Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

WeDdInG Of ThiS YeAr ParT | |




suku akhir 2011,
Ramadhan yang mulia bakal menjelma tak lama lagi,
kemudian disusuli Syawal yang gembira,
semoga dengan kehadiran bulan yang penuh bermakna ini akan membawa sejuta kebahagiaan buat kawan kawan kawan aku terutama yang bergelar pengantin baru.
yang pertama kali memasuki fasa baru dalam hidup mereka.


aku mulakan dengan gambar kawan terbaik aku..
kami berkawan sejak dari tadika,
sekolah rendah menengah dan menegah atas yang sama..
pertama kali kerja pun tempat yang sama..
tapi mungkin jodoh rezeki aku di tempat lain..
namun persahabatan masih kekal dan semoga akan kekal sampai bila bila..









Watiey & Zainal
05-06-2011


majlis yang diberi tema
CHENTA AGUNG WATIEY & J-NAL
apa yang menarik dengan pasangan ini..
memang aku tak penah sangka,
orang yang mula mulanya amat dia benci masa zaman sekolah dulu,,
rupanya menjadi suami pengikat hati sahabatku yang satu ini,
ternyata zainal mampu menambat hati seorang gadis bernama watiey


kalau korang nak tahu zainal juga merupakan antara sahabat baik aku sehingga kini,
kami rapat macam adik beradik,
disebabkan aku dan watiey rapat secara tidak langsung zainal juga aku anggap seperti adik beradik aku sendiri.
zaman sekolah merupakan zaman seronok yang tak akan lupakan bersama mereka.

18-06-2011
Zainal & watiey

semoga kekal sampai hujung nyawa wahai sahabat..






















orang serterusnya yang melangkah ke jinjang pelamin ialah Mazura anok pok mat..
hihihi femes dengan panggilan Ma.
kalau mase sekolah menengah dulu... dia la yang kami ramalkan bakal mengakhiri zaman bujang terdulu dari kami kami..
namun, ramalan kami meleset..
kami kami dulu yang mendahului beliau..
jodoh pertemuan dan perpisahan
adalah ketentuan ALLAH.


Mazura & Saufi
18-06-2011


















Ralat,
tidak dapat menghadirkan diri pada majlis perkahwinan Koha dan hanipah,
semoga mereka berbahagia hingga hujung nyawa.

Koha & Haney
25-06-2011


















last but not least,


Ayu & Kamal
02-07-2011



penutup majlis perkahwinan para sahabatku,
ayu dengan kama.
isnyallah, mereka la penutup bagi tahun 2011,
setahu aku tiada lagi jemputan atau ura-ura
ada kawan aku yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ini,
almaklumlah,
jarang orang be'wah time musim tengkujuh,
tapi kita hanya mampu merancang,
hanya DIA yang menentukan.



khas buat mereka yang bergelar pasangan suami dan isteri...





Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “


" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “


Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~









kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

2 comments:

  1. nape gmbr sy xleh centre gitu? (gambar yg menegak) sy pnya mesti ke tepi. ce ajor ce ajor =)

    ReplyDelete
  2. pok leh, masa upload tu kat bawah tu kan dia de suh pilih nak letak centre ke tepi ke atau none.. saye suke gambo saye semua duk tgh.. hahhaha

    ReplyDelete

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails