Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

KiSaH TuKaNg DeNgAn BuDaK PeJaBaT

muahahhahah...




kali ini nak bagitahu sedikit kisah antara si tukang kayu dengan budak pejabat, dah lama aku duk perhati mereka berdua ini. Macam macam kesimpulan yang aku dapat daripada segala hipotisis dan pemerhatian yang aku buat, cewahhh.. macam eksperimen sains tingkatan 3 la pula.. lalalla~~~ Namun ada yang boleh aku kongsikan di sini dan ada juga yang aku rasa tak berani nak utarakan lagi, nantilah, bila aku rasa dah bersedia untuk menerima tohmahan tohmahan pengkomen tegar, masa itu barulah aku ceritakan lebih lanjut lagi, paling aku takuti ialah jika menyentuh sensitiviti orang orang yang tidak bersalah. mana lah tahu kan? baiklah.. aku akan mulakan dengan kisah Tukang kayu. Ringkasan sahaja.. aku tahu ramai yang tak suka entri panjang panjang kan? heheheh..


si tukang kayu, kalau dengar saja nama pekerjaannya mestilah bukan hanya melibatkan kayu semata-mata, kalau dalam bahasa formalnya tukang kayu ini lebih kurang macam buruh binaan la.. tapi aku lebih suka gunakan tukang kayu sebagai panggilan. nampak lebih manis. tukang ni berat kerjanya. memenatkan, maklumlah menggunakan tulang empat kerat. kerja dibawah terik matahari pula. peluh merecik membuatkan satu badan berbau. tukang ni berkerja dengan tak ramai kakitangan, walaupun melakukan kerja kerja berat, bancuh simen, ikat bata, pasang kekuda, pasang bumbung, namun kerja-kerja dapat dijanlankan dengan cepat tepat dan bersemangat. walaupun berkerja dengan 2 atau 4 orang saja, tetapi '' muka masih ada senyum...'' masih lagi bergurau senda bagai. masih lagi dapat menyelesaikan kerja2 dengan masa yang ditetapkan, malahan lebih hebat, siap lebih awal dari jangkaan. kalau nak kira upah dan kerahan tenaga yang diberikan, mungkin berbaloi.. berbaloi la untuk kerja yang di lakukan, bak kata orang tua dulu, alah bisa, tegar biasa? betul ker? aku pun tak pasti. tukang ni kalau kita tengok, lebih banyak kerj dari rehat, hipotisis: semakin lambat kerja semakin teruk kerja akan datang, mengapa? kalau kerja banyak rehat, makin lama masa yang akan diambil.. nanti, tak pasal2 kena kerja di terik panas, jadi semakin cepat kerja diselesaikan semakin cepat mereka berehat untuk hari itu.


Kalau kisah budak pejabat pula, hurmmm... aku pun budak pejabat, salah cakap aku kena.. tapi ini berdasarkan realiti yang aku tengok dan dengar dari kebanyakan kawan2 yang sama pendapat macam aku. kita patut syukur, kerja dalam keadaan cantik kemas berhawa dingin bagai, kalau yang wanitanya bermekap ada dikalangannya agak tebal. kerja kerja pejabat tidak seberat tukang kayu, kalau peluh merecik pun akan kering dek kekuatan hawa dingin yang ada. kalau jenis kerempeng macam aku ni jangan harap la nak merasa berpeluh kalau tak keliling turun naik tangga opis 10 pusingan.. mustahil la sangat.. lalalalala~~~ kita patut bersyukur lagi di bantu oleh ramai kakitangan yang lain, ye la. kalau dah nama budak pejabat, dah tentu la jawatan ini mempunyai penjawat yang paling ramai dalam satu2 organisasi. Mustahil pula kalau pengurus lebih ramai dari budak pejabat? mustahil mustahil mustahil.. kalau kita tengok kat kedai2 kedai makan, jam 8 pagi, ramai budak-budak pejabat berkeluar mencari roti canai biasanya.. ada juga jam 9 baru menginjak keluar dari pebajat untuk mencari nasi lemak. tak kurang juga menunggu jam 10 untuk makan nasi beriani. kemudian jam satu rehat lagi, penat sedikit bekerja jam 4 minum lagi.. banyakkan waktu rehat kita? lalallala~~~~ sykur lagi.. diberikan kesempatan dan kemudahan sebegitu baik sekali.




aku tertarik nak tulis entri seperti ini,
sebab baru baru ini my incek hubby mencuba nak jadi tukang sehari..
lalalalla~~~
habis longgar skru badan sendiri
banyak menda yang aku nak cakap..
tapi takut tergigit lidah sendiri..
budak pejabat jadi tukang mungkin menjadi,,
tukang menjadi budak pejabat, agak mustahil sekali,,
dan kalau betul menjadi,,
bersykur amat kehadrat ilahi..








kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails