Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

AnAkNda DeMaM PaNaS || PeTuA

dua hari cuti.. merawat anaknda yang demam.. panas.. waktu malam sahaja..
kesian tengok dia.. sebelum ni x pernah lagi demam begini.. pertama kali.. shocked juge kan...
suhu mencapai 40 darjah.. risaunya hati ALLAH saja yang tahu.. menjelang pagi merengek-rengek sampai x dengar suara.. kesian... sampai waktu tengah hari ke petang elok saja main-main seperti biasa. kusangkakan panas sampai ke pagi saja.. rupanya berulang selama dua hari..
apa yang aku buat? tampal coolfever..kemudian membasahkan kepalanya dengan tuala basah.. bagi makan ubat 4 kali sehari. alhamdulillah.. selepas dua hari dia semakin beransur pulih dengan izin ALLAH S.W.T

untuk ibu ibu dan bakal ibu.. aku ingin kongsikan petua-petua kalau-kalau anak-anak korang mengalami masalah yang sama.. mungkin ada yang dah tahu.. mungkin kita sama sama bleh share mende ni.

1-Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

2-Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

3-ada juga yang sarankan guna lendir alovera.. dan daun sireh.. semuanya elok untuk redakan kepanasan.

kalau kata panas berlarutan.. cepat cepat la bawak p jumpa doktor.. jangan dibiarkan pulak.. pape pun pastikan anak kita mendapat rawatan terbaik dan disahkan perubatannya.. petua pun petua juga.. cuba lah alternatif yang ada. jangan sampai memudaratkan kesihatan anak kita..
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails