Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

MaKiN KeRaS KePaLa



hurmmmm...
senang... keras kepala..
tak kan ada yang berani pijak kepala..
tengok saja..
tak kan berani buat apa apa..
sebab kepala keras...

wahahahhaha...
seronok weh..
nanti akan keras ini kepala..
ada sedikit berani juga...
itu polis juga tarak berani kacau sama
ini keras kepala...

wohoooo...
lagi sekali..
entri double meaning kan kan kan???
ahaksss...

yahuuuu...
bakal tiba saat yang aku tunggu...
keras kepalaku...
nak ngepong merempit@membonceng dengan suamiku..
wakakkaka..
keras kepala maksud aku ialah.....









tara....
bau kedai..
tak sampai sejam semasa entri ini ditulis..
khoya jer.. wahahahha


kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

WAhhhh!!! YaNg InI NaMpAk BArU



ceh... entri macam iklan sabun pencuci je..
serbuk pencuci apa ntah..
saja nak kasi tahu kat semua..
entri ini adalah entri pertama aku buat di pejabat baru..
bangunan baru...
meja baru.. persekitaran baru,,
pc je lama..
cewahhhh...
dengan meja bersepah..
wayar berselirat..
semua menda nak kene mop sana sini..
tapi bior kelantok dulu..
nak test line dulu..
ahaksss,,,

teruja...
( pantas saja taipan aku.. )
sebab meja sesuai kot..
meja lama sangat besar
dengan kerusi yang agak besar untuk saiz S macam aku..
tak lama lagi nak tukar ke saiz M kot?
wahahahahha...

gambar hiasan semata-mata..
nanti gue upload yang berkaitan dengannya.. hokeyyyy???

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

DeWa CInTa || KoNoN ...

Nah... sudah habis demam NORA ELENA kan kan kan?? ke ade lagi yang tak puas hati macam aku nih.. muahahha.. biasa la,, aku... emosi lebih... dah tak de keje katakan.. kikikiki. Sekarang kita mula dengan demam DEWA CINTAKU pulak.. gantikan dengan nora elena. tak tahu pula aku cerita ini juga adalah adaptasi dari sebuah novel terbitan 2005. ( tanya pak cik google ) banyak dia bagi info pasal ni.. korang jangan malas k?? tanya je pak cik google.. semalam episod pertama.. hurmmmmm... macam biasa la.. untuk siaran pertama.. not bad la. Iqram Dinzly hero menggantikan Rosyam Noor.. ini pun aku tengok pada cover novel tersebut la. kalau la ROsyam yang jadi hero,, maunye aku tak tengok.. ahaksss... tak berapa nak sesuaiiii tetttttt.... dan peminat fanatik yang tak suka heroin pula akan sibuk mengata-ngata kat FB, blog dan mana mana yang berkaitan dengannya.. siapa lagi kalau bukan si cantik seksis meksis FASHA SANDHA, aku tak kisah. ape orang nak cakap pasal dia. nak buat macam mana.. dah bergelumang dalam dunia artis.. tapi macam kelakar.. dia jadi penyanyi dalam citer nih.. hik hik hik.. T__T


hurmmm... nak citer la skit pasal sinopsis novel DEWA CINTAKU karya dari DILLA HUSSIEN yang aku dapat dari ENCIK NAKAL ( tertarik dengan nama blognya.. )



Walau cinta tak pernah aku cuba, tak pernah aku rasa, aku mampu berikan segalanya. Cuma hanya… jika kau bawa aku terbang bersama, meneroka alam cintamu yang beku… izinkan aku mencairkannya, izinkan akutemanimu, hingga ke akhir masa… DEWA CINTAKU. Iqbal & June, miliki sejarah hidup yang sama, menjadi mangsa perpecahan keluarga sehingga menjadikan mereka manusia-manusia yang tidak perlukan cinta. Namun apabila cinta itu tidak berdosa… mereka tersungkur jua di kakinya….




Sinopsis pendek dari novel ini. Jadi, korang kene lah tengok citer ni dari mula sampai habis kalau nak tahu, kalau aku tulis sinopsis penuh kat sini mesti korang dah dapat agak kan jalan ceritanya.. kalau nak tahu jugak, janganlah malas tanya pak cik google yang serba tahu tu. wakakkaka.. Buat masa sekarang ni my hubby ( incek suami ) tak bunyi apa-apa lagi pasal aku duk asyik membebel aje komplen itu ini depan tv.. mungkin sebab dia tak bape sihat lagi tu.. semoga cepat sembuh ye sayaaang?? nanti kita lawan komplen lagi pasal drama drama melayu kat tv.. hik hik hik..




(o) (o)
O
____




Ps: Perasan tak sekarang ni aku asyik ulas pasal drama dan filem aje.. ade kredibiliti jadi pengulas tak aku nih?? hik hik hik perasan je kot?? wakakakka...




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

iBu IbU iBu AyAh || BaPa || WaLiD || AbI || PaPa || aBaH

Semalam..
kat radio..
kat tv..
kat akhbar...
heboh...
memperkatakan tentang hari...
hari apa??
hari untuk semua lelaki yang bergelar ayah, papa, bapa, abah, abi, walid dan sebagainya..

tapi aku???
buat tak tahu saja...
orang duk sebok2 wish sana sini..
aku senyum aja...
adik aku beria belikan kek untuk abah aku..
aku tumpang makan saja..
( sedap pulak kek tu )

kenapa??
kenapa aku macam tak de perasaan saja?
kenapa ye?
hurmmmm....


aku pernah dengar ada sumber mengatakan haram menyambut hari ibu..
kerana sebab berkait dengan akidah kita. bla bla bla...
korang sila tanya pak cik google pasal ni
so.. sama jugak la kes dengan hari bapa ini..
tapi ada jugak org kata tidak mengapa untuk meraikan hari hari tersebut..
apa yang penting niat perai dan yang dirai...
hurrmmmm...

aku tak de la nak bertelingkah sangat pasal ni..
kerana menurut pendapat aku sendiri..
tak perlu nak tunggu hari tersebut untuk meraikan ibu bapa kita..
mengapa mesti ikut adat dan agama yang bukan islam..
yang kadang kala kalau tak cukup ilmu di dada bisa menyesatkan sesiapa saja.
betul!!! ada mulut yang lantang bersuara..
'' kalau tak tibanya tarikh tersebut manakan datangnya ucapan untuk mereka? ''
hahahha....
jawapan aku..
tepuk dada tanya lah hati..
muahahhahahaha....


lain orang lain ragam,
betul.. jarang ibu bapa mengharapkan sesuatu dari anak mereka..
kadang kala cukup sekadar ucapan.
kadang kala perbuatan dan tutur bicara kita pun dah menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang kita pada kedua ibu bapa terchinta..
namun masih ada lagi yang mengatakan sekali sekala ucapan akan menjadi lebih bermakna..
well... kali ini..
tepuk dada tanya selera

aku..
nak ambil jalan selamat,,,
takut jugak kalau meraikan hari yang sama dengan agama lain akan menyebabkan terpesong nanti..
kita mana nak ambil tahu apa yang mereka raikan..
apa yang mereka perjuangkan.. yang kita tahu.. mereka melakukan perkara yang baik..
perkara luaran yang baik..kadang kala banyak menda yang tersirat yang kita perlu kaji dan ambil tahu supaya kita lebih jelas lagi tentang perkara perkara sebgini. peringatan untuk aku dan kamooo...
tetap ingin meraikan lelaki yang bergelar bapa dalam hidup aku..
tapi bukan sama hari dengan hari mereka mereka itu..
kalau semalam mereka meraikan..
aku akan tunggu sehari dua
selepas itu.. atau pun sebelum itu.. ataupun tunggu saja hari hari keraian lain,,
contohnya hari lahir kek.. hari perkahwinan kek..
hahahah.. macam kelakar je bunyi yer..
betul la.. aku perlu ambil tahu lebih berat lagi pasal hari ibu bapa ini.
supaya tak tersalah fakta..







luv both of you..
buat my hubby
( cewahhh.. tukar dari incek suami.. lomantik sket ma.. )
terima kasih kerana belajar menjadi ayah yang baik
semoga menjadi ayah yang soleh dalam mendidik isteri serta anak soleh dan solehah.. kita masih sama sama baru menjadi ibu dan ayah.. perjalan yang mungkin masih panjang untuk kita tempuhi.. semoga ALLAH berikan kesabaran buat kita.. dan permudahkan segalanya.
amin...






kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

NoRa ELeNa || vs || KaSiH YaNg SuCi

Semalam.. berakhir sudah drama NORA ELENA, drama yang mungkin menjadi kedemamman sesetengah pihak.. termasukla aku.. tapi tak berapa panas.. minggu pertama saja bisa membuat aku penasaran untuk nonton.. namun selepas itu semakin membanding bandingkan dengan novelnya. nak buat macam mana, sebab dah obses sangat kot dengan novelnya maka aku suka membanding-bandingkan antara duanya. huhuhuhu.

Dalam sibuk sibuk membandingkan drama itu.. incek suami bersuara.. '' citer ni kan dia dah tulis adaptasi LONGGAR dari novel kasih yang suci '' ... nahhh.. muahahhahah.. tersengih saje ler... baru faham,,, padanlah tak sama dan pelik sikit dari citer asal.. kikikiki.. tak pe lah.. aku masih lagi tak puas hati.. novel jadi drama atau filem.. kebanyakanya novel lagi berkesan.. hihihi.. tapi yang tak tahan tu dah minggu terakhir baru nak perasan,, letih.. duk membebel depan tv. duk bertekak dengan adik-adik.. wahahahha..

Pape pun aku masih enjoy tengok citer nih. tak sabar jugak nak tunggu novel seterusnya yang bakal diadaptasi lagi.. kali ni kalau longgar pun biarlah lebih hebat dari citer asalnya.. harap harap lah.. next.. OMBAK RINDU,,, masih lagi pelakon Aaron aziz. Wakakakkakka..


kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

RaWaTaN GiNGiViTiS

aduhhhh....
anakanda masih diserang gingivitis atau dalam bahasa melayu nya radang gusi..
kesian betul. bengkak gusi menyebabkan tenggelam giginya yang makin tumbuh itu.. huhuh
selera makan semakin kurang, doktor kata disebabkan tekaknya yang merah,
sebelum ini telah pun di beri antibiotik.. namun tak sampai seminggu selepas habis antibiotik kuman masih menyerang, menurut kata pakar kanak kanak Yaw, kuman jahat yang agak hebat telah berjaya menyerang anak aku. disebabkan kuman ini hebat dan mampu melawan antibodi bayi maka ia akan menyebabkan mangsa demam dan tidak selera makan. kesian...

Nasib baik aku mengambil tindakan untuk terus bertanya yang pakar.. kalau sebelum ini ke klinik biasa, rawatanya juga biasa biasa sahaja. cakap nya juga biasa biasa sahaja. bukan membandingkan, namun beberapa kali menghadapinya aku pasrah.. mungkin pada yang pernah mengalami keadaan seperti aku akan mengangguk ngangguk dan besrsetuju dengan pandangan ini. kebanyakan dari klinik swasta hanya mengejar patient atau lebih betul lagi.. duit la kot? bukan sekali dua kejadian sama berulang. Syukur aku masih lagi mampu untuk memberikan rawatan terbaik untuk keluarga aku. Namun terfikir juga mereka yang kurang kemampuan, adehhh... malas la.. nak pikir banyak.. bikin stress, aku tidak mampu untuk melakukan apa apa untuk mereka selain mendoakan kesejahteraan orang lain.

sedikit perkara yang aku nak share dengan semua yang membaca.. terkejut juga aku membacanya tadi. mungkin sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan kita. kalau tak kena kita tak cari tahu.. kalau tak baca manakan kita nak tahu??



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

WeDdInG Of ThiS YeAr

cewahhh...
tajuk macam gah jer..
wedding of the this year..
muahahahha...
terbawak hati ini untuk membuat satu tampalan khusus untuk kawan kawan yang agaknya memang merancang semuanya pakat menamatkan zaman bujangan mereka pada tahun ini.
kalau nak di fikir logik akal fikrian aku..
kebanyakan mereka semuanya telah pun menamatkan pelajaran masing masing..
kebanyakan mereka juga mempunyai kerjaya yang menjamin masa depan.
mungkin dek kerana itu la semuanya pakat duk kawen tahun ni..
hahahha..
dah sampai seru la lebih tepatnya lahi.
hik hik hik..


hurmmm...
kalau nak ikutkan ramai aje pasangan pasangan yang tidak di jangka..
menamatkan zaman bujang..
dan ade juga yang tidak disangka menjadi pasangan hidup masing masing..
namun aku sebagai sahabat hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan dan kebahagiann buat mereka semua..






dimulakan dengan bismillah....








2011 di rasmikan oleh model cantik ini..
izyan SK. pernah satu sekolah menengah atas bersama dia..
tidak dijangka gadis yang senang kami sapa sebagai easy ini memang dikenali sebagai seorang yang pemalu.
tup tup.. aih...
model makkk..
cun lagi... masuk paper dan majalah bagai..
tahniah buat easy..
kalau nak tengok lebih banyak kejayaannya tengok saja di sini.

{ 5 feb 2011 }





laila..
lemah lembut, baik hati, dan peramah orangnya.
hampir 20 tahun bersahabat dengan dia. sedikit pun tidak pernah terkecil hati dengan perwatakannya.
{ 11-13 march 2011 }

motif aku guna gambar ni..
hehehe... ade sekeping dalam banyak banyak tu..
tukang pukul cakap itu gambar aku yang amik..
muahahahhahaha.. ( bangga giler..)
klik je untuk tengok lebih jelas.. kalau nak tengok lebih banyak klik je kat sini
lagi banyak gambar menarik kat sini..





bersamaan juga dengan majlis pertama tadi..
kawan sejak tadika..
mira.. si kecil molek..

ralat..
aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinannya atas sebab yang tidak dapat dielakkan.


{ 11 march 2011 }






masih lagi hari yang sama..
amik ko.. sehari nak kene attend 3 4 kenduri..
apakan daya..
hanya pergi mana yang termampu saja..

siti..
si manis yang pemalu, tapi kalau dah kenal lama..
tak de la malunya dia..
gelak tawanya bikin kawan kawan senang dengan lenggok bicaranya.
aku sempat hadir sebentar sahaja ke majlisnya,
namun ia cukup memberi makna buat aku yang sememangnya dah lama terputus hubungan selepas tamat sekolah menengah.

{ 11 march 2011 }










next....











{ 21 May 2011 }

Nor '' boolat''
tetap manis..
lama juga 'lost contact'
akhirnya apabila ketemu...
perkhabaran bakal melangsungkan perkahwinan yang kuterima..
tumpang gembira untuknya.










nisa..

{ 28 may 2011 }

juga tidak dapat menghadirkan diri ke majlisnya..
kali ini juga atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
tahniah dan semoga berbahgia senantiasa hendaknya.









yang paling tidak kusangka..
alhamdulillah..
bertemu jodoh awal buat aisyah..

cukup sopan, ayu dan berbudi bahasa,,
cukup disenangi baik teman wanita mahupun lelaki..

{ 4 june 2011 }

walimah yang sederhana namun cukup meriah dengan kehadiran sahabat dan keluarga.







tettttt....


T__T


tak habis lagi...
ramai lagi yang aku tengah godam FB untuk dapatkan gambar mereka..
akan ada WEDDING OF THIS YEAR part 2


kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MiMpI JaDi TuKaNg PuKuL



adehhhhh...
pelik tapi benar..
aku tak paham..
ape yang aku fikirkan sampai termimpi mimpi..
dalam tengah duk sebok nak pindah randah ni..
sempat lagi???
wakakakakaka..


TUKANG PUKUL...
adoiiiiyaiiii
ape ganaz sangat ke aku ni?
nak pukul pukul bagai?
badan cekeding...
nak pukul pukul pulak..
kene pukul buleh ler..
muahhahahahhaha....

seronok wehhh...
dalam mimpi aku semua mende aku nak pukul
tak kira masa,,
memukul aje...
pantang nampak..
mesti nak pukul..
dag giler agaknya...
suke hati aku aje..
yang paling best jadi tukang pukul kat majlis kawen orang..
perghhhhhh
syokkkkk
teruja amat....
tapi sekejap je mimpi tu..
tak puas lagi...



cewah...
entri ' double meaning ' okey???
hak hak hak hak...






















ini bukan aku...






















ini lah yang aku mimpikan semalam..





















gambar hiasan..
lebih kurang seperti yang ada dalam mimpiku.. hehehehhe













T__T

hehehhe... aku tak citer kat sape sape pun lagi.. even kat incek suami..
kalau dia baca mesti dia geleng kepala..
aku tahu..
wahahahhahaha..
berangan jer dulu...
kekekekkeke




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

TiAdA IsTiLaH AkU LeBiH BeSaR DaN KaU KeCiL

Kau lebih besar manakala aku lebih kecil dari kau..
sudah tentu kau lebih kuat manakala aku sedikit lemah..
kau lebih baik manakala aku lebih kurang saja..
kau lebih bijak manakala I FOLLOW saja..

Serius!! First impression. orang kata pandangan pertama bisa membawa sampai ke bila.. manakan tidak betullah bak kata pepatah cinta pandang pertama susah hendak dilupakan,, pandangan aku.. entah.. no komen.. bukan pasal cinta pandang pertama yang aku nak cakapkan.. tapi mengenai pandangan pertama aku apabila melihat kejadian yang berlaku semalam. dan mungkin dapat memberi sedikit pengajaran dan pembelajaran buat aku dalam menjalani kehidupan dan kerja seharian.

macam serius je cerita.. muahahhahahaha. ( bese la aku.. ) agak agak propa sedikit jer..
al kisahnya begini, semalam merupakan hari pertama proses perpindahan pejabat aku yang dijalankan oleh pihak SUBALI PACK. ye la,, aku.. perempuan.. tak kan nak angkat2 kotak pulak.. walaupun sebelum ini angkat kotak pernah menjadi kerjaya sementara aku.. nak kata berat tak de la berat.. tapi aku yakin kebanyakan gadis2 seumur aku jarang yang mampu dan tahan dengan kerja kerja sebegitu.. nature perempuan.. lemah.. adehhhh.. kelaut lagi nih...

sambung balik pasal SUBALI PACK. aku memang tabik spring la dengan cara mereka bekerja. tiada istilah mengular.. kerja berat weh... angkat buku perubatan weh.. bukan 5 6 kilo.. puluhan kilo agaknya. badan masing masing bukan lah macam MALEK NOR. keding aje tengok sorang sorang.. tapi kerja makkk ai... fuhhhh... yes.. mesti ada yang akan kata.. '' dah kerja dia.. '' sape suh tak belajar tinggi cari kerja bagus, kerja lagi bagus. kerja yang tidak menggunakan tulang empat kerat.. '' '' memang patut la dia buat begitu, mereka di bayar.''

tapi bukan itu yang kisahkan.. tak kisah la siapa mereka.. kenapa mereka pilih kerja ini. kenapa tak belajar tinggi, kenapa itu kenapa ini..
apa yang aku nak kisahkan kat sini ialah. walaupun mereka mungkin.. bukan dari golongan cerdik pandai, namun cara kerja mereka cukup bagus.. betul... mungkin mereka telah dilatih.. dan mungkin latihan yang mereka dapat berkesan dan praktikal dengan kerjaya mereka. aku seronok tengok cara mereka bekerja. walaupun menggunakan sepenuh kudrat yang ada.. almaklumla sorang sorang tu keding aja.. tapi mereka masih lagi boleh bersuka ria, tiada istilah kau buat sorang.. atau kau buat dulu.. nanti aku join.. kau kecik ambil lebih.. kau dah besar,, ambil lebih kurang jer.. mana ada?? semua SAMA! kau susah aku tolong.. kau senang aku rehat...

KAGUM.. team leader.. tak perlu pujuk rayu mebuai bahasa.. cukup sekadar senyum semanis kurma arahan diberi berbudi bahasa.. semua kerja selesai di mata. aku tak nampak ketidak puasan hati mereka. mungkin.. mungkin ada disebalik pemerhatian aku. namun apa yang aku dapat dari mereka cukup untuk aku praktikkan semasa bekerja. terutama kerja yang melibatkan kerahan tenaga. bukan senang nak mudah. kalau semua nak mudah susah...




'O__O'





kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails