Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

SeMaK SaMaN AeS

hahahha,, memang sakit hati, AES ni dah mendapat perhatian satu Malaysia. belum pun dijalankan dah mendapat pelbagai bantahan dari pelbagai pihak. pada aku? apa ada aku kisah? aku jarang bawak kereta, sebab aku memang ada driver ( incek hubby aku la. ) dan apa aku kisah kalau aku drive pun memang tak lepas kot 70, wakkakakka... ( korang percaya ker? ) ekekekkeek.. pendek kata, mungkin pada aku yang jarang drive ni memang la rasa mende tu boleh mendidik. memang pada dasar AES ini bagus sangat2, tapi sebenarnya perkara ni kena kaji dari semua segi, aku pun tak pandai nak komen lebih. macam yang aku cakap la.. aku bukan slalu drive.

kalau nak ikutkan pemandangan biasa yang aku lihat berada di sebelah incek hubby sewaktu dia memandu, memang patut sangat la pemandu malaysia ni diberikan DIDIKAN khas tentang adab di jalan raya. bagaimana caranya? Bukan kerja aku nak mikirnya. hari hari duk dengar pak cik tu beleyteiq, naik geram jugak kadang kala. dia duk sibuk marah orang tu orang ni, macam la MEREKA tu dengar??? wakakkaka... 
penah sekali sampai aku bagi cadangan, ape kata kite pasang siren kat kete, ngan speaker sekali. asal ade je kete lalu wat onar depan kita,, baik kite JERKAH terus, maunye terkujat. mana taknya, kadang-kadang boleh je diorg wat muka tak bersalah je.... padahal terang terang mereka ni sangat sungguh tak sopan di jalan raya. tapi kalau nak sopan sangat pun susah jugak.. adehhhh... apa pun tak boleh la.

sebenarnya aku nak cakap setakat ini aku tak penah lagi kena saman. apa apa jenis saman la.. hahaha.. berhemah tak aku?? ( cehh.. padahal jarang sekali bawak kereta... hello.. sebelum kawen aku bawak motor kereta sendiri tau.. tak harapkan sesiapa pun.. wakakakkaak ) korang yang slalu kene saman tu, bawak-bawak la insaf yer... berhemah di jalan raya, ingatlah keluarga tercinta.. kekekkke




hurmm.. manusia mana nak sama dengan komputer kan?
psssttt.. ada makna di sebalik ayat aku tuh.. yang faham senyum je la...
yang tak faham??? senyum jugakkk.. peace...












kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails