Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

HaRi PeRtAmA SeKoLaH

wakakkaka..
selamat tahun baru deh.... 2011
ramai yang cakap 2011 banyak tarikh menarik..
terutama yang masih berkira-kira untuk melangsungkan hari bahagia.. ( hari kawen la..)
tahun ni ramai juga dilihat( dalam berita ) ibu bapa menyambut kelahiran anak mereka ditarikh 01012011.

pagi tadi g keje jalan dah mula dipenuhi kereta car yang agak ramei...
tengok-tengok kat tepi sekolah dipenuhi dengan kereta car yang lebih banyak dari biasa...
maklumlah hari ni hari pertama anak-anak berusia tujuh tahun menempuhi alam persekolahan yang merupakan titik mula bagi mereka untuk memenuhkan ilmu menjadi insan yang berguna untuk negara bangsa dan agama..
hihihi... sejak ada anak sendiri ni aku dah mula amik tahu serba sedikit pasal anak-anak ni.. insyaallah tak lama lagi mungkin aku pulak yang akan melalui detik-detik begitu,,
hari ini mesti kebanyakan pejabat akan lengang.. ibu-ibu bapa bapa semestinya mengambil cuti untuk menghantar mahupun menemani anak masing-masing yang baru memulakan atau mahu meneruskan sesi persekolahan.
cikgu-cikgu la insan yang bakal melalui pengalaman yang paling bermaksa sekali agaknya..
manakan tidak.. kalau di lihat setiap tahun ada saja muridnya yang menangis-menangis nak kan ibu bapa mereka menemani mereka sehingga tamat sesi pembelajaran.
guru ini lah yang perlu memain peranan menarik perhatian murid-murid.
ada juga di kalangan anak-anak yang kadang-kandang lebih xcited untuk ke sekolah.. kerana mereka akan jumpa kawan baru.. cikgu cantik.. peralatan sekolah baru yang kebanyakan inspirasi watak katun kegemaran seperti Ben10, ultraman, Barbie Upin Ipin dan sebagainya..

Ingat-ingat lupa..
zaman aku mula sekolah dulu..
mula-mula sekolah adalah tadika..
aku dah tak ingat ape perasaan masa mula-mula nak g sekolah..
ape yang aku ingat masa tu semua ade.. tok toki, semua datang dari kemaman..
semata-mata nak tengok aku g sekolah.. wawawawa..
dan yang palin tak lupa.. sebelum naik motor yamaha kapcai aboh.. toki hulur sekeping kertas kaler biru.. wahhhhh suke sangat la.. senyum sampai ke telinga..
terus je panjat naik atas motor..
sampai kat sekolah abah tinggal je ngan cikgu..
tengok muke cikgu,, mak aiii garang..
aku pun dah lupa.. aku nangis ke tidak.. yang pasti kat sekolah memang ramai kawan..
my bestfren pun dapat kat tadika.. sampai la sekarang..
kalau nak dikira peralatan sekolah plak..
bekas pensel pun kosong je ...x bercorak.. cume pelbagai kaler .. pink untuk girl.. biru untuk boy.. hahahha
kalau dapat kaler magic tu suke sangat la menconteng..
sampai kat kaki tangan pun bercorak magic kaler..
balik rumah ma x perasan kot? maklumla dulu itam legam.. comot bagai..
mane nak pasan corak-corak kaler kat kaki tangan? hahahhaha..
seronok seronok...

hurrmmmm... macam x sabar nak tgk gelagat anak sendiri..
kalau di panjangkan umur...

harapan aku semoga anak-anak zaman sekarang akan lebih mengahargai zaman persekolahan mereka.. tak kira la yang baru nak melangkah masuk ke alam persekolahan mahupun yang bakal meneruskan alam persekolahan.. belajar menjadi insan yang berguna untuk bangsa negara dan agama.. yang lebih penting membalas jasa ibu dan bapa.
dengan perbelanjaan sekolah yang boleh tahan gak mahal.. walaupun dikatakan yuran telah dihapuskan...
namun ade lagi ibu bapa yang merungut setiap kali musim persekolahan baru kunjung tiba.
i wonder...
kalau panjang umur macam mane lah Muhammad Shaakir nanti..
ade tak kemungkinan.. p sekolah pakai baju bese jer,. x de seragam... hehehehehhe




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails