Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

MeNu DaLaM PaNtAnG

Nasi putih
ikan kering / ikan bakar
Sawi rebus

Lada hitam

bosan tengok menu yang sama.. mak cik aku la.. bulan depan due anak ke empat, katanya nak makan mende lain selain menu diatas.. dia mintak tolong carikan menu menu lain yang sesuai.. aku pun bukan la pandai mana,, anak baru je sorang, tapi kelebihan aku, banyak mende yang aku boleh jadikan sebago rujukan.. al maklum la bekerja di pusat ilmu. tanya kawan.. orang jawa sebelah sabak. Dia bagi menu ini. katanya orang sebelah sana memang makan menu sedap2 masa pantang.. tapi mungkin selepas seminggu bersalin la kot?

ayam kampung / ikan panggang

bahan bahannya :

halia
bawang putih
lada putih atau hitam
kunyit hidup
halia ( semua ramuan dilebihkan.. baru sedapp )

tumbuk hancur semua bahan dan lumurkan pada ayam/ikan
balut menu dengan daun kunyit kemudian boleh juga di balut dengan daun pisang.
kemudian panggang saja. senang je kan? sedap lagi..

ayam/puyuh masak lada hitam pun sedap juge..



Pada pendapat aku sendiri, banyak lagi menu menu menarik yang kita boleh makan masa dalam pantang. cuma rajin atau malas je nak membikin sesuatu menu tu menjadi lebih menarik dan lebih sedap. setahu aku la. penah baca dalam buku petua orang dulu dulu.. mereka makan macam2 jenis ulaman serta ikan dan burung burungan bagai..

nak kongsi jugak menu aku dulu masa berpantang. mungkin ada yang berminat dan nak mencuba.. silakan, sup ikan tenggiri/selar ikan dibersihkan sebersih bersihnya. masak air tanpa minyak.. bila dan mendidh masukkan ikan.. bila ikan separuh masak masukkan banyak halia sedikit bawang putih sebagai perasa.. garam secukup rasa. tumbuk lada hitam. tabur selepas ikan masak. kalau malas masak sayur.. masukkan je sekali masa ikan tgh separuh masak tadi..
Sawi adalah yang paling sesuai..
selepas luka jahitan sembuh lebih kurang 10-15 hari bolehlah masak guna ayam pula..

Nasihat aku kepada bakal ibu, dapatkanlah nasihat- nasihat dari pakar. atau pun orang berpengalaman. sebabnya pengamatan aku.. banyak percanggahan pendapat mengenai pemakanan dalam pantang untuk ibu melahirkan anak. ade juga yang mengatakan ia bergantung kepada individu itu sendiri.. dan ada juga mak cik mak cik akak akak yang selalu menakutkan kita. jangan makan itu jangan makan ini.. nanti jadi begitu jadi begini? habih semua tak boleh makan.. jadi ape yang boleh makan? dan mana nak datangnya tenaga? kalau dah semuanya tak boleh makan?

Terpulang kepada bakal bakal ibu di luar sana. Cuba la jadikan masa berpantang anda sebagai satu masa yang menyeronokkan supaya anda dapat berehat sepenuhnya tanpa menggangu emosi serta kesihatan anda semua.





Lagi sumber rujukan yang ada

makanan ibu dalam pantang- petua orang dulu dulu




T__T





kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

2 comments:

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails