Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

SyMpHeNiNg

huhuhu.. selepas 64 hari bercuti dan kembali bekerja.. wahhh... mmg tau doh... mesti pening. tambah lagi dengan ada nya sistem baru untuk di guna pakai.. bese la.. kita dah bese gune yang senang.. tibe2 kene guna yang totally baru.. mmg rase agak janggal. bukan sbb x reti.. sudah banyak penerangan diberi tp masih lagi terkial2. mcm2 eroro.. mcm2 masalah. tp sabarkan hati.. cekalkan otak untuk menghadapi. hahahahha... tuntutan kerja mesti lah dilaksanakan sepenuh hati dan mencapai keputusan sebaik mungkin. bukan apa... ustaz kata apa yang kita buat terutama kerja yang membabitkan makan minum kita akan di tanya di akhirat nanti aku jadi takut. tambahan pula sekarang hasil kerja aku sedikit sebanyak akan menjadi darah daging anakku. aku sedar ada masa aku tidak jujur dalam melakukan kerja harian. mencuri masa adalah yang terutamanya.. alasanya? FB blogging.. games.. release tensi la konon.. hahahha... namun aku akan cuba menyudahkan atau melaksanakan tugas sebaik mungkin yang kesudahannya nanti akan menyenangkan kerja aku dan rakan rakan seperjuangan yang lain. kerja kita ni sememangnya seronok kerana bukan kerja sorang diri.. kerja beramai2 dalam kerja perlu serius.. boleh juga di selit dengan senda tawa. bukan semata2 kerja.. barulah pekerjaan tu akan menjadi lebih seronok.. yang pasti bukan pula kerja dengan senda tawa sahaja.. bagai melepas batuk di tangga atau sengaja nak menggunakan tenaga orang lain saja. semua perkara kita perlu ukur di mana baik buruknya, ingatlah kita mempunyai tanggungan untuk di jaga dan di bela makan minumnya. baik buruk isi perut mereka bergantung kepada kita nanti. ini merupakan peringatan semua..untuk diri aku dan suami terutamanya. teguran serta pandangan dari teman yang sudi menasihati apabila melihat kami melakukan kesilapan amat2 la di alukan. kita sebagai manusia memang x kan lari dari melakukan kesalahan. tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni melainkan kita masih tidak sedar akan hakikat ini..

aku cukup bersyukur kerana insan-insan sekeliling x pernah lupa menasihati atas kekhilafan yang aku lakukan. masih ramai yang sudi membantu di kala aku memerlukan. 'what u give u get back..' aku cukup pegang pada ayat yang ini dalam menjalani rona kehidupan seharian.kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails