Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

SeLaMaT TiNgGaL ,,, SeMoGa DiPeRtEmUkAn LaGi

4 hari lagi insyaallah..
seluruh umat islam bakal menyambut ketibaan hari kemenangan..
ketibaan hari raya setelah sebulan berpuasa,,
tahun ni aku sudah merasakan..
apa yang dikatakan dengan kesedihan ditinggalkan Ramadhan yang mulia..

banyak perkara yang mengajar aku di bulan yang mulia,,
semoga aku menjadi manusia yang lebih baik dari semalam,,

dan semoga aku dipertemukan kembali dengan ramadhan yang akan datang.

kesempatan menulis disini,,
aku memohon ampun dan maaf kepada yang selalu menjeguk2 membaca coretan aku..
jika ada salah silap menulis,,, terguris perasaan sewaktu membaca coretan ini..
harap di maafkan,

SELAMAT HARI RAYA
maaf zahir dan batin
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

KiSaH BuDaK JuAL KuiH - SeBaK TaPi TeRkeSaN

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

http://1.bp.blogspot.com/-5ZcxMk2M7Js/ThMVoMq1EpI/AAAAAAAACGY/AngV51J42Sc/s400/kuih.jpg

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"
Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!






aku copy paste citer ini dari email yang aku dapat, tak kisah la cerita ini betul mahupun rekaan. namun aku harap kisah ini dapat jadi pengajaran buat kita semua dalam menjalani kehidupan seharian terutama dalam usaha mencari rezeki yang halal.. sejuk perut ibu mengandung, bertuah anak tersebut dianugerahkan ibu yang mulia fikirannya.





kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

SeNaNg HaTi



hati manyak senang..
uwang akan datang..
muka manyak seri...
itu senyum lampak gigi...


muahhahaha.... seronok.. semalam kan kerajaan dah umumkan bonus untuk penjawat awam. Satu perkara yang amat menggembirakan semua penjawat awam aku. Bukanlah satu perkara yang aku harapkan sangat, aku memang tak pernah bagi harapan yang tinggi untuk perkara yang begini,, tapi tipulahhhh.. secebis je harapan yang tinggal.. akhirnya,, alhamdulillah... dapatttt jugak.. lalalalala~~~~ hurmmmm... harapan aku lepas ni semoga kerajaan bagi pelarasan gaji pula.. hehehhe... tak kisah la nak kata bagi betis nak peha... ke.. yang penting ini yang semua orang mahukan.. ye dak??? tipu... kalau ade yang kate tak nak. hihihihi....RM500 sangat berharga buat masa ini. Sekarang ni memang tak kisah la ape fahaman politik masing2.. hahahhaha nampak sangat mata duitan haku ni.. Pape pun, satu je pesanan dari aku... '' BERHEMAH DALAM BERBELANJA'' jangan nanti lepas raya gigit jari... ahakss.....





kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

TaDaRuS




ALhamdulillah.. tiba hari jumaat yang mulia, hari kelima seluruh umat islam berpuasa, tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa. Rmadhan tahun ini alhamdulillah, banyak perkara yang aku dapat perbaiki, dan ingin baiki, perubahan perubahan baru yang banyak berlaku di persekitaran aku juga banyak membantu. bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana memberi aku kesedaran untuk menerima perubahan ke arah kebaikan, semoga hari ini aku akan menjadi yang lebih baik dari semalam. dan seterunya,


Sempena bulan mulia dan tempat baru yang aku diami untuk mencari rezeki kali ini, telah diadakan satu majlis tadarus al-quran untuk semua staff yang ada. satu perkara yang telah lama aku nantikan, al-maklumlah, 2 3 tahun kebelakangan ini aku banyak ''syok sendiri'' dengan bacaan aku. sebelum ini aku dah rasa bangga, setahun aku dapat khatam quran, tapi kalau ikutkan dari bacaan aku yang banyak mendapat teguran dari rakan-rakan, maka aku telah mendapat satu kesimpulan, aku perlukan semua ini, aku perlukan rujukan dari mereka yang lebih baik dari aku, supaya masa masa akan datang aku tidak lagi memberi pelajaran yang salah kepada orang lain terutama kepada anak-anak aku nanti.

Tak lupa kepada '' pakcik google'' banyak membantu aku menemui banyak perkara perkara penting yang aku perlu tahu sebelum menjalankan tadarus al_quran, dengan harapan perjalanan majlis kami akan diberkati ALLAH dan masing masing mendapat ganjaran dari perbuatan yang kita lakukan.

kalau entri sebelum ini aku dah terangkan serba sedikit tentang pengertian tadarus Al-Quran
kali ini aku nak kongsi sedikit mengenai :

Adab bertadarus

1. Berniat mengerjakan tadarus di bulan puasa adalah kerana Allah.

2. Tumpukan perhatian dan fikiran kepada ayat-ayat yang dibaca.

3. Fahami dan rasailah kebesaran dan kehebatan Allah.

4. Fahamilah kandungan atau ayat yang dibaca.

5. Jauhilah ingatan kepada permasalahan lain.

6. Anggaplah setiap ayat yang dibaca ditujukan kepada diri sendiri.

7. Apa yang dibaca biarlah terkesan di hati. Contohnya, ayat yang menyentuh tentang seksaan Neraka, datangkan rasa gerun dan takut di hati akan seksaan Neraka itu dan sebagainya.

8. Bacalah dengan jelas, teratur dan jika boleh dengan tajwid yang betul.




credit to Doa harian





selamat beramal dan renung renungkan...kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaHiRnYa SeOrAnG UmAt MuHaMmAd



















3 Ramadhan

lahirmu ku tidak menghitung hari
hadirmu sebelum malam hari

kesakitan yang tidak pernah kurasai
namun telah ku lupai
saat melihat dirimu sebagai lelaki

wajahmu menyejukkan perasaanku
senyuman mu menghilangkan lelahku
tawamu meriangkan hatiku

tangismu meruntun jiwaku

kehadiranmu pelengkap hidupku

























Ya ALLAH kau jadikanlah Muhammad Shaakir bin Saiful Nizam sebagai hambaMu yang taat kepada ibu bapa, serta berbakti kepada agama,dan masyarakat, kau jauhkanlah segala perbuatan jahat, kau jadikanla dia ke arah golongan orang orang yang sentiasa beriman kepadaMu YA ALLAH.










kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

PeNgErTiAn TaDaRUs Al- QuRaN


Soalan; Ustaz, ada pendapat megatakan jika kita Tadarrus Al-Quran secara Berjamaah/Berkumpulan dgn kaedah "Seorang Baca Sebahagian, Semua Dapat Pahala". Contohnya: Ahli Jemaah ada 30 org. Setiap ahli baca 1 Juzuk. Maka setiap Ahli Jemaah dapat Pahala Spt. Membaca Keseluruhan Al-Quran. Pada waktu yg sama menjimatkan masa dan ada kemungkinan boleh khatam Al-Quran setiap hari. Harap Ustaz dapat menjelaskan perihal ini.

Jawapan;

Membaca al-Quran berkumpulan secara tadarus (yakni saling membaca dan menyemak bacaan al-Quran) adalah sabit dari Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)[1]

Menurut ulamak; maksud tadarus ialah saling mempelajari al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya. Setelah ia selesai membaca, di sambung pula oleh orang lain. Berkata Imam al-Minawi; maksud “membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka” ialah mereka saling mengikuti bacaan sesama mereka, kerap mempelajarinya dan berusaha menjaga/menghafalnya sesama mereka kerana takut lupa” (Faidhul-Qadier, hadis no. 7776).

Dari sudut pahala, apabila kita membaca dan mempelajari al-Quran secara bersama –yakni seorang membaca dan yang lain mendengar-, semua yang terlibat akan mendapat pahala. Yang membaca akan mendapat pahala tilawah sekalipun bacaannya tidak lancar. Ini sebagaimana disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Orang yang mahir membaca al-Quran dia akan bersama dengan malaikat safarah (pembawa wahyu) yang mulia dan taat/berbuat kebajikan. Manakala seorang yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (yakni tidak lancar) di mana ia menghadapi kesukaran dan kepayahan ketika membacanya, maka dia akan memperolehi dua ganjaran” (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.).[2]

Yang mendengar pula akan mendapat pahala istima’ (mendengar tilawah/bacaan orang lain) dan pahala menegur (jika sahabat yang membaca tersalah). Firman Allah (bermaksud); “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang, agar kamu mendapat rahmat” (Surah al-A’raf, ayat 204). Sabda Nabi s.a.w.; (bermaksud); “Sesiapa yang mendengar dengan teliti satu ayat dari kitab Allah (al-Quran), ditulis baginya dengan kebaikan yang berganda-ganda dan sesiapa yang membacanya maka ia akan menjadi cahaya untuknya di hari kiamat”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)[3]

Adapun kaedah yang saudara sebutkan di atas iaitu setiap orang membaca bahagiannya tanpa didengar dan diperhati orang lain, maka itu –pada pandangan saya- tidaklah dapat dinamakan tadarus kerana tadarus membabitkan dua pihak iaitu pihak yang membaca dan pihak yang mendengar serta menyemak. Setiap orang yang membaca dalam kumpulan itu -Insya Allah- ia akan mendapat pahala dari tilawahnya. Namun adakah ia turut akan mendapat pahala dari bacaan kawan-kawannya yang lain (tanpa ia mendengar dan menyemak bacaan mereka), maka itu memerlukan penegasan dari nas yang lain. Jika ada nas, dapatlah kita mengiyakannya. Namun jika tanpa nas, tidak ada hak untuk kita mereka-reka pahala tanpa sebarang kenyataan dari Allah dan RasulNya. Pada pandangan saya, biarlah kita mengekalkan kaedah tadarus yang disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadis di atas. Sekalipun kita tidak berkesempatan mengkhatam al-Quran –kerana mungkin kaedah tadarus itu memakan masa-, namun melalui kaedah itu kita dapat membaca dengan teliti, kesalahan kita ditegur dan kita juga akan mendapat segala kelebihan yang dijanjikan Nabi s.a.w. dalam hadis tersebut.

Wallahu a’lam.


aku dapat dari email IIUM, sangat memberi ilmu baru buat aku,kebetulan pula aku juga bakal menjalani majlis tadarus di tempat kerja,semoga ia menjadi makluman kita semua.

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

ReNuNgAn Di BuLaN PuAsA

Kewajiban berpuasa dalam Al Qur’an

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]

Keutamaan berpuasa:

"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]



Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi:

"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya" [Bukhari-Muslim]



Ketika kita berpuasa, kita dilarang berkata kotor, mencaci, atau berkelahi. Hal ini untuk menempa diri kita agar memiliki akhlak yang terpuji:

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]


Puasa yang sia-sia:


"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]


Jika kita berpuasa, tapi kita berkata dusta atau menyakiti orang lain, maka sia-sialah puasa kita.


credit untuk blog syiar islam


selamat beramal,,, dan renung-renungkan..
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails