Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

TaDaRuS




ALhamdulillah.. tiba hari jumaat yang mulia, hari kelima seluruh umat islam berpuasa, tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa. Rmadhan tahun ini alhamdulillah, banyak perkara yang aku dapat perbaiki, dan ingin baiki, perubahan perubahan baru yang banyak berlaku di persekitaran aku juga banyak membantu. bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana memberi aku kesedaran untuk menerima perubahan ke arah kebaikan, semoga hari ini aku akan menjadi yang lebih baik dari semalam. dan seterunya,


Sempena bulan mulia dan tempat baru yang aku diami untuk mencari rezeki kali ini, telah diadakan satu majlis tadarus al-quran untuk semua staff yang ada. satu perkara yang telah lama aku nantikan, al-maklumlah, 2 3 tahun kebelakangan ini aku banyak ''syok sendiri'' dengan bacaan aku. sebelum ini aku dah rasa bangga, setahun aku dapat khatam quran, tapi kalau ikutkan dari bacaan aku yang banyak mendapat teguran dari rakan-rakan, maka aku telah mendapat satu kesimpulan, aku perlukan semua ini, aku perlukan rujukan dari mereka yang lebih baik dari aku, supaya masa masa akan datang aku tidak lagi memberi pelajaran yang salah kepada orang lain terutama kepada anak-anak aku nanti.

Tak lupa kepada '' pakcik google'' banyak membantu aku menemui banyak perkara perkara penting yang aku perlu tahu sebelum menjalankan tadarus al_quran, dengan harapan perjalanan majlis kami akan diberkati ALLAH dan masing masing mendapat ganjaran dari perbuatan yang kita lakukan.

kalau entri sebelum ini aku dah terangkan serba sedikit tentang pengertian tadarus Al-Quran
kali ini aku nak kongsi sedikit mengenai :

Adab bertadarus

1. Berniat mengerjakan tadarus di bulan puasa adalah kerana Allah.

2. Tumpukan perhatian dan fikiran kepada ayat-ayat yang dibaca.

3. Fahami dan rasailah kebesaran dan kehebatan Allah.

4. Fahamilah kandungan atau ayat yang dibaca.

5. Jauhilah ingatan kepada permasalahan lain.

6. Anggaplah setiap ayat yang dibaca ditujukan kepada diri sendiri.

7. Apa yang dibaca biarlah terkesan di hati. Contohnya, ayat yang menyentuh tentang seksaan Neraka, datangkan rasa gerun dan takut di hati akan seksaan Neraka itu dan sebagainya.

8. Bacalah dengan jelas, teratur dan jika boleh dengan tajwid yang betul.




credit to Doa harian





selamat beramal dan renung renungkan...kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails