Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

SeLaMaT KeMbALi



Alhamdulillah,
subhanallah,
Lailahaillah,

Syukur kepadaMu Ya ALLAH, aku masih bernyawa untuk melihat ciptaanMu, merasai kembali kedatangan bulan yang dinanti, merai kembali syawal yang dirai penuh ceria di hati, semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini akan membawa aku lebih beriabadat kepadamu dan meninggalkan laranganMu ALLAH. Sesungguhnya aku manusia biasa yang terlalu mudah melakukan dosa. Wahai tuhan ku tak layak kesyurgaMu, namun aku tak pernah terfikir untuk sanggup ke nerakaMu.




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

WeDdInG Of ThiS YeAr ParT | |




suku akhir 2011,
Ramadhan yang mulia bakal menjelma tak lama lagi,
kemudian disusuli Syawal yang gembira,
semoga dengan kehadiran bulan yang penuh bermakna ini akan membawa sejuta kebahagiaan buat kawan kawan kawan aku terutama yang bergelar pengantin baru.
yang pertama kali memasuki fasa baru dalam hidup mereka.


aku mulakan dengan gambar kawan terbaik aku..
kami berkawan sejak dari tadika,
sekolah rendah menengah dan menegah atas yang sama..
pertama kali kerja pun tempat yang sama..
tapi mungkin jodoh rezeki aku di tempat lain..
namun persahabatan masih kekal dan semoga akan kekal sampai bila bila..









Watiey & Zainal
05-06-2011


majlis yang diberi tema
CHENTA AGUNG WATIEY & J-NAL
apa yang menarik dengan pasangan ini..
memang aku tak penah sangka,
orang yang mula mulanya amat dia benci masa zaman sekolah dulu,,
rupanya menjadi suami pengikat hati sahabatku yang satu ini,
ternyata zainal mampu menambat hati seorang gadis bernama watiey


kalau korang nak tahu zainal juga merupakan antara sahabat baik aku sehingga kini,
kami rapat macam adik beradik,
disebabkan aku dan watiey rapat secara tidak langsung zainal juga aku anggap seperti adik beradik aku sendiri.
zaman sekolah merupakan zaman seronok yang tak akan lupakan bersama mereka.

18-06-2011
Zainal & watiey

semoga kekal sampai hujung nyawa wahai sahabat..






















orang serterusnya yang melangkah ke jinjang pelamin ialah Mazura anok pok mat..
hihihi femes dengan panggilan Ma.
kalau mase sekolah menengah dulu... dia la yang kami ramalkan bakal mengakhiri zaman bujang terdulu dari kami kami..
namun, ramalan kami meleset..
kami kami dulu yang mendahului beliau..
jodoh pertemuan dan perpisahan
adalah ketentuan ALLAH.


Mazura & Saufi
18-06-2011


















Ralat,
tidak dapat menghadirkan diri pada majlis perkahwinan Koha dan hanipah,
semoga mereka berbahagia hingga hujung nyawa.

Koha & Haney
25-06-2011


















last but not least,


Ayu & Kamal
02-07-2011



penutup majlis perkahwinan para sahabatku,
ayu dengan kama.
isnyallah, mereka la penutup bagi tahun 2011,
setahu aku tiada lagi jemputan atau ura-ura
ada kawan aku yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ini,
almaklumlah,
jarang orang be'wah time musim tengkujuh,
tapi kita hanya mampu merancang,
hanya DIA yang menentukan.



khas buat mereka yang bergelar pasangan suami dan isteri...





Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “


" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “


Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~









kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MeSTi JaDi MaCaM WoNdErPeTs









Wonderpets, wonderpets, kami datanggg..
Membantu anda yang dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bile bekerjasama kami jadi kuat…
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy



Apa yg penting ,,,kerja sama,,,
Apa yg penting ,,,kerja sama,,,

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

KiSaH TuKaNg DeNgAn BuDaK PeJaBaT

muahahhahah...




kali ini nak bagitahu sedikit kisah antara si tukang kayu dengan budak pejabat, dah lama aku duk perhati mereka berdua ini. Macam macam kesimpulan yang aku dapat daripada segala hipotisis dan pemerhatian yang aku buat, cewahhh.. macam eksperimen sains tingkatan 3 la pula.. lalalla~~~ Namun ada yang boleh aku kongsikan di sini dan ada juga yang aku rasa tak berani nak utarakan lagi, nantilah, bila aku rasa dah bersedia untuk menerima tohmahan tohmahan pengkomen tegar, masa itu barulah aku ceritakan lebih lanjut lagi, paling aku takuti ialah jika menyentuh sensitiviti orang orang yang tidak bersalah. mana lah tahu kan? baiklah.. aku akan mulakan dengan kisah Tukang kayu. Ringkasan sahaja.. aku tahu ramai yang tak suka entri panjang panjang kan? heheheh..


si tukang kayu, kalau dengar saja nama pekerjaannya mestilah bukan hanya melibatkan kayu semata-mata, kalau dalam bahasa formalnya tukang kayu ini lebih kurang macam buruh binaan la.. tapi aku lebih suka gunakan tukang kayu sebagai panggilan. nampak lebih manis. tukang ni berat kerjanya. memenatkan, maklumlah menggunakan tulang empat kerat. kerja dibawah terik matahari pula. peluh merecik membuatkan satu badan berbau. tukang ni berkerja dengan tak ramai kakitangan, walaupun melakukan kerja kerja berat, bancuh simen, ikat bata, pasang kekuda, pasang bumbung, namun kerja-kerja dapat dijanlankan dengan cepat tepat dan bersemangat. walaupun berkerja dengan 2 atau 4 orang saja, tetapi '' muka masih ada senyum...'' masih lagi bergurau senda bagai. masih lagi dapat menyelesaikan kerja2 dengan masa yang ditetapkan, malahan lebih hebat, siap lebih awal dari jangkaan. kalau nak kira upah dan kerahan tenaga yang diberikan, mungkin berbaloi.. berbaloi la untuk kerja yang di lakukan, bak kata orang tua dulu, alah bisa, tegar biasa? betul ker? aku pun tak pasti. tukang ni kalau kita tengok, lebih banyak kerj dari rehat, hipotisis: semakin lambat kerja semakin teruk kerja akan datang, mengapa? kalau kerja banyak rehat, makin lama masa yang akan diambil.. nanti, tak pasal2 kena kerja di terik panas, jadi semakin cepat kerja diselesaikan semakin cepat mereka berehat untuk hari itu.


Kalau kisah budak pejabat pula, hurmmm... aku pun budak pejabat, salah cakap aku kena.. tapi ini berdasarkan realiti yang aku tengok dan dengar dari kebanyakan kawan2 yang sama pendapat macam aku. kita patut syukur, kerja dalam keadaan cantik kemas berhawa dingin bagai, kalau yang wanitanya bermekap ada dikalangannya agak tebal. kerja kerja pejabat tidak seberat tukang kayu, kalau peluh merecik pun akan kering dek kekuatan hawa dingin yang ada. kalau jenis kerempeng macam aku ni jangan harap la nak merasa berpeluh kalau tak keliling turun naik tangga opis 10 pusingan.. mustahil la sangat.. lalalalala~~~ kita patut bersyukur lagi di bantu oleh ramai kakitangan yang lain, ye la. kalau dah nama budak pejabat, dah tentu la jawatan ini mempunyai penjawat yang paling ramai dalam satu2 organisasi. Mustahil pula kalau pengurus lebih ramai dari budak pejabat? mustahil mustahil mustahil.. kalau kita tengok kat kedai2 kedai makan, jam 8 pagi, ramai budak-budak pejabat berkeluar mencari roti canai biasanya.. ada juga jam 9 baru menginjak keluar dari pebajat untuk mencari nasi lemak. tak kurang juga menunggu jam 10 untuk makan nasi beriani. kemudian jam satu rehat lagi, penat sedikit bekerja jam 4 minum lagi.. banyakkan waktu rehat kita? lalallala~~~~ sykur lagi.. diberikan kesempatan dan kemudahan sebegitu baik sekali.




aku tertarik nak tulis entri seperti ini,
sebab baru baru ini my incek hubby mencuba nak jadi tukang sehari..
lalalalla~~~
habis longgar skru badan sendiri
banyak menda yang aku nak cakap..
tapi takut tergigit lidah sendiri..
budak pejabat jadi tukang mungkin menjadi,,
tukang menjadi budak pejabat, agak mustahil sekali,,
dan kalau betul menjadi,,
bersykur amat kehadrat ilahi..








kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

BeTuL La ~~~ || SaMbUnGaN Ye La ~~~

betul la...
pakaian melambang indentiti kita
betul la..
kalau tak pakai luar biasa kene lebih usaha
betul la...
kalau nak berjaya kene pakai luar biasa..
betul la...
hati ini tak pernah menipu kita..
betul la..
kadang kala kena percaya..
betul la..
mereka suka meng'kata dan meng'ada
betul la..
kita kadang kadang yang tak terkata
betul la..
biarkan saja mereka
betul la..
biarkan saja sampai mereka terpana
betul la..
kita cuma insan biasa
betul la..
rambut memang tak sama hitamnya
betul la..
betul la..
betul ke???



sigh...


'' Ya ALLAH kau jadikan kami golongan yang lebih sedar akan kesusahan serta gembira dengan kesenangan orang lain. kau permudahkan lah segala perbuatan baik yang kami lakukan. Dan janganlah kami di golongkan dalam golongan manusia yang sombong dan bongkak antara sesama manusia. Serta, Jauhkanlah kami dari perasaan hasad dengki sesama manusia. ''

amin..


kadang kadang aku terlampau emosi dengan sesuatu perkara yang buat aku sesak nafas samada dengan melihat atau mendengarnya.. mungkin disebabkan iman yang lemah, aku masih tidak dapat mengawal amarah dan hasad dengki..





kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

Ye La ~~~

ye la....
kita ini siapa...
ye la...
pakai biasa biasa saja...
ye la...
lain kali pakai la luar biasa..
ye la...
nak tunjuk sket keluarbiasaan kita...
ye la...
ade jugak orang kisah siapa kita..
ye la...
nak buat macam mana??
ye la...
pakaian kita melambang identiti agaknya...
ye la...
kita bukan jenis bergaya..
ye la...
orang akan pandang sebelah mata..
ye la..
kita tak boleh ubah persepsi mereka..
ye la...
pokok pangkalnya hati mereka...
ye la..
berdarah hati kita...
ye la..
apa kata buat tak tahu saja..
ye la..
sampai bila?
ye la..
mungkin sampai bila bila..
ye la..
mana tahu mereka bakal sedar semuanya??
ye la...
ye la...
ye la...




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MaLaNg TiDaK BeRbAu

Malang tidak berbau..
kalau nak berlaku
tiada signal untuk kamu..

Malang tidak berbau..
kalau dah terjadi
mungkin menjadi tragedi

Malang tidak berbau...
sebelum terjadi
cepat cepat elakkan diri

Malang tidak berbau..
kalau dah berlaku
tak guna gigit kuku

Malang tidak berbau...
aku dan kamu
harus menjadi satu

Malang tak berbau
Malang tidak berbau..
kemalangan tidak akan terbau..
Alangkah bagus kalau malang berbau..
macam kejadian tsunami yang akan diberitahu..






Nota kaki: malang tidak berbau.. anakku jatuh katil akibat kecuaian aku...







kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MuMmY ~~~ LiEzA YaNg CoMeL - Tag DaRi KAhUnU KaHaNaT n BlaCk RoSe





Wakakkaka.. mengada aje tajuk entri kali ni.. well.. ape pun tugas aku selesai.. bila di tag aku akan cuba untuk mengetag orang lain pulak.. wahhaha.. semoga dengan itu hubungan sesama blogger akan berpanjangan.. hihih... kali ni tugasan aku ialah senaraikan 5 sebab mengapa aku jadi BLOGGER? Terima kasih kepada kahunu kahanat dan Black Rose suka nature tag aku..

  1. Aku ada tulis sebab utama ngape aku jadi blogger kat page atas blog aku. disebabkan dah ade.. korang scroll kat atas.. baca sendiri.. lalallalalal ~~~~~~~~~~ dah baca? okey... seterusnya
  2. Aku suka blog sebab ia dah jadi macam diari untuk aku.. semua perkara yang aku rasa aku bleh share dengan serata yang membaca.. mungkin dalam sesuatu perkara mahupun ilmu yang aku dapat perpanjangkan dan menjadi satu ibadah buat aku kelak.
  3. Bila dah jadi blogger ni barulah seronok skit nak baca blog orang lain. aku ni kan pengomen tegar.. so, bila dah ade blog sendri. nanti bila komen kat blog org mesti aku masukkan add. aku.. supaya orang laen bleh trace aku ni siapa n dari mana.. nanti diorang mesti penasaran nak tgk blog aku plak... wahahhahaha..
  4. Dengan menjadi seorang blogger jugak aku dapat mengasah bakat aku manaip dengan lebih baik.. cita cita aku ada jugak nak jadi penulis.. mana la tau kan kan kan?? ahaksss....
  5. adeh... ape lagi ek??? hurmmmmm ... last... aku menjadi seorang BLOGGER sebab... nak jadi terkenal.. bleh gitu??? hahahha... iyelah.. kalau dah tulisan serta cerita kita bleh di baca oleh semua lapisan pelosok dunia?? tak terkenal ke?? hak hak hak.. perasan artis gitew..
okeh.. selesai tugasan.. jadi.. seterusnya aku nak lepaskan tugasan ini kepada 5 blogger lain iaitu.. :

Izyan si model cun
ummuzuhairzinnirah
Riniez blog yang hampir bersawang..
Life Cik Sepet pun.. yang hampir berhabuk..
Cik Nurul RegenBogen walupun dag di tag..kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

Beza Rasulullah Dengan Kita Cuma Sedikit

Ya, beza kita dgn Rasulullah CUMA SEDIKIT jerk !!??

Kalau Rasulullah sedikit-sedikit bersedekah, kalau kita sedikit bersedekah...
Kalau Rasulullah sedikit makan, kalau kita sedikit-sedikit makan...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit bekerja, kalau kita sedikit sekali bekerja...
Kalau Rasulullah sedikit tidur, kalau kita sedikit-sedikit tidur...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit shalat, kalau kita sedikit sekali shalat...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit baca surat panjang, kalau kita sedikit baca surat panjang
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit berjuang, kalau kita sedikit sekali berjuang

Kalau Rasulullah sedikit-sedikit dzikir, kalau kita sedikit sekali dzikir...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit cobaan, kalau kita sedikit sekali cobaan...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit berkorban, kalau kita sedikit sekali berkorban
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit dakwah, kalau kita sedikit sekali dakwah...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit berpuasa sunnah, kalau kita sedikit puasa sunnah...
Kalau Rasulullah sedikit HARTA, kalau kita sedikit-sedikit HARTA...

Kalau Rasulullah sedikit-sedikit tahajud, kalau kita sedikit sekali tahajud...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit dhuha, kalau kita sedikit sekali dhuha...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit membaca Qur'an, kalau kita sedikit membaca Qur'an...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit mengajarkan ilmu, kalau kita sedikit mengajarkan ilmu...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit memaafkan, kalau kita sedikit sekali memaafkan...
Kalau Rasulullah sedikit-sedikit MENYAMPAIKAN, kalau kita sedikit sekali MENYAMPAIKAN



untuk di kongsi bersama.. renung renungkan.. dan selamat beramal...
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MoOd MaLaS


BuLaN JuLaI MuNcUlKaN DiRI MeNgiNgAtKaN AkU AgAr TiDaK MeNjAdI InSaN YaNg MaLaSs

wohooooo... hari ini sudah 5 hari di bulan tujuh.. kalau nak tahu, hari ini sudah dua hari aku kembali menggantikan puasa yang masih berbaki 17 hari.. sempat??? ke tak sempat??? kene jugak berusaha sementara waktu masih ada. Bulan ini bulan julai.. atau lebih tepat lagi bulan Sya'ban. sudah tentu bulan hadapan Ramadhan bakal menjelma.. selepas itu Syawal yang malas lagi aku nak citer.. pose ganti pun tak habis lagi, ada hati nak citer raya raya raya wahahhahaha...

muahahhaha... dah lama sangat malas beraja dalam diri ini sejak entri terakhir ku tulis tempoh hari.. jadi.. hari ini sampai dah tak terfikir isi untuk entri kali ini.. ape la yang aku nak merapu ini.. kalau petang ini dapat berbuka dengan ikan kerapu sedap juge... ahaks.. adehhhh... merepek lagi... macam nak makan kerepek pulak hari ini..

okey okey okey... dah habis... hurmmmm...


hurmmmmm....






ermmmm.......





???????





dah habis...








???





dah habis la!!!!








stop to scroll down..

TAMAT


T__T






kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails