Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

PaKeJ PeNgHaPuS DoSa - DoSa KeCiL

Sehari sebelum Raya- bahan sakit pale ngan perik tekok. orang duk sibuk kemah kemah umoh.. masok rendang tuppak.. aku pung sibuk jugok.. tapi campur gaul nge sakik pale.. berak pale.. hadoiiii.. tapi yang beh... mak mertua sporting.. adik2 ipor pung bleh mitok tolong,,, walaupun seme laki,, hahahaha.. siap jugok la. ayam masok meroh.. rendang daging.. pagi raye je masok nasi beriani jadi nasi bukhori.. lalallala...

seminggu beraya - tak sedap badan pulak,,, bisa bisa badan. tapi tetap jalan jalan raya kumpul duit raya untuk shaakir... hihihi... seronok.. jauh berjalan.. maklumla tahun lepas berpantang.. walaupun tak sedap badan tapi ku gagahkan juga untuk beraya sakan. seronok beraya.. balik dari beraya orang ramai lak serang umah.. tak sempat berehat mana.. tapi tetappp kontrol ayu... hahahhaha padahal seharian beraya... penat tak terkata.. tapi hati banyak suka...

dua minggu beraya - await la jadi lagu ni.. chek telampau sakan beghaya sampei tak jago kesihatan chek.. tetiba ja gastrik serang chek lai.. dah kena gastrik,, tambah lai CB. tak tahan chek noo....

tiga minggu beraya - ada lagi sisa gastrik dan tak sedap perut, kali ini selsema pulak menyerang,, plus sakit tekak yang amat.. sempat berpuasa 6 2 hari saja.. rugi rugi rugi.. tak pe.. isnyaallah after syawal nanti start dengan puasa ganti je la.. tapi aku akan cuba dapatkan 4 hari lagi,.. kalau sempat...


orang kata.. sakit ini penghapus dosa dosa kecil,
insyallah,
kesakitan mengingatkan aku kepada kekuasaan ALLAH,
mengingatkan umurku yang entah bila tamatnya,
mengingatkan dosa-dosa yang aku lakukan.
semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas harian sebagai makhluk ALLAH yang sentiasa mengingatiNya.





kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

ReMpiT RaYa



muahahahhaha... sudah lama aku tidak menconteng ke muka blog ini.. sekadar singgah tengok jer.. lalalalla~~~ bukan sibuk sangat.. bukan tak de idea yang banyak, tapi entah kenapa berehat sebentar menikmati bulan mulia yang penuh berkat. kalau nak cerita berdasarkan tajuk, memang kelaut la jawapnyer, sengaja aku gabungkan dua perkataan yang tak berapa nak sesuaiiii itu.. REMPIT RAYA, ye la, kita kan masih lagi di bulan syawal, masih lagi sebok beraya sakan kesana kemari, tanpa memikirkan wang yang bertempiaran lari.. maknanya bonus tak cukup la tu.. lalalalala raya tahun ni memang sakan.. baju sedondon. macam nak pergi majlis mesyuarat '' dulu kini dan selamanya'' bak kata zamir.. kikikii... janji melatop.. hahahahha. Anaknda pun tak kurang hebatnya, sedondon juga, hasil jahitan nenda terchenta. ralat, kami tidak dapat memotrekan kesedondonan kami walau dalam sekeping gambar pun. ralat ralat ralat. Tapi tidak mengapa, insyallah raya terdekat ini kami akan menggayakan sekali lagi. muahahahhaha...

Tak banyak yang nak aku ceritakan pasal raya, semuanya seakan basi.. biarlah tahun depan aku ceritakan lebih awal dari tahun ni, So, aku ceritakan skit pasal rempit.. lalalalal~~~ hihihi.. hari ini dengan jayanya aku merempit datang ke opis. setelah beberapa tahun aku menunggang kancil putihku. hari ini dengan berani aku membonceng adikku sekali. heheheheh dengan merasmikan helmet yang aku beli bebulan yang lalu. kononnya ingin mengepong ngan my hubby, tapi tak jadi.. wahahahhaha.. jadi aku telah merasmikan dulu dengan my sista. Pape pun aku bersyukur la sebab dah bertahun tak menunnggang motor tapi berjaya sampai dengan selamat, insyallah balik nanti pun semoga selamat.



gambar hiasan.. gelak la kalau korang nak gelak..
yang pasti i bawak motor sopan key...









kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails