Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

RaGaM MaK BuDaK

hoohhoooooo..
anak-anak dah seminggu ke sekolah..
jalan pun dah semakin ok.. dah tak de kete yang park kat tepi jalan halang lalu lintas sebab nak anto anak masuk ke kelas..
nak nak sekarang ni musim hujan..
kesian anak-anak dengan beg yang lebih besar dari tuan berjalan lencum ke kelas..
so pengguna-pengguna jalan raya lain sila bersabar!
kalau rase takut lewat sila keluar lebih awal untuk ke destinasi anda.

hmmm... bukan kisah jalan raya nak di ceritakan di sini..
aku pun bukan ade pengalaman lagi ye nak menghantar anak ke sekolah..
sekadar mendengar cerita serta pengalaman dari rakan-rakan.
seronok tampaknya.. manakan tidak.. sanggup bercuti meluangkan sedikit masa untuk melihat lihat keadaan anak di sekolah.
bagaimana keadaan mereka dikelilingi persekitaran baru,, kawan baru serta pengasuh baru.
semua itu perlu di ambil kira supaya kita nanti boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya..

aku tidak tahu bagaimana perasaan atau keadaan mereka..
aku cuma memerhati serta tumpang gembira dengan pengalaman mereka..
aku tahu lambat laun aku juga akan mengalami keadaan seperti mereka. ( insyaallah.. )
bagaimana keadaan aku nanti?? ( Wallahualam )

adik-adik ku berkerja di taska.
setiap hari balik ke rumah ada saja rungutan dari mulut mereka..
orang itu ini lahh orang ini itu lah.. mereka begitu lah..
risik di risik rupanya mereka tidak puas hati terhadap sesetengah ibu bapa yang menggangu kerja mereka berjalan lancar..
ada dari ibu bapa yang sememangnya datang untuk mencari kesalahan guru-guru mahupun pelajar lain.. mereka mahukan anak mereka saja di beri perhatian khusus.. sedangkan di situ masih ada ramai lagi pelajar yang perlu juga di beri pelajaran..
ada di kalangan pengasuh tidak mempedulikan saja..
apa yang penting mereka melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.
ada juga ibu bapa yang datang melihat anak dari jauh.. kadang-kadang di sedari oleh anak sendiri..
melihatkan kelibat orang tersayang akan membuatkan emosi mereka bercampur baur..
ada yang seronok.. melambai-lambai sambil meneruskan aktiviti mereka..
ada juga yang bakalan nangis terus..

kadang-kadang terdetik di hati aku..
pengasuh-pengasuh kebanyakannya tediri dari golongan bukan mak budak
apa yang mereka rungutkan itu kadang kala hanya di simpan di dalam hati..
ketida puasan hati terhadap ibu bapa mahupun pihak pengurusan kalau tidak di utarakan bakal membawa padah.
nasihat aku mereka perlu duduk berbincang
mencari jalan penyelesaian..
takut nanti bakal membawa bencana di kemudian hari..
bukan sorang bukan dua orang.. malahan semua orang..
manusia.... seikhlas mana pun hati mereka
kalau dah setiap hari di cucuk di bakar dek ' setan'
bimbang kalau tersilap langkah tergelincir jatuh membuatkan ' si setan' bertepuk gembira dengan kejatuhan manusia mengikut telunjuk mereka.
ingat.. setan berjanji tidak akan berhenti menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun..
berwaspadalah kita..

pendek cerita.. kalau berlaku perkara-perkara tidak diingini..
semuanya akan menerima kesan walaupun berlainan impaknya.
ragam anak-anak cukup menarik untuk diperkatakan
cukup menggelikan hati untuk di kongsi ceritakan..
macam mane la anak aku nanti ek??
macam mane la aku nanti yer??
huhuhuhuhu..

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails