Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

BuAnG YaNg KeRuH AmBiL YaNg JeRniH



Hari ni mari kita belajar peribahasa..
peribahasa nya ialah '' buangkan yang keruh.. ambil lah yang jernih..''
sape yang tak tahu maksud peribhasa ini??? angkat tangan!!!! hahahhaha
budak sekolah pun tahu maksud yer..
tapi kadang2 kite pun terlupa akan peribahasa ini. yang semakin ditelan dek kerakusan kita menjalani kehidupan yang penuh dengan pancaroba.
tadi aku google makna peribahasa ini.. dia tulis:

buang segala yang jahat, ambil perkara yang baik ; memulakan penghidupan yang baru

hurmmmmm...
kalau ikut pemahaman aku lah.. peribahasa ini dia suruh kita lupakan kejahatan yang berlaku.. cuba ingatkan segala kebaikan yang kita dapat selama ini.. bukan seperti sesetengah orang yang berpendapat untuk lupakan segala nya.. memang la kalau berlaku sesuatu kejahatan pada diri kita mustahil untuk kita lupakan serta merta.
aku pernah dengar ade orang berkata begini.

'' masa akan menjadi pengubatnya '' aku bersetuju.. tapi sejauh mana kebenaran nya hanya ALLAH yang maha mengetahuinya.

bila berlaku sesuatu.. perbalahan salah faham terutamanya. jarang ada manusia yang berani membetulkan keadaaan supaya tidak lebih berantakan.. apa yang banyak berlaku, perbalahan akan menjadi lebih berantakan dengan ada nya manusia manusia lain yang menambah perasa. ada yang membawa penawar.. tapi awas.. lagi ramai yang membawa minyak tanah mahupun cuka. so.. hati hati..

BiLa SuKa..
nature manusia kalau dah tersepit pasti akan menyepit orang lain pula, jarang betul manusia yang mana bila tersepit dia berusaha menyepit penyepit saja.. hahahhahah.. masa baik semuanya ok.. yang tak ok pun kadang2 akan mejadi ok.. membetulkan yang salah x salah.. tapi menyalahkan yang betul.. itu yang salah.. sabo jelah.. ( nota : membetulkan yang salah dalam konteks ayat aku bermaksud jika belaku sebarang kesalahan mahupun kesilapan.. kita harus menegur, 2x5 kalau jawapannya 11 x kan kita nak cakap betul??? pandaiiiii... tepuk tangan,,, tak... mestilah kita betulkan.. '' bukan.. jawapan yer ialah 10. '' )

BiLa TaK SuKa..
awas... bila berantakan.. yang tak ok memang la ko.. yang ok pun kadang kala menjadi perdebatan untuk menjadikan x ok.. yang salah tu x salah.. yang hanya tahu menyalahkan yang salah tu yang salah.. mane bleh sabo!!! kan?? so??? kene!!! sabar.... sabo tu kan separuh daripada iman..
tapi.. sabar manusia ada hadnya.. kesabaran bukan beerti sampaikan maruah serta peribadi di injak injak bagai sampah melata,, ada manusia, sampah pun di ambil di letakkan di tempat yang sepatutnya.. itu baru di namakan manusia yang mulia. bukan asyik dengan berkata kata menyalahkan semua yang ada.

BiLa Diam
hurmmm.... dilema.. kalau tak cakap di klasifikasi mengumpat.. bila berani di bilang angkuh.. bila bersuara pandangan akan dikaji di research bermata-mata disebabkan undi tidak percaya.. diam tak beerti salah.. dan bukan pula mahu menidakkan berani kerana benar.. fikirlah untuk kebaikan sejagat. kalau dengan berdiam adalah lebih baik.. maka diam lah.. kalau berani kerana benar maka pastikan lah kita di pihak yang benar sebenar benarnya..

BiLa BeRcEriTa..
awas kata kata lebih tajam dari pedang.. dengan kata kata kadang kala menjadi penawar segalanya. tapi bukan bermakna semua kata kata boleh di ambil kira,, manusia di anugerahkan akal yang membolehkan memproses serta menimbal baik buruk sesuatu kata itu. mulut bisa berkata apa saja.. terlajak perahu boleh kita undur.. terlajak kata padah jawabnya. awas..

BiLa MeNdEnGaR..
kata kata yang tajam.. bisa bikin panas telinga seterusnya menyiat hati. kadang kadang kata kata menyedarkan kita.. kadang kala menghina kita. berkata kata x salah.. yang salah itu mengatakan yang berkata kata itu salah.. sabo je lah... masing masing ada mulut jadi suka hati la kan nak cakap ape.. boleh gitu??? boleh je kot? tapi ingat... manusia normal semuanya bisa berkata kata. jadi sendri mau ingat.. kita berkata kata.. orang lain pun bisa berkata kata. kadang dalam bercakap.. kita lupa.. akan ada org yg mendengar.. yang mendengar.. tidak mendengar apa dalam hati kita.. emosi dan amarah.. terkadang meracuni fikiran kita.. kerana dek keburukan yang sekali.. maka hilang kebaikan selama hayat.

TolAk BolEh JaNgAn CaMpUr DaRaB BaHaGi...
hurmmmm... kalau dah suka susah.. kalau dah tak suka lagi susah... manusia.. memang begitu seadanya.. jarang sekali menetapkan yang salah diperbetulkan.. yang betul ditambahbaikan lagi..
selalu berlaku.. yang salah dikondem lagi.. yang betul di biarkan lalai.. betul lah.. manusia perlu panduan.. betul panduan kita umat islam utamanya AL QuRAN. tapi berapa ramai yang boleh tafsir Quran? so.. sama sama la kita ingat mengingati.. banyakkan la mencari penawar hati..bertindak sendiri tak kan menjadi.. perlu selari.. awas jangan sesekali menjadi batu api.. menambah bara di unggun api.. mencurah cuka di kelukaan hati..


hurmmmm... aku hanya bisa berkata kata.. sangat mudah mengeluarkan kata kata di aplikasikan kepada bentuk tulisan seterusnya menjadi bahan bacaan yang ada, namun untuk melaksana?? aku sendiri masih tercari-cari. niat di hati ingin sekali di aplikasi.. isnyallah.. semoga ALLAH perkenankan.

terfikir aku.. mungkin kita perlukan seorang penggerak atau dalam kata lain...'' penyelamat'' jika berlaku sesuatu .... kalau tak dapat selamat pun dapat mengawal dari merebak serta sedikit demi sedikit memperbaiki keadaan.. mungkinkah berlaku.. atau hanya angan-anganku..







kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails