Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

TaHuN DePaN

kikikiki...
macam lame je tahun depan.. padahal ye sok luse dah menginjak tahun 2011..
selamat tinggal 2010...
semua pahit manis akan kehidupan yang dilalui sepanjang 2010 ada yang ku simpan dalam kotak fikiran ku ini..
ada juga yang ku biarkan ia berlalu bagai angin bayu...

macam bese la.. semua orang kalau dah nak masuk tahun baru ni...
mesti semua dok sibuk nak cipta azam baru..
ada jugak yang masih meneruskan azam2 tahun lama yang masih lagi belum terlaksana..
x terkecuali aku la.. tapi x bermakan azam tu perlu ada bila muncul je tahun baru???
x semestinya...
so.. hujung tahun ni aku tak nak la citer pasal azam..
azam2 yang tahun lepas pun ada lagi yang belum dilaksanakan.. tapi alhamdulillah.. ade juga yang berjaya aku laksanakan..
di tambah pula dengan kehadiran tahun baru ini.. sedikit sebanyak ade jugak terdetik dalam hati ni.. ( azam baru??? hihihi)

penutup tahun 2010 ni bermakna buat rakyat malaysia..
kerana buat pertama kalinya Malaysia memenangi piala AFF suzuki yang sememangnya menjadi idaman peminat sepak bola tanah air.
walaupun aku bukan la tahu sangat pasal bola..
tapi terbit juga la rasa bangga dalam diri melihatkan kejayaan HArimau Malaya semalam.
tambah bermakna la apabila kerajaan mengumumkan cuti khas kepada kakitangan awam...
(hihihih)

hmmm...
banyak mende nak kene buat sebelum tahun depan nih...
kire semcam penutup tahunan la..
macam buku kira-kira lak ade tutup akaun bagai..
pape pun 2010 banyak membawa kebahagian buat aku..
syukur kepada ALLAH swt, dengn limpah kurnianya...
aku masih lagi diberikan kesempatan menjadi pelakon di pentasnya
masih lagi diberikan kesempatan untuk bersam insan-insan tersayang..
dan juga masih diberi kesempatan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan diri yang ada.


untuk perancangan tahun depan macam2 dah ade lam kepala nih..
aku tahu bangat,, aku hanya mampu merancang,, hanya ALLAH yang menentukan semuanya.
jadi aku berharap semua rancangan akan dipermudahkan oleh ALLAH,
dan semoga ALLAH memberkati semua rezki-rezki yang dilimpahkan kepada aku sekeluarga.

harap-harap.. tahun depan perlu la lagi aku berhujah dengan berapi-api..
apa lagi ek???
nak citer ape lagi???
tunggu je la tahun depan..
mesti banyak yang nak di updatekan.. hihihi..

semoga kalian semua berbahagia selalu dan mendapat lindungan dari ALLAH swt dalam menjalani kehidupan seharian.

wakakkaka
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

EnToH LerRR..



aduyai...
minggu ni agak sibuk..
x sempat nak cari cerita.. wakakkaka
walaupun banyak yang berlaku tapi macam x reti je nak ceritakan kat sini..
x pe la.. nanti2 la aku ceritakan.. x pun x perlu la ceritakan..
tp disebabkan kene post gak walau satu entri sekalipun seminggu... jd aku pun bebel2 la ape yg aku suke..
mana la tau kot2 nanti bila org search kat google
blog aku antara carian tertinggi?? wakakkakak ( tinggi cita2)
hahahhaha.. x pe la.. x kisah pun.. sape la aku..
blogging pun saje suke2 jer.. just nak share dengan orang ramai yang sudi nak membaca..
kalau x sudi x per.. tiada paksaan. x suh bayar pun kalau nak baca.. hihihi

ha... tetibe ade lak idea nak cerita..
sok kan hari sabtu kan?
sok hari krismas kan?
aktiviti harus aku mestilah berada di beserah..
kebetulan pulak tok yie n tok annis shaakir nak balik
kate ye nak g makan ikan bakar
perancangan saja.. ntah2 ambik ikan kat pasar g anto kat kedai je..
makan je la kat umah.. wakkakakaka..
x kisah la. janji dapat bersama keluarga besar sok...
dah lame x makan2 lepak2.. walaupun keluarga itu masih baru buat aku..
masa ni la nak erat2 kan lagi hubungan.. tambah pula dah ada shaakir ni..
lagi2 la perhatian pada dia.. ekekekke

yang membaca jangan terpedaya dengan tajuk..
walau x de idea.. tp nak juge postkan sesuatu..





gambo merujuk kepada hari dimana kami meraikan hari ulang tahun miji.. x sangka ade suprise baling tepung.. mase ni baru balik dari tgk wayang.. seruuuu bangat..
( gambo cilok dari FB bg sam )
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

CeRiTa HuJuNg MiNgGu YaNg LaLu

yuhuuuu....
masih lagi berkait dengan aktiviti beramai-ramai
entri lepas dah cter pasai p ipoh meraikan kak wati..
hari keesokannya pulak kami terlibat dengan tounament boling yang dianjurkan oleh pihak OCD
yang menariknya ialah game ini disertai oleh staff dan salah seorang ahli keluarga masing-masing
yang mana aku rasa sangatlah patut diadakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesame kita..
bukan pe, aku sendiri pun, keje satu uia pun masih lagi tidak mengenali antara satu sama lain
so dengan join aktiviti macam ni dapat la aku kenal muka2 baru yang ada, senang jugak la kalau kata ada perlu berurusan dengan mereka nanti.. x de la kekok sangat bila kita dah tau n kenal pada siapa kita perlu berurusan.. kan kan kan?

game start lam kul 10 lbh.. mane yang dah pro ngan game ni mmg kejap je la habis yer..
bagi suami ku yang setahun sekali main boling ambik masa gak ler nak habiskan 3 game. tp seronok tgk.. setiap pasukan walaupun boling ni bukan sukan kepakaran diorang tapi masih lagi sporting join the game, sekadar meluangkan masa bersama, hari tu megalanes di kuasai oleh geng2 uia.
dalam dok tunggu diorang habis game aku teringatkan puan syima,
anaknya baru selesai berkhatan,
hari tu mmg niat nak g melawat, cuma x tau bila.. tanpa merancang pape, aku g tanye bro sam n bro nizam, diorang pun x de rancangan pe.. so setuju je nak join sekali.
habis je penyampaian hadiah kami terus je ke rumahnya.
dan seperti biasa lah kami menghabiskan hujung minggu di beserah..
aku tido x hengat ape.. penat sekali dong.. bangun2 tgk shaakir yang tido sekali x de kat sebelah, keluar bilik tgk dia dikelilingi aki n pakcik2 dia.. tgk2 jam.. mak aiiii dekat kul 9 malam..
pas tlg mak masak jap, makan-makan pas tu gerak balik.. sok nak keje..
mase tu la.. terpikir.. kalau la esok tu hari ahad lagi... wawawawawa...


ni masa mula2 sampai.. bese la.. sesi bergambar

mereka-mereka yang diraikan...

kami pulak yang dapat makan..

mcm bese.. model x terlatih.. mane2 pun buleh jadi lokasi shoot. ekekekeke

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

bile orang kuantan p Ipoh..

muahahahhaha....

rezeki rezki rezki..

mula tu ingatkan x dpt le meraikan hari perkahwinan kak wati disebabkan jemputannya yang last minit tu.. geram memang la sangat geram pada mulanya..

tapi nak buat macam mane.. hal kenduri kawin gini mmg macam-macam boleh berlaku..

orang sebelah tumah pun kadang-kadang lupe jemput.wakakakka.

tapi mujur la dengan ihsan abg sam sekeluarga

dapat la kami menumpang sampai ke Ipoh sane..

masih juga ralat kerana tidak dapat berlamaan di sana

kerana keesokan paginya ada plan lain yang dah terancang


hemat kami kalau la dapat berlamaan di sana sudah tentu banyak tempat bakal menjadi kunjungan kami.. terutamanya IKEA yang sememangnya menjadi bualan hangat.. ekekeke

tapi disebabkan masa yang sangat la mencemburui kami maka terpaksa la kami pulang setelah sesi bergambar habis, kalau ikutkan photog.. mmg x puas lagi memukulnya.. hahahha

mengenangkan aktiviti yang bakal kami tempuhi esok maka ala kadar saja la..


perjalanan menyeronokkan, konvoi ngan nemo..

sempat lagi outdoor sesi kat tempat mane ntah.. (cover..cover.. salah jalan..ahakss)

banyak jugak la xcdent sepanjang pergi dan balik membuatkan aku kecut perut jer..

tapi alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan kami walaupun masih tersangkut dengan '' owg buat jalan'' bese la.. ''kei el''

rancangan awal yang spatutnya sampai sebelum 10 malam meleset sama sekali..

kul 3.30 pg baru dapat menatap wajah anaknda terchenta..

pape pun seronok..
seronok lagi kalau dapat bermalam.. cuti-cuti ipoh-kl..




ps: gambo ni diambil gune kamera murah jer.. tp.. ok gak la.. ekekekek nmpk la muke gojes kak wati.. ahakssskalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MaCaM - MaCaM...

Salam Maal Hijrah..
tahun berganti tahun..
macam-macam yang dirancang..
macam-macam yang berlaku..
apa yang dirancang tidak semua terjadi seperti yang dirancangkan..
macam- macam ada dalam kepala..
macam-macam menda nak buat..
kadang-kadang kalau dah banyak sangat macam ni...
mesti ade menda yang tak dapat. atau tak jadi..
macam kejutan jumaat lepas..
dengan tak disangka..
mula tu frust.. terkilan.. macam-macam la dalam hati ni.. dalam fikiran ni..
mungkin salah aku jugak.. tak reti nak merancang..
macam-macam yang aku tengok orang buat aku nak buat..
orang lain buat berjaya jer.. tapi aku belum tentu berjaya
macam-macam mende aku kene perbaiki lagi.
macam-macam perkara yang aku kene belajar lagi..
walaupun macam-macam perkara yang jadi dan tak jadi..
ia langsung tak melemahkan semangat aku..
dorongan suami serta rakan masih kuat untuk aku.
rancangan yang tergendala akan diteruskan juga..
cuma aku akan cuba lakukan satu demi satu..
supaya kali ini semuanya akan berjalan lancar.
kejayaan orang2 terdekat menjadi pendorong
serta pembakar semangat untukku terus berjuang
mendapatkan macam-macam yang aku nak tu.. hihihih..
macam-macam...
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

KeJuTaN...

speechless...
terkejut.......
terkedu.....
perasaan aku saat ini...... hanya ALLAH je yang tau.. sekian lama aku menunggu saat ini, kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah pagi jumaat. tak tau nak kata apa dah.. ape yang perlu aku buat lepas nih.. di saat aku dah kembali mengingati detik2 indah... di saat aku kembali bersedia menjalani kehidupan seterusnya.. sedih.. terkilan.. x tau nak buat macam ne...
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
x tau nak cakap pe lagi..
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails