirah ustaz Ali, aku x pikir panjang dah, kalau kebiasaanya agak payah aku nak tgglkan ofis waktu2 sebegitu.. bila dah join ... ustaz bagi tajuk korban dan ulasan mengenai ajaibnya sedekah. mase tu lah aku tau yang korban ni boleh berhutang semata2 untuk korban. sedangkan selama ini aku ingt hal ini mengikut kemampuan kita.. mase ni la aku rase menyesal sangat x ikut tazkirah ni dari dulu lagi.. bukan ape.. ade jugak ceramah yang aku dengar tp x pernah plak sebut hal yang se detail ni. bila sebut pasal sedekah.. sedekah bukan la dari segi material sahaja.. kalau ikutkan banyak kategori sedekah ni. ape yang paling menarik perhatian aku ialah bila ustaz ulas tentang perasaan pemberi berdasarkan golongan2 tertentu.. baru aku tau.. kita kalau memberi ni memang x patut mengharapkan balasan.. walaupun sekadar terima kasih.. kire jadi macam x ikhlas. sbb aku kadang2 bila memberi pertolongan ade juga mengharapkan balasan.. maksudnya.. kalau aku tolong orang nanti orang akan tolong aku.. kira x ikhlas la aku agaknya.. ade segelintir golongan manusia apabila memberi...seakan2 ingin menunjuk2 pemberiannya.. ade pula yang ingin mengusai penerima supaya sefahaman dengannya.. ade pula yang ingin mengetuai si penerima.. ada juge yang hanya mahukan pujian serta pengiktirafan dan ade juga pemberi yang ingin meguasai penerima supaya ikut akan segala kehendaknya.. sepertimana pemberi tidak suke akan ejekan atau cacian seperti itu juga lah penerima tidak suka akan ejekan mahupun cacian.


aku rasa 45 minit mmg x cukup untuk huraian lebih lanjut. kalau ikutkan ade banyak perkara yang aku nak tanya berhubung masalah harian yang berlaku sehari2.. insyallah tazkirah akan datang.



note untuk puan syima n Si, kalau saye terlebih kurang fakta kat atas tu tolong betul2 kan yer? hihihi nanti jgn lupe ajak saye lagi,,kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

SyMpHeNiNg

huhuhu.. selepas 64 hari bercuti dan kembali bekerja.. wahhh... mmg tau doh... mesti pening. tambah lagi dengan ada nya sistem baru untuk di guna pakai.. bese la.. kita dah bese gune yang senang.. tibe2 kene guna yang totally baru.. mmg rase agak janggal. bukan sbb x reti.. sudah banyak penerangan diberi tp masih lagi terkial2. mcm2 eroro.. mcm2 masalah. tp sabarkan hati.. cekalkan otak untuk menghadapi. hahahahha... tuntutan kerja mesti lah dilaksanakan sepenuh hati dan mencapai keputusan sebaik mungkin. bukan apa... ustaz kata apa yang kita buat terutama kerja yang membabitkan makan minum kita akan di tanya di akhirat nanti aku jadi takut. tambahan pula sekarang hasil kerja aku sedikit sebanyak akan menjadi darah daging anakku. aku sedar ada masa aku tidak jujur dalam melakukan kerja harian. mencuri masa adalah yang terutamanya.. alasanya? FB blogging.. games.. release tensi la konon.. hahahha... namun aku akan cuba menyudahkan atau melaksanakan tugas sebaik mungkin yang kesudahannya nanti akan menyenangkan kerja aku dan rakan rakan seperjuangan yang lain. kerja kita ni sememangnya seronok kerana bukan kerja sorang diri.. kerja beramai2 dalam kerja perlu serius.. boleh juga di selit dengan senda tawa. bukan semata2 kerja.. barulah pekerjaan tu akan menjadi lebih seronok.. yang pasti bukan pula kerja dengan senda tawa sahaja.. bagai melepas batuk di tangga atau sengaja nak menggunakan tenaga orang lain saja. semua perkara kita perlu ukur di mana baik buruknya, ingatlah kita mempunyai tanggungan untuk di jaga dan di bela makan minumnya. baik buruk isi perut mereka bergantung kepada kita nanti. ini merupakan peringatan semua..untuk diri aku dan suami terutamanya. teguran serta pandangan dari teman yang sudi menasihati apabila melihat kami melakukan kesilapan amat2 la di alukan. kita sebagai manusia memang x kan lari dari melakukan kesalahan. tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni melainkan kita masih tidak sedar akan hakikat ini..

aku cukup bersyukur kerana insan-insan sekeliling x pernah lupa menasihati atas kekhilafan yang aku lakukan. masih ramai yang sudi membantu di kala aku memerlukan. 'what u give u get back..' aku cukup pegang pada ayat yang ini dalam menjalani rona kehidupan seharian.kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

KrOnOLoGi 64 HaRi....

13.08.2010
lahirnya insan yang amat dinanti sekitar jam 11.00 malam bersamaan 4 Ramadhan. gembira hati tatkala dr. menunjukkan seorang muhammad yang lahir dari perutku. hilang segala kesakitan berganti perasaan syukur.. gembira terharu dan bercampur baur... alhamdulillah. insan itu di beri nama MUHAMMAD SHAAKIR BIN SAIFUL NIZAM.

KuNiNg
hari ketiga kelahiran anakku misi datang melawat menasihati supaya anakku dirujuk ke klinik. pada anggaran aku mmg kene warded la jawab yer.. dan 2 hari aku dan shaakir bermalam di hospital. terima kasih tidak terhingga kepada semua jururawat HTAA yang sememangnya baik2 belaka. namun berlaku satu insiden yang menyebabkan mengalir air mata seorang ibu..

PuAsA
28 hari la jawab yer aku mengganti.. nasib baik suami tercinta sudah pun bersetuju untuk menemani aku berpuasa.. hihihih.. ade geng... penguat semangat... ekekekke..

BaJu RaYa
dah name ye melahirkan di bulan puasa,, x de la rase nak beraye sangat.. namun aku sangat la gembira kerana tahun pertama beraya sebagai isteri dan ibu sekali gus.. sangat3 gembira walaupun tahun ni mmg x terbeli baju raya.. kesian suami ku pakai baju raya lama.. maklumlah.. aku tau dia pun kesian kat aku.. awal2 lagi aku dah pesan suh beli baju raye.. tp kate ye.. biarlah.. kita tunggu shaakir besar skit.. nanti kite beli same2.. kesian kat aku kate yer.. nanti aku jeles.. ekekekek... mungkin jugakk.. hihihi..

ReZki
memang Allah dah janji setiap kelahiran anak mempunyai rezki yang tersendiri.. sesungguhnya Allah tidak akam menguji hambanya kalau hambanya tak mampu. sebelum ni kami risau jugak keadaan kami selepas kelahiran ini. namun sebaliknya berlaku. rezeki untuk dia memang ada. beban yang bakal di tanggung ringan sedikit. terima kasih tidak terhingga buat mereka-mereka yang sudi membantu. semoga Allah akan murahkan rezeki kalian.
SiKaP
insyallah dengan bertukarnya status aku kepada seorang ibu.. aku cuba sebaik mungkin untuk berubah.. memperbaiki kelemahan2 diri yang ada.. ada perkara yang aku perlu jauhi.. perlu ubah.. supaya hidup aku lebih baik dan lebih bermakna.. untuk suami anak dan keluarga. semoga apa yang berlaku dan aku lalui sepangjang 64 hari ni akan membawa kepada diri aku yang baru. diri aku yang lebh baik.. amin3...

13.09.2010
bawa shaakir jumpe dr. kat al-farabi.. kebetulan shaakir di cucuk oleh dr yang sambut dia.. masa timbang tu dr kata cepat yer naik.. hehehhe.. ye la.. dalam masa sebulan naik sekilo.. dari kecikkkk jer.. dah nampak besar skit.. dr kata cucuk ni demam.. aku dah risau.. mujur.. x de pape.. shaakir kuat... hihihi

KeNduRi
hahahha... lepas je habis pantang muhammad shaakir dah di bawa berjalan... bawak jumpe toknyang dia.. disamping menghadiri kenduri kenalan2 yang rapat. alhamdulilah tiada mudarat pada muhammad shaakir. tp terkantoi ngan puan syima..ekekekke.. sebab x pakai barut kat perut shaakir.. bukan x nak pakai.. masalahnya dah tak muat.. shaakir dah makin berisi,, tengah duk tunggu nenek dia jahit yang baru.

BeSeRaH vs KuBaNg PuYu
hahahah.. tok ma tok abah nenek n aki.. memang semua nya sayang sangat kat shaakir.. seronok bukan main dapat cucu pertama.. pak-pak sedara n mak-mak sedara memang la cukup menjaga budak sorang ni.. tiada apa yang aku dan suami harapkan semoga muhammad shaakir akan rapat dengan kedua2 keluarga ini. biarlah kami bersusah-susah sedikit asalkan kasih sayang mereka adil dan saksama.

SuSu Ibu
memang x dinafikan susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak.. namun bagi aku yang bekerja ini akan menjadi sedikit beban.. namun aku sanggup lakukan demi anak tercinta.. sudah lebih 5 jenis susu formula aku test kat shaakir.. namun semuanya berakhir dengan muntah yang teruk sampaikan keluar melalui hidung. takut melihatnya.. kami mengambil keputusan untuk teruskan dengan susu badan je.. jadi 2 mnggu sebelum kembali bekerja aku mulakan aktiviti menyimpan stok susu.

15.109.2010
Shaakir 2 bulan.. cucuk lagi.. kali ni dedar skit jer.. malam tu merengek jer.. namun sok yer.. kembali ceria dan cergas... hihihi.. seronok sangattt...

BuDgEt 2011
argghhhhh... 2 hari lagi nak start keje ade ke lam budget baru ni PM umumkan cuti bersalin 90 hari???? asal la x umum awal2.. x sempat ler jawab yer.. kalau la dapat je tambah lagi 30.. alangkah seronok yer menyusukan shaakir sebulan lagi...


KeRjA
hari ni hari pertama kerja.. seronok.. lama x tengok meja kerja ku.. rase lain lak tekan tikus hitam kat meja ni.. ketar2 pulak.. tp kejap je.. kemas2 ape yang patut.. dah boleh mula kerja... hari ini juga merupakan hari pertama aku tinggalkan terus muhammad shaakir ngan tok ma dia.. sedih.. namun kutabahkan hati.. kejap je 8 jam akan berlalu. semoga shaakir baik2 duk ngan tok ma dia.. terima kasih juga buat bos.. puan SI yang membenarkan aku mengambil sedikit masa bekerja untuk terus mengumpulkan stok susu di pejabat.




me kasih pada bg sam.. sudi memotretkan gambar kami sekeluarga.. nanti ade rezki mau yang lebih baik lagi k?? hihihi
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails