Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

BoSaNn!!


Istilah adab menurut kamus membawa maksud tingkah laku yang baik, budi

bahasa yang halus dan sopan santun. Manakala etiket pula merujuk kepada

kelakuan yang baik. Terdapat pelbagai jenis adab dan etiket yang boleh

dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Semua perkara yang

kita lakukan penuh dengan adab dan etiket. Adab dan etiket adalah cermin

diri seseorang dan tidak boleh dipandang remeh. Tidak kiralah adab semasa

berniaga, adab berkunjung ke rumah orang mahupun adab ketika di jalan

raya. Melalui adab dan etiket, orang di sekeliling akan dapat menilai

perwatakan sebenar diri seseorang.

Buat kali pertama apabila berhadapan dengan seseorang, kita perlulah

mempunyai nilai diri yang tinggi dan bertutur dengan sopan supaya orang

tersebut akan berasa diri mereka dihormati. ( sebelum diri mereka ingin di hormati)

Jelaslah bahawa dengan mengamalkan adab dan etiket yang betul, ia bukan

sekadar mampu memberikan kesan yang positif terhadap diri sendiri, malah

turut memberikan tanggapan yang baik kepada orang lain. Tingkah laku yang

baik dan budi bahasa terpuji dapat memberi gambaran peribadi kita. Setiap

hari, kita berkomunikasi dengan pelbagai pihak; sama ada sesama ahli

keluarga, rakan sekerja, sahabat handai mahupun orang awam. Begitu juga,

pelbagai tempat kita kunjungi; tidak kiralah untuk apa jua urusan sekali pun.

Pastinya pernah terdetik dihati, adakah perwatakan kita manis di mata orang?

Adakala juga, tanpa disedari, banyak perlakuan kita yang tidak kena, tetapi

tiada siapa yang berani menegur demi menjaga hati kita. Namun, dalam

mengecapi dunia yang serba moden ini, manusia semakin lupa adab dan

etiket. Tiada lagi batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Malah, pemandu

juga semakin hilang sopan santunnya ketika memandu di jalan raya.

Oleh itu dengan menitipkan kembali adab dan etiket ini, diharapkan buku

Tertib Peribadi ini mampu dijadikan panduan kepada semua agar dapat

mengamalkan adab-adab tersebut dalam kehidupan dan dijadikan panduan

berguna untuk dimanfaatkan bersama.



Dalam buku bertajuk Tertib Peribadi ini , ianya mengandungi lima puluh tujuh

bab kesemuanya. Bab Pertama dimulakan Adab Kenalkan Diri: Setiap hari kita

bertemu ramai orang di dalam urusan perniagaan mahupun sosial. Cara kita

mengalu-alukan orang yang baru kita jumpa memberi kesan berpanjangan

dan membawa jalan kepada pertemuan yang lebih produktif. Cara yang betul

menjawab atau membuat panggilan telefon juga harus beradab. Ketika

makan juga memerlukan ketertiban yang sempurna kerana ia

menggambarkan sifat peribadi seseorang.

Dewasa ini, email merupakan cara berkomunikasi yang popular. Walaupun

tidak bersua muka dengan si penerima, tetapi perhubungan cara beradab

boleh memberi impak kepada si pengirim.

Adab sesama rakan sekerja juga harus dijaga. Pejabat merupakan rumah

kedua kepada kita, jadikanlah ia sebuah tempat yang selesa, seronok untuk

bekerja dan ketika di rumah pula, jiran tetangga merupakan orang yang

paling dekat dengan kita dan sedia memberi pertolongan apabila diperlukan,

tegur sapa dan disusuli dengan senyuman bukanlah satu perkara yang sukar

untuk dilakukan. Elakkan bersikap pentingkan diri sendiri kerana tidak akan

membawa apa-apa keuntungan kepada kita.

Semua ibu bapa mahukan anak mereka dipuji kerana kelakuan baik dan bukan

dikeji atas sikap buruk mereka. Masih belum terlambat jika ibu bapa mahu

membetulkan sikap dan adab anak mereka dengan mempraktikkan anak

dengan ucapan salam, ucapan tolong dan terima kasih.

Pernahkah anda terfikir bagaimana mahu melayan dan berinteraksi dengan

Orang Kurang Upaya (OKU)? Disebabkan simpati, kita tidak dapat lari daripada

mahu membantu golongan ini walaupun dengan pertolongan kecil.

Kadangkala tidak semua OKU memerlukan pertolongan kita. Tanya dahulu

sebelum membantu. Jika tawaran ditolak, jangan mendesak. Jika individu

tersebut menerima bantuan kita, tanyalah bagaimana cara terbaik agar kita

dapat membantu.

Bagaimana untuk menyediakan diri ketika menghadiri temu duga dan memberi

tanggapan baik pada si penemu duga? Adab temu duga mungkin boleh diikuti

bagi memastikan kita mempunyai kelebihan, berbanding dengan pesaing yang

lain. artikel ini di ambil dari laman web perpustakaan negeri sabah.

aku dah pun baca ni.. memang banyak membantu dalam menjalankan tugasan harian yang lebih baik dan berkesan dari dulu.. banyak perubahan yang bleh aku lakukan dalam melaksanakan tugas se'profesional yang mungkin.. tapi betul ke profesional??? ape itu profesional.. kadang2 aku sendri x mengerti... orang akan bosan pula kalau cakap x serupa bikin.. sudahnya aku mesti lebih banyak belajar dan membaca serta mengharapkan teguran dari orang sekeliling... teringin nak beli beli buku ni lak..




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails