Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

10 TeRaKhiR RaMaDhaN

hurmmm.. kan dah cakap.. satu entri dekat pose.. satu entri dekat nak raya.. kan?? betullll ape aku tulis pada entri yang lepas... nanti.. pas raya nanti la pulak entri baru menjelma, kan kan kan?? ape pun sape ade kisah kan? well?? aku nak jugak cerita. al maklumlah.. tahun ni tahun pertama beraya di rumah sendiri, walaupun malam raya beraya di rumah ma n abah aku tanpa berebebut n bercakaran dengan incek hubby. sebab dia yang cakap suh balik sane, sebab tahun lepas dah balik sinun?? wakakkakaka.. adil, adil adil, tak payah aku taya pun.. dia cakap siang siang lagi. ni yang buat aku bertambah le sayunkkkkk je kat dia.. ahaksss
( tergediks kejap ) 

berbalik pada persiapan raya, tahun ni memang nak buat umah terbuka kat umah aku. dah dekat setahun kot menetap di situ, tak de la besar besaran, terbuka untuk semua yang sudi beraya kat umah kami, makan la apa yang ada,  tiada menu istimewa, hanya menu biasa di hari raya. opkos la kuih raya ada.. lalalallal~~~~

hurmmm tahun ni sedih juga,, harapan masa ramadhan bermula semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramdhan yang lalu, tahun ni masih lagi tak dapat nak menunaikan jemaah terawih beramai-ramai sepenuhnya. shaakir kecik lagi, kalau la dia boleh tgk je orang solat boleh la aku angkut ke masjid, tapi setakat hari ni, buat ye dia g geletek tuk imam.. memang haru '' glekek '' tuk imam tu suke macam ayah dia kene baru baru ni... hahahahhaha  ape pun aku syukur sebab kalau sebelum ni dia memang akan duk depan orang solat tapi makin lama dia makin faham bahasa, bila ibu atau ayah sola dia duk sebelah.. sekali sekala ada la lalu lalang depan muka.. at least dia tahu kalau lepas solat nanti mesti dia akan kena marah ngan ibu.

kalau ikut persiapan memang banyak yang tak siap.. tapi kami bersiap apa yang termampu saja, mana yang x sempat tu insyallah raya haji ni kalau ade rezeki lebih mungkin lengkap la seadanya, sekarang pun dah bersyukur apa yang penting semua dah ada. harap-harap tahun demi tahun dapatlah aku memenuhkan rumah aku dengan wishlist yang ade,, aku malas la nak list kat sini, kang pengsan lak encik hubby tu bace,, wakakakkaka biarlah dulu.. no money no talk.. dak gitu??

harap -harap dengan baki kurang dari 6 hari yang ada sebelum hari raya ni aku dapatlah menunaikan ibadah yang datang sekali setahun ni dengan lebih baik lagi. nanti dah raya lepas tu nak kene ganti puasa lagi, tak mau dah bayar fidyah lagi, bukan tak nak bersedekah, tapi kalau boleh tak nak dah buat kerja last minit,
heheheh..

pape pun aku nak ucapkan selamat hari raya dulu la deh buat semua yang masih sudi membaca belog aku nih. ini bukan contengan biasa.. ini contengan isi hati.. ( cewahhhh macam penulis novel jekkkk ) wakakakakakakakka..
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails