Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

TiAdA IsTiLaH AkU LeBiH BeSaR DaN KaU KeCiL

Kau lebih besar manakala aku lebih kecil dari kau..
sudah tentu kau lebih kuat manakala aku sedikit lemah..
kau lebih baik manakala aku lebih kurang saja..
kau lebih bijak manakala I FOLLOW saja..

Serius!! First impression. orang kata pandangan pertama bisa membawa sampai ke bila.. manakan tidak betullah bak kata pepatah cinta pandang pertama susah hendak dilupakan,, pandangan aku.. entah.. no komen.. bukan pasal cinta pandang pertama yang aku nak cakapkan.. tapi mengenai pandangan pertama aku apabila melihat kejadian yang berlaku semalam. dan mungkin dapat memberi sedikit pengajaran dan pembelajaran buat aku dalam menjalani kehidupan dan kerja seharian.

macam serius je cerita.. muahahhahahaha. ( bese la aku.. ) agak agak propa sedikit jer..
al kisahnya begini, semalam merupakan hari pertama proses perpindahan pejabat aku yang dijalankan oleh pihak SUBALI PACK. ye la,, aku.. perempuan.. tak kan nak angkat2 kotak pulak.. walaupun sebelum ini angkat kotak pernah menjadi kerjaya sementara aku.. nak kata berat tak de la berat.. tapi aku yakin kebanyakan gadis2 seumur aku jarang yang mampu dan tahan dengan kerja kerja sebegitu.. nature perempuan.. lemah.. adehhhh.. kelaut lagi nih...

sambung balik pasal SUBALI PACK. aku memang tabik spring la dengan cara mereka bekerja. tiada istilah mengular.. kerja berat weh... angkat buku perubatan weh.. bukan 5 6 kilo.. puluhan kilo agaknya. badan masing masing bukan lah macam MALEK NOR. keding aje tengok sorang sorang.. tapi kerja makkk ai... fuhhhh... yes.. mesti ada yang akan kata.. '' dah kerja dia.. '' sape suh tak belajar tinggi cari kerja bagus, kerja lagi bagus. kerja yang tidak menggunakan tulang empat kerat.. '' '' memang patut la dia buat begitu, mereka di bayar.''

tapi bukan itu yang kisahkan.. tak kisah la siapa mereka.. kenapa mereka pilih kerja ini. kenapa tak belajar tinggi, kenapa itu kenapa ini..
apa yang aku nak kisahkan kat sini ialah. walaupun mereka mungkin.. bukan dari golongan cerdik pandai, namun cara kerja mereka cukup bagus.. betul... mungkin mereka telah dilatih.. dan mungkin latihan yang mereka dapat berkesan dan praktikal dengan kerjaya mereka. aku seronok tengok cara mereka bekerja. walaupun menggunakan sepenuh kudrat yang ada.. almaklumla sorang sorang tu keding aja.. tapi mereka masih lagi boleh bersuka ria, tiada istilah kau buat sorang.. atau kau buat dulu.. nanti aku join.. kau kecik ambil lebih.. kau dah besar,, ambil lebih kurang jer.. mana ada?? semua SAMA! kau susah aku tolong.. kau senang aku rehat...

KAGUM.. team leader.. tak perlu pujuk rayu mebuai bahasa.. cukup sekadar senyum semanis kurma arahan diberi berbudi bahasa.. semua kerja selesai di mata. aku tak nampak ketidak puasan hati mereka. mungkin.. mungkin ada disebalik pemerhatian aku. namun apa yang aku dapat dari mereka cukup untuk aku praktikkan semasa bekerja. terutama kerja yang melibatkan kerahan tenaga. bukan senang nak mudah. kalau semua nak mudah susah...




'O__O'





kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

3 comments:

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails