Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

My FiRsT AnNiVeRsArY

Alhamdulillah... syukur kepada Allah S.W.T
31 oct 2010
genap la setahun usia perkahwinan dengan jejaka pilihan hati..
tahun 2010 memberi makna yang cukup besar pada diri ini..
2010 merakam detik2 indah yang merupakan pengalaman pertama dalam hidupku.
pertama kali bersuami ( hope sampai syurga..)
pertama kali berpuasa sebagai isteri
pertama kali beraya sebagai isteri dan ibu sekali gus
semuanya merupakan pengalaman pertama di tahun 2010
Sambutan ulang tahun perkahwinan pertama juga cukup bermakna dengan kelahiran Muhammad shaakir




Setahun bersama suami
cukup mengajar erti kehidupan berumah tangga
pelbagai perkara baru yang dipelajari
masing2 saling melengkapi
tidak mahu terlalu memuji atau saling membandingi
syukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan aku suami yang cukup memahami
melalui suka duka bersama
yang baik harap dapat diteruskan
yang buruk semoga kita cuba untuk memperbaiki pada masa akan datang
harapan aku semoga hadirnya tahun2 akan datang akan membawa lebih kebahagiaan
bukan mengharapkan kemewahan semata
namun kehidupan yang diteruskan dengan penuh keceriaan


Bagi meraikan ulang tahun pertama ini kami sepakat untuk mengadakan majlis di beserah bersamaan dengan majlis Aqiqah dan cukur jambul anakanda tercinta
dengan disajikan lauk pauk selera kampung kami menerima kedatangan tetamu tak putus2
sehinggakan terlebih budget tukang masak
nasib baik mak dah agak
maka disediakan lebih dari budget yang diperlukan
ternyata dugaan mak tepat sekali
alhamdullillah semua tetamu dapat makan walaupun ada yang terpaksa menunggu
maaf dari pihak keluarga kami sekiranya ada yang terkurang semasa majlis berlangsung
terima kasih tidak terhingga kepada kawan2 serta tetamu lain yang sudi mencelah masa untuk hadir ke majlis tak seberapa kami


kepada yang tidak dapat hadir
jangan segan untuk hadir ke majlis yang lain
insyaAllah....





tukang masak team



'' okeh.. kita minum dulu..''


marhabban berlansung lebih kurang selama 2 jam sempat berhenti rehat lagi


sambung lagi..


anakanda tercinta
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

4 comments:

  1. 31 nov ke 31 oct ni ...confuse den
    Tahniah dan semoga selamat semuanya dunia akhirat..

    ReplyDelete
  2. ngeeee.. sudah tukar aaaa. ekekkeke

    ReplyDelete
  3. Hepi anniversary....smoga b'bahgia slalu n kekal selamanyerrrr...

    ReplyDelete
  4. itulah...mula2 conpius gak... awal lagi ni..sebulan to go.. anyway..congrats!!

    ReplyDelete

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails