Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

ReMpiT RaYa



muahahahhaha... sudah lama aku tidak menconteng ke muka blog ini.. sekadar singgah tengok jer.. lalalalla~~~ bukan sibuk sangat.. bukan tak de idea yang banyak, tapi entah kenapa berehat sebentar menikmati bulan mulia yang penuh berkat. kalau nak cerita berdasarkan tajuk, memang kelaut la jawapnyer, sengaja aku gabungkan dua perkataan yang tak berapa nak sesuaiiii itu.. REMPIT RAYA, ye la, kita kan masih lagi di bulan syawal, masih lagi sebok beraya sakan kesana kemari, tanpa memikirkan wang yang bertempiaran lari.. maknanya bonus tak cukup la tu.. lalalalala raya tahun ni memang sakan.. baju sedondon. macam nak pergi majlis mesyuarat '' dulu kini dan selamanya'' bak kata zamir.. kikikii... janji melatop.. hahahahha. Anaknda pun tak kurang hebatnya, sedondon juga, hasil jahitan nenda terchenta. ralat, kami tidak dapat memotrekan kesedondonan kami walau dalam sekeping gambar pun. ralat ralat ralat. Tapi tidak mengapa, insyallah raya terdekat ini kami akan menggayakan sekali lagi. muahahahhaha...

Tak banyak yang nak aku ceritakan pasal raya, semuanya seakan basi.. biarlah tahun depan aku ceritakan lebih awal dari tahun ni, So, aku ceritakan skit pasal rempit.. lalalalal~~~ hihihi.. hari ini dengan jayanya aku merempit datang ke opis. setelah beberapa tahun aku menunggang kancil putihku. hari ini dengan berani aku membonceng adikku sekali. heheheheh dengan merasmikan helmet yang aku beli bebulan yang lalu. kononnya ingin mengepong ngan my hubby, tapi tak jadi.. wahahahhaha.. jadi aku telah merasmikan dulu dengan my sista. Pape pun aku bersyukur la sebab dah bertahun tak menunnggang motor tapi berjaya sampai dengan selamat, insyallah balik nanti pun semoga selamat.



gambar hiasan.. gelak la kalau korang nak gelak..
yang pasti i bawak motor sopan key...









kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails