Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

Ikan Jeruk Ikan Pekasam

Salam Aidil Adha semua,

agak lama juga menyepikan diri dari membelog, asik baca singgah lalu blog2 wajib terjah jer, alasanya klishe amat. dah bosan nak menulisnya. hari ini rasa terpanggil untuk membebel sebenarnya. entah mengapa sejak dua menjak ini perasaan merasakan sesuatu yang tidak kena. hahahha.. something fishy ek? orang putih kata. aku tak pandai mana bab peribahasa orang putih ni apatah peribahasa melayu pun banyak yang aku tak setuju.. wakakakakka..

ermmm... terbau sesuatu yang tidak menyenangkan hati. iye.. mungkin sekarang tidak menyenangkan , kita hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menetukan segalanya. mungkin rancangan kita sebagai manusia ni nampak kegagalan dipenghujungnya. tapi mana la kita tahu ALLAH sebenarnya nak uji kita. mungkin kegagalan yang kita nampak itu sebenarnya titik permulaan untuk kita dapat sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada ketika ini. owhhhh.. tapi siapa yang sanggup mengambil risiko apabila apa yang dirangcang sememangnya sudah menampakkan kesukaran dikemudian hari. hurmmm.. apa yang dirancangkan boleh berubah sekelip mata jika ALLAH mahukanya. aku?? heheheh... aku hanya mampu bersedia mental dan fizikal. dengan doa dan harapan agar kesukaran yang aku nampak sekarang akan menimbulkan hikmah yang lebih baik disebaliknya. aminnnn...

aku manusia yang memang tidak akan lari dari membuatkan persepsi sendiri. sedikit sebanyak mesti nak buat andaian negative, walaupun sudah berulang kali diingatkan dan mengingatkan. for sure la, kalau perkara itu  berlaku di depan mata, plus bukti bukti sahih yang menjelma tak kira masa,, hahahahah..  Alhamdulillah, masih diberikan kesabaran dan keteguhan hati untuk masih berdiam selagi boleh. udohnye pilihan yang ada hanya tunggu.. kekekekekke.. so kita tungguuuuuuu hak hak hak.. aiyoooo.. sedikit sebanyak menggangu urusan harian weih...  cakap je tak fikir mana, tapi kadang-kadang perasaan tu datang tanpa diundang.. ngeh ngeh ngeh... incek hubby mesti sengih sinis kalau baca neh.. i bosan la u... asyik melihat perkara yang membuatkan kita nak mikir jer... wakakakkaka

selesai melalu membebel bagai.. mengharapkan doa rakan-rakan semoga aku boleh lebih positif dalam kehidupan seharian. dan semoga Allah memberikan yang terbaik buat aku dan juga keluarga. 






kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MeNgEnAL AdAt MeNgEnAL

hamboihhhhh,,, tajuknya boleh tahan konpius kan? opsss.. terlupa,, hohohoho.. terjah terus. sebab excited sangat nak citer kat korang pasal adat mengenal yang baru aku kenal sempena perkahwinan adik aku dengan pasangannya yang berasal dari terengganu. hokey, walaupun aku pun berasal dari ganu kite.. 
( IC -11- ) dan kebanyakan pok kabok pun memang la dari terengganu jajahannya. tapi tak pernah pula aku dengar atau menghadiri majlis perkahwinan yang menjalankan ADAT MENGENAL untuk pengantin kita. hoh!! terkejut beruk aku dan ma aku dibuatnya apabila diminta menyediakan bekas, katanya untuk sesi ngenal( mengenal ), dan dengan muka tak bersalah je, ma aku aku senyum, dan hangguk kepala tanda faham, sedangkan apa yang dia faham itu sebenarnya tak faham habis. wakakakak. ye la, mana penah dengar adat gitu,, kami ingatkan setakat duduk salam-salam sambil kenal kenalan. kakakakaak.. tapi rupanya... ni ha.... tengok gambar yer... 







 Nampak tak bekas kaca sebelah pengantin tu.. nampak?? okey.. bekas tu di guna untuk letak duit. yuppp duit yang di berikan dari pihak pengantin lelaki, atau lebih tepat lagi, setiap ahli keluarga pihak lelaki yang ingin mengenali pengantin perempuan harus memberikan duit sebagai tanda pemberian hadiah untuk pengantin perempuan, sambil memperkenalkan diri mereka.




semua ahli keluarga yang bersalaman dengan pengantin akan menghulurkan sejumlah wang kepada pengantin untuk diletakkan kedalam bekas tersebut. see? bila dah tengok dengan mata kepala aku sendiri guane gayanya adat mengenal ini, barulah aku faham motif mereka perlukan bekas. sudahla masa beri bekas tu diorg bising sebab kecik.. memang patut bising. sebab bekas tu tak muat nak tampung duit yang dihadiahkan. offffff.... untung untung untung pengantin kawen dengan orang beradat begini.. wakakakakakak.. bape nilai yang dihadiahkan tidak pula aku taya pada pengantin, anggap saja memang itu rezekinya sebagai pengantin baru. dan menurut pihak mereka yang menjalankan adat ini juga, duit itu memang menjadi hak pengantin perempuan sahaja. jadi suke hati dia lah untuk membelanjakan wang tersebut.. ohhhh. kayo ko fiza,, kayooo... kekekekeke.. rezeki pengantin katakan.. alhamdulillah...


lain orang lain adat kan? walaupun berasal dari negeri yang sama, tapi cetek betul ilmu yang aku ada, sedangkan bukan sekali dua menghadiri majlis perkahwinan orang terengganu, tiba-tiba terkena pada keluarga sendiri adat yang kita sendiri tak pernah tahu, bagus juga, sekurangnya menjadi pengajaran untuk kita, dan pengetahuan am untuk diceritakan kepada anak dan cucu cicit masa akan datang. bak kata pepatah biar mati anak jangan mati adat? ( tapi aku tak setuju! kalau mati anak,, sape pulak nak teruskan adat?? ye dak??? ) wkakakakakak.. cikgu cikgi Bahasa melayu jangan mareee yer? well kalau korang rasa pemahaman aku tentang adat ni salah. betul betulkan lah.. sebab aku tanya pak cik goole pun jawapan dia tak berapa nak memberangsangkan.. hak hak hak...




ps: hurrmmmmm pas ni majlis bertandang pulak,, ntah apa plak adat baru kat sana nanti.. so nantikan kemunculan entri terbaru dari terengganu kita.. lalalallala~~~~~











kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

KeRjA NiKaH KaWeN

salam merdeka raya semua.. wakakakkaka.. ade ke,,, nak bagi salam sila bagi dengan betul, barulah orang boleh jawab dengan betul.. heheheheh Assalamulaikum semua. selamat hari raya dan selamat hari merdeka untuk rakyat Malaysia. merdeka tak merdeka korang punya cerita, aku malas nak cerita lebih lagi. Nak nak dengan isu 20 sen yang sedang membakar sekarang ini. kekekekek.. aku tau ramai yang kisah. dan tak ramai yang tak kisah dan ada juga yang tak tahu pun kan? hurmmmm nak buat macam mana, mmg itu yang dipilih.. so,, tanggung la.. wokehhhh.. stop about the politics issues.. cehhhh speaking pulak.. sedar sket, bahasa melambangkan bangsa. betul ker? pada aku sekarang bangsa dah tak penting. yang penting agama. ke guane? sape setuju sila angguk kepala. yang tak setuju, gi ngaji banyokkk skek dehhhhhhh... 

hurmmm.. sesuai dengan tajuk entri di atas. kerja nikah kawen. jangan keliru,, aku dah kawen lama, so bukan nak cerita pasal perkahwinan aku, tapi majlis adik aku. majlis kedua selepas aku. so excited jugak la nak bercerita, sebab kalau dulu aku penganting dah tentu tentu la duduk saje tadah muka dan senyum sentiasa. tapi kali ini aku termasuk dalam golongan yang betungkus lumus menjayakan majlis tersebut. wohooooooo. baru ku tahu. rezakkkkk yer... hahahahha... sampaikan selalu terpacul di mulut tak betul aku ni.. '' next wedding dewan pleszz '' hahhaha sengaja aku laungkan kepada seluruh family dan adik yang sorang lagi.. kepenatan mengjayakan majlis melayan tetamu tak dapat digambar,, owh. silap.. aku gambarkan seperti mendaki gunung tapis penatnya. sebab dulu waktu muda remaja penah mendaki gunung itu. kepenatannya lebuh kurang sama. betis membengkak, pinggang yang macam nak patah. ha.. itulah rasanya. wakakakakka

walau apa pun perasaan aku. majlis berkesudahan dengan baik, walaupun bermacam-macam kerenah orang yang aku kena hadap... yang kadang membuatkan aku rasa nak mengamuk hilang sabo.. kakakkaka, alhamdulillah.. ALLAH masih menitipkan kesabaran untuk aku untuk terus menjayakan majlis tersebut. ooooohhhhhhh geram
bila orang buat tak cakna dengan majlis kita yang tak seberapa. disebabkan kelemahan orang menunaikan tanggunjawab mereka maka kami yang mendapat seksanya... grrrrr... syukur dengan adanya bantuan jiran dan sahabat handai terdekat wlaupun sedikit kelam kabut, tapi masih berjalan dengan baik. hehehhe.. nak bagi nasihat pun aku tak tahu kesilapan kami dimana, pendek kata apa saja yang berlaku sila sabarkan diri anda. wakakakka itu saja yang boleh aku katakan. semoga akhirnya majlis berkesudahan dengan baik.

Serius tak senang kerja nikah kawen ni, walaupun perancangan dah dibuat berjaman lamanya sebelum tarikh sebenar, tapi bila sampai waktunya mungkin bakal ada masalah yang menimpa. mungkin juga ada kelonggaran perancangan di mana-mana. kalau dulu masa aku jadi pengantin mana nak tahu keadaan di dapur, keadaan di ruang makan. keadaan tetamu yang datang, tapi bila dah merangkap tuan rumah, op kos semua tu kena tengok, tambahan pula berhadapan dengan tetamu yang berasal dari adat dan budaya yang berbeza.. ohhhhh.. sedikit tension mulanya di situ.. ahaks... walau nak marah macam mana pun aku tetap bersabar.. ohhhh syukur sungguh ALLAH memberikan lebih kesabaran buat aku. si pengantin op kos la tersenyum manis.. hahahah dah memang itu je kejonyer... so, aku faham la perasaan dia masa aku jadi pengantin dulu.. hak hak hak.. wellll.. kite seri. 

so.. walaupun aku merangkap tuan rumah, dan tukang pukul untuk hari tu, aku nak jugak la tepek sedikit sebanyak moment yang ada waktu majlis nikan kawen, NSS & ZAH.
walaupun tidak sehebat tukang pukul pro, tapi macam pengantin cakap. janji ade moment untuk tatapan generasi akan datang.. kire cukup bagus la.. yang paling penting FREE.. cehhhhhh... wakakakakkaka


 okeh... sensored ehhh.. tapi ini je posisi yang aku berani dekat.. sebab lembu ni lariiiiii.. kakakakkakaka

 see??? terpaksa pikul okeyyy

 jauh hokeyyyy.. berpeluh-peluh tukang pikul, tapi seronok.. bila lagi nak tengok lembu kena pikul.. 
hak hak hak

 debaran yang semakin terasa,,, aku?? rilek jekkk tapi terselit selit jgk nak dapatkan  sekeping dua gambo pengantin. 

 tanya persetujuan perempuan plak.. masa ni pengantin malu2 konon.. kakakaka

antara tulang belakang kat dapur yang paling banyak membantu..
thanks to all.. 
terbaekkk la sek nims...




 

Selamat Pengantin Baru
Selamat melangkah ke alam baru
Selamat menghadap berbagai dugaan
Selamat menjaga Rumah Tangga
Selamat
Selamat
Selamat
Selamat semua hendakNya
Aminnn
BARAKALLAHULAKUMMAWABARAKYA
Ps: lepas ni aku nak kenalkan korang dengan adat mengenal, semoga kita sama-sama lebih kenal.. kakakakakka ada cerita disebalik aku mengenali adat ini.. wakakakakakka












kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

PrAy FoR SyRiA

Assalamualaikum...

masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada semua korang2 yang membaca entri kali ini. hohohoho... macam dah nak kembali bersawang je blog ni kan? kekekek.. op kos la,, idea je banyak, tapi menulisnya tidak.. guane nak aktif? kempen pun segan silu nak masuk.. wakakakka.. pape pun aku tak nak membebel banyak dengan masa yang terhad ini, sebab di bulan syawal yang mulia ini aku banyak menda nak kena settle dan banyak mende jugak yang aku nak tekadkan dalam diri aku ni. maklumlah selepas bulan puasa yang penuh barakah yang lalu aku banyak mengambil berkat bulan tersebut untuk lebih banyak merubah diri,, sedikit demi sedikit, mungkin tidak nampak dengan pandangan mata kasar, tapi cukuplah hanya ALLAH yang tahu. ermmm bimbang juga kalau menimbulkan riak, cuma tujuan di tulis disini hanya sekadar untuk mengajak korang2 kat luar sana, kalau-kalau ada keinginan untuk merubah diri menjadi lebih  baik.. jommm.. aku sarankan jangan berfikir panjang. jangan berfikir tentang pandangan orang. kita tekadkan dulu dalam diri sendiri, buat ke tak buat, teruskan ke tak teruskan  itu belakang kira, yang penting kita berdoa semoga ALLAH tetapkan hati kita untuk terus kearah kebaikan, dan apa yang aku rasa paling penting ialah, semoga ALLAH tetapkan hati aku, dan jauhkan aku dari sifat riak dan meninggi diri.

ermmm.. rasa macam tazkirah la plak kali ini.. jangan bosan yer? jom sama-sama muhasabah diri kita, supaya menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. jangan pula asyik berada ditakuk yang lama, berpuas hati dengan iman yang ada,, hohohoho.. see??? mood tazkirah lagi.. hehehehhehe... pape pun lepas ni mungkin entri aku juga akan berubah lebih kepada maklumat dan perkongsian yang lebih bermakna. mungkin juga akan ada luahan-luahan bertepi di mana emosi menguasai diri, mohon teguran dari korang2 semua yer?

untuk permulaan jom.. cakna dengan isu dunia sekarang.. 
dulu aku memang tak cakna,, sekadar ambil tahu hujung telinga, tapi bila dah ada kesedaran, mungkin disedarkan atau tersentak dengan keadaan, maka bermula lah episod cakna dan ambil iktibar, jangan pula ada yang mengata, bercakap mengenai isu agama, tapi tampak diri tidak sehebat mana, niat aku satu, menyampaikan sesuatu, kalau ada kesilapan dalam menyampai tegurlah dengan cara berhemah, jika takut menegur maka berdiam adalah lebih baik dari menjaja cerita ke sana kemari. sungguh aku hanya manusia biasa biasa saja, hanya ingin ingat mengingati sesama kita, bukan kerana aku ingin mengingatkan maka aku tidak pelu diingatkan.. TIDAK,, aku juga perlu diingatkan... jadi.. sama-sama yer??? give and take... wakakakkaka...





ps: Hasbunallah wanikmal wakel...




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

HaRgA AyAm DaH NaiK

Salam Ramadhan semua,
hohohoho.. entri kali ini memang mencengkam jiwa di bulan puasa. hahahha... hari ini hari isnin... oh sungguh menduga kesabaran bekerja hari ini. ada saja perkara yang membuatkan aku hampir hilang tahap kesabaran yang tak seberapa nih. tapi alhamdulillah, berkat berpuasa, istighfar banyak sket, Allah berikan kemudahan untuk senyum semula.. wakakakaka.. alhamdulillah.

Sempena bulan puasa ni banyak la benda yang aku cuba disiplinkan untuk berjuang menjadi seorang manusia yang lebih baik dari semalam. alhamdulillah jugok setakat ini Allah berikan kemudahan untuk aku. korang doakanlah semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan aku untuk menjadia manusia yang lebih baik dari semalamnya. itu adalah target hidup sejak menyedari usia semakin menginjak ke tua.. hahahahahha.. tak kelakar okey.

hoh! apa kena mengena dengan tajuk entri kali ini? op kos la nak up rating sket kan?? al maklumlah isu barang naik sekarang menjadi topik utama bualan rakyat jelata. aku slalu dengar kawan-kawan bising, kat tv tak bising pun? slalunya kat tv la slalu memperjuangkan isu-isu kenaikan ini. kekekekek.. entah la.. kalau ikutkan nilai duit sekarang RM 50 tu tak dapat beli apa pun, setakat nak beli susu anak aku pun tak cukup. hoohoho... sadis weyh... kalau ayam, makanan harian ni pun sampai tahap RM13 sekilo? masak ketam je la jawabnya, penggemar ayam sila bertukar selera anda kepada ketam, walaupum binatang itu lebih mahal harganya.. huhuhuhuhu.. urghhhh merapu sudah. selagi tak hilang rasa tak seronok dalam hati ini, selagi itu la blog ini menjadi tempat merapu aku.. hahahhaha.. suka hati aku la kan? tulisan aku.. 

kalau nak ikutkan bukan ayam je yang naik, semua keperluan harian, kalau korang perasan la, kalau tak perasan tu maknyanya kewangan korang memang sangat stabil lah! aku denggki kat korang. tapi apa boleh buat? dah ini yang kita pilih kan??? nak kembali ke zaman dahulu? memang tak mungkin la kan? kembali di mana seringgit ibarat sepuloh ringgit. kalau nak macam tu, sila berhijrah ke indonesia atau kenegara watawang yang lebih rendah dari RM. kan senang??? semudah itu saja. hohohohoho..

okeyh.. dah buntu. kepala pun dah tak tingtong lagi dah. sejuk dah hati ini. bukan sebab melalut kat sini saja. tapi sebab dengar alunan opick dan hijjaz yang memuji kebesaranNya.  ALLAH......

semoga kita diberikan kesabaran dan kemudahan dalam menjalani dugaan dan cabaran hidup yang kadangkala mematahkan semangat kita.. amin~~~~~




pssttt... gambar pun tak de kene mengena dengan tajuk di atas.. tapi serius,, memang mahal sekaran nih.. hohohoho nasib baik la musim puasa tahun ni bukan musim panas semedang... peace~~~~



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

SeBeLuM RaMaDhaN

Salam semua, agak klishe tajukku hari ini. entah mengapa terpanggil untuk mengarut sket pepagi nih setelah melihat kempen berkepuk2 masuk, blogbuster saja ada 4 kempen, tapi semuanya memerlukan kerajinan dan skill. so?? sila abaikan pasal kempen blogbuster tu yer.

apa yang aku nak mengarut kat sini sebenarnya? korang mesti tahu tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan, tak sabar nak tunggu bulan tu. kalau dulu masa jahil sket dulu aku selalu rasa seronok bulan puasa sebab nak raya, masa tu tak tahu pun nikmat dan kebesaran bulan puasa. tapi bila dah hampir tua nih, banyak mende yang aku belajar dan tahu pasal bulan ramadhan. masa ni la aku berlumba2 serius giler nak belajar quran, walaupun sejak kecil lagi aku dilatih dan di ajar membaca quran, tapi masih banyak benda yang aku perlu betulkan. orang kata makin banyak guru makin bagus bacaan kita. memang betul.

masa ramadhan ni jugak la aku boleh teruskan pelajaran untuk mengabaikan perasaan yang tak elok beraja kat dalam diri aku nih. hohohooo.. kalau dulu.. memang perasaan tu selalu saja menguasai diri sampaikan selalu lupa diri kalau bercakap atau berbuat sesuatu. tapi bila tiba bulan ramadhan ni. mood aku jadi lain macam sket. aku tak tahu macam mana orang lain mengatasi masalah mereka, tapi apa yang aku tahu bulan ramadhan banyak mengubah akau menjadi lebih baik, kalau tak banyak pun skit pun sudah cukup bermakna, asalkan perubahan itu bertambah dari masa ke semasa. 

adehhhhh.. jangan kata bila aku dah semakin membaik, tak ada dugaan dan cabaran mendatang. mungkin dugaan, ada saja perkara yang selalu mencabar emosi dan kesabaran, kalau dulu dah lama aku abaikan tapi sejak dua menjak ini kembali berhantu. hohohoho,, dah tak nak kembali macam dulu, aku sukakan keadaan waktu aku tak tahu apa-apa, tak peduli apa-apa pun ... urghhhhh... mungkin sebab aku selalu ambil tahu... hurmmmmm

dah lama tak mengeluh kat sini.

okeh,, rasa mengarut aku kat sini je la kot?? aku pun rasa dah okey je nih. wakakakkaka...  korang yang baca ni doakan lah yang baik-baik untuk aku, doakan aku jadi manusia yang lebih baik dari semasa ke semasa.


ps : target tahun ni nak khatam quran lagi dalam sebulan ramadhan yang ada. doakan aku yer??? 
wohohooooo
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

CeK DaRi NuFfNaNg

memang terbaik,,, dua minggu lepas dah dapat cek.. untuk pertama kali aku dapat pengesahan email je dari HSBC, dengan usaha dan tekad aku bawa print slip kerta tu ke bank untuk di masukkan seperti yang di ajar budak kecik. tapi dengan peliknya akak kat kaunter tu tengok aku dengan senyuman kerek dia berkata '' akak tak pernah dapat macam ni,, baik awak p taya HSBC, sebelum ni kita tak pernah terima yang macam ni. '' erkkkk aku pun rasa pelik, tapi tak pe la, mungkin aku salah info kot? tak kisah la,, tapi akak customer sevice tu memang tak sesuai duk situ.. kerek n sangat tidak sesuai serve pelanggan.. kalau aku dapat jumpa bos dia akan aku ajukan kepadanya suh tuko staff,,, hak hak hak...

berbalik kepada slip tadi, aku pun dengan rasa rendah dari balik ke opis semula dan taya budak kecik. bila dia tengok dia pun pelik. dia kata, '' saya biasa dapat cek, tak de pulak dapat email2 nih '' 
nah kau.. aku je yang selalu dapat mende pelik2 macam ni. tapi sabo la... aku tunggu je sehari dua lagi, mana tau kot2 ada cek sampai.. penantian aku tak sia-sia. memang ade cek sampai kat meja aku. dengan senyum bangga aku tengok cek tersebut.. hahahahha 

Tapi aku rasa  RALAT giler, kalau aku tau budak kecik tu nak pindah, aku cashkan awal2, sebab dulu aku penah cakap nak belanja dia makan bila aku dapat cek pertama. walau tak banyak, tapi aku ingat pertolongan dia yang selalu tolong aku. memang ralat sungguh la. sedih pun yer, dah la pindah tak bg tau pun, alasan dia tak nak sedih2, aku faham.. aku doakan dia bahagia walau kat mana pun dia berada, orang yang baik akan sentiasa di rahmati dan dilindungi, aku percaya yang itu.

hurmmm.. entri kali ini sedikit emo, aku tengah menderita sakit mata, tak tahu la sakit mata betul ke tidak, maklumlah tak penah sakit mata, kalau setakat sakit mata tipu2( masuk habuk ) tu aku dah biasa, tapi kali ini lain sket. tekak pun dah payau, kasar semacam je nih, kepala pun berat, badan pun lemau je... hohohoho.. tak de wakakakaka.. untuk entri kali ini.. huhuhuhuh

aku lupa nak snap gambi cek sebelum p bank semalam. nanti kalau ade rezeki untuk kali seterusnya aku tunjuk korang yer??? hohohoho.. ciau!!!!


psssttt.... tak bleh nak pikir dah ni.. mata berat.. huhuhuhuh
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

ToNtOn DrAmA TeDuHaN KaSiH | Adaptasi dari NoVeL MaRiSsA

yuhuuuuu.. lama betul tak mengepost, adehhhh.. sibuk kalahkan menteri yang baru menang bertanding, manifesto sana sini nak jalankan.. wakakakkaka oppssss... sensitip punya isu. ahakss... aku tak kisah dah, aku lebih senang memerhati, apa-apa pun aku dah jalankan tanggungjawab aku. hurmmmm korang dah? kalau dah, alhamdulillah, kalau belum, bawak-bawak mencerna otak untuk berfikir lebih jauh untuk masa depan kita dan anak-anak anak kita nanti. hehehe jauh menyimpang dari tajuk nih.

ala,,, dah lama tak menulis gian la pulak.. asik memukul aje 2 3 minggu nih.. hasilnya tak siap-siap jugak lagi.. huhuhuhu... ha... trip ke kelantan pun tak tercerita lagi kat sini. mungkin entri selepas ini? heheheh.. pape pun korang tunggu yer, menyesal pulak ade kamera mahal tapi tak dapat nak shoot banyak, sebab ape? nanti aku ceritakan, kalau semua nak cerita masa ni, tak de la pulak entri selepas ini kan kan kan?? 

hurmmm.. berbalik pada tajuk, sekaran ni memang tengah hangat la sangat kul 7 duk ngadap depan tv. ( jangan dijadikan ikutan yer,, huhuhuh.. ) dah lama aku tak ngadap tv waktu waktu sebegini. benarlah tarikan dunia akhir zaman, kakakkakaka.. drama teduhan kasih yang di adaptasi dari novel, yang ditulis oleh Marissa. kalau ikutkan aku dah baca novel ni dulu, memang la terbaik jalan cerita dia, tapi tak sangka pulak ada penerbit yang bawa ke layar perak, dan membawa penulis itu sendiri sebagai penasihat. so sebab itu lah aku nak tengok sangat. bagaimana garapan watak ehsan iffa ayu dan Rizal, ternyata, seminggu tayangan membuatkan aku puas hati, dengan jalan cerita dan watak dalam drama. memang terbaik. hurmmm tak guna aku nak review banyak-banyak, kalau korang nak tahu review novel boleh la ke blog aku yang lagi satu, heheheh promote skit deh, klik la REVIEW TEDUHAN KASIH kalau nak baca review novel lain pun banyak,, jemput singgah ramai-ramai yerk.. wakakakaka.

serius memang best, cuma aku sarankan kalau ade anak-anak atau adik-adik yang masih bersekolah, mak ayah kena la pantau anak-anak korang yer, sebab... cerita kat tv sekarang banyak yang kena berfikir secara mendalam. anak-anak muda sekarang lebih banyak nak ikut terus apa yang di tayangkan, so, ibu bapa, kakak abang, kena la memainkan peranan, pada aku, apa yang ditayangkan tv adalah realiti zaman sekarang, jadi kita harus memberi penerangan dan nasihat yang jelas kepada mereka, supaya tidak terlalu terikut dengan arus media massa yang sememangnya condong,, hohohoh.. dah macam sasterawan aje ayat aku.. 
Pendek cerita sekarang ni jarang ada cerita yang sesuai untuk tontonan umum. hurmmmm... sebab tu sekarang ni aku biarkan anak aku layan upin ipin je,, itu pun dah terikut benar dengan perwatakan dalam citer tu,, hahahhahaha...

hurmmm... dah. aku nak sambung keje.. ufffffhhhhh... banyak lagi mende yang tak siap nih. date line ade beberapa minggu saja lagi.. hohohohoh...  ikutkan hati rasa macam nak tidur seharian. hurrmmmm.. sambung nanti lah.. bubye.. 



Psssttt... entri terkumpul pasal tukang pukul banyak.. tapi tak tahu bila nak post, nanti lah,, peram lagi... heheheheh








kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

KiSaH CiNta FaZuRa & SaM




hye hye hye.. semua, kali ni entri gedik dah muncul kembali, setelah sekian lama tak melayan drama melayu selepas setia hujung nyawa, kali ni kemunculan si cantik manis FAzura yang aku sukeeee sangat tengok perempuan nih.. aku rasa dia cantik luar biasa. hahahhaha.. nak kata peminat tegar, tidak juga, cuma memang suka tengok wajah cantik jelita dia. tapi kalau la dia mula berhijrah seperti sesetengan artis lain yang tampak lebih manis jelita dan cun, lagi la bertambah tahap keminatan aku tuh.. kekekeke merapu dah ni.

well sekarang ni start semalam 8 mei, dah tayang kisah cinta, drama terbaru yang membuatkan aku memberi amaran kepada incek hubby supaya membenarkan aku melayan tv, bukan selalu aku layan, selama ni dia dan budak kecik tu je yang konker tv tuh.. aku??? apa ada kisah? tapi kali ni, sebab fazura cantik sangat, jadi aku rasa teruja nak tengok dia belakon.. wakakakkaka.. sengal sungguh.  jalan cerita yang aku copy dari belog admya ni pun nampak macam menarik, kalau korang nak tengok lebih detail boleh je pergi klik sini

so,, enjoy the story...

sinopsis...


Azalea(Fazura) anak pemilik hotel terkenal secara tak sengaja bertemu dengan Shah(Shaheizy Sam) dalam satu kemalangan yang membabitkan ibu Shah dan bapa Azalea.Bermula dari detik itu, hubungan mereka jadi rapat disebabkan mereka mencari jawapan untuk segalan persoalan yang timbul dari kemalangan tragis tersebut. 

Mereka saling benci membenci dan menyalahkan antara satu sama lain atas kejadian yang berlaku.Namun,persoalan timbul mengenai hubungan ibu Shah dan bapa Azalea.
Shah menemui surat milik ibunya dan Zainal. Begitu juga Azalea yang menemui surat bapanya kepada Zaharah.
Shah mahu saja buang surat itu kerana tidak mahu ada yang terluka bila mengetahui kebenaran,namun dihalang oleh Azalea.

Shah dan Azalea cuba menyelami kisah cinta Zainal dan Zaharah berpandukan surat-surat tersebut.Mereka mula menjejaki kaki ke tempat-tempat yang tertulis dan mencari nama-nama yang terlibat.Dalam tidak sedar, Shah dan Azalea mencita kisah mereka sendiri di atas perjalanan kisah ibu bapa mereka. 

Ia tidak semudah disangka. Kekasih Azalea Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina,mama Azalea juga tidak suka akan tindakan Azalea.Baginya Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan pastinya Shah seperti ibunya bukan anak yang baik.Dalam merungkai jawapan, Shah terpaksa berkorban sehingga dibuang kerja. 

Apakah pasangan ini cukup tabah menghadapi situasi  dan emosi?Kisah ibu bapa mereka mempunyai keberangkalian yang mereka adalah adik beradik.Adakah ini kenyataan yang harus diterima?
pssstttt... dah lama tak jatuh suka dengan lagu siti Nur haliza, tapi sejak Galau keluar, tiba-tiba tersuka la plak.. wakakakakakka
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

DiY BoKeH | Part 3

haloha..... hurrmm, seperti yang dijanjikan aku sambung lagi cerita photografi yang amat kuminati sekarang ini. wakakakkak... kali ini kan aku nak cerita skit la macam mana aku buat bokeh yang berbentuk comel kat belakang gambar bear tecit aku tuh.. kalau sape2 tak tgk lagi sila la tengok sini


hurmmm.. tak payah la nak banyak sangat kata kata kan, so aku tepek gambo sket supaya korang boleh la tengok sendri. kalau aku tak cerita panjang pun korang dah boleh faham,

 baik.. gambar di atas menunjukkan barang barang yang aku guna untuk buat bentuk bulat bokeh itu berubah bentuk seperti yang aku inginkan. gadget aku tak mahal, semuanya dah tersedia depan mata, cuma jangka lukis kecik comel berwarna pink dengan kertas hitam tu je aku beli kat tunas manja dekat dengan opis aku. heheheh... 

kemudian aku ikut je la ajaran sifu yang aku sukai itu. ejad photopoyo, memang poyo bunyinya, tapi dia memang superb, sebab ilmu yang dia ajar mudah meresap masuk dalam otak yang tak bape nak cair nih. serius aku memang tak kan faham kalau orang ajar dengan bahasa bunga-bunga. tapi ajaran beliau sangat mudah diterima pakai. 

yang ini bentuk yang sudah pun aku buat sendiri, walaupun tak ade lah istimewa sangat, tapi untuk permulaan aku rasa jadi la, next, bila dah betul2 ada masa aku akan buat yang lebih pelik dan menarik, then masa tu aku nak paksa incek hubby bawak aku pergi ke tempat yang banyak cahaya kat shah alam tu, entah apa nama entah, aku lupa pulak nama tempat tu. sebab aku malas nak fikir n gugle korang fikir sendri la tempat tu yer, aku nak sambung baca novel pulak ni, tak ada masa nak soal pak cik gugle tu dah.. wakakakkak

sekali cubaan saja aku dah boleh buat, cuma aku rasa boleh memantapkan lagi skill yang ada untuk kemajuan diri sendiri. wakakkaka,, hope korang yang berminat pun dapat buat. satu je tips dari aku yang tak bertauliah ni. jangan malas! semua benda kita boleh capai kalau kita rajin dan berusaha dengan bersungguh2. kalau asyik nak membangau saja,, apa pun tak boleh...

korang boleh baca entri yang sebelum ni.. klik je kat bawah ni. senang...

part 1

part 2



pstttt... sekarang ni aku tengah gile belajar untuk buat stock photo dengan sifu senior aku.. hahahhaha... menarik jugak, mana tahu boleh tambah pendapatan. sambil menyelam boleh tangkap ikan tak??? wakakakakkaka
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

DiY BoKeH | Part 2

wokeh.. aku tau ade yang tertunggu-tunggu hasilnya, kali ini aku malas nak tulis banyak. korang tengok la sendiri hasilnya. sebab aku rasa, entri ini mungkin akan bersambung lagi kepada part 3, jadi, save kan perkataan untuk part 3 tu nanti.. sebab paling utama aku tengah serabut dengan banyak perkara yang berlaku kat sekeliling aku. walaupun tidak terjadi pada diri aku, tapi kesannya tetap terpias sikit kat aku.. bahasa apa la terpias tu... kalau korang faham, faham je la.. kalau tak,, buat-buat je la faham yerkk... 

cauuuu... sila tengok hasilnya kat bawah. 



 







pssttt... memang ada banyak kurang di setiap gambo, sila abaikan dua model tenonet tu... 
fokus pada bentuk2 yang terhasil di belakang model tersebut..
kalau ikutkan nak buat di luar, tempat yang ada lampu2 cantik,, 
tapi tak berkesempatan lagi.. terpaksa la guna model tenonet yang memang setia menemani aku kat opis... 
wakakakakak...



part 3 nanti aku tunjuk ermmm... peralatan sebenar yang aku gunakan.. chekadout...
 

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

ShOpPiNg WiTh ZaLoRa

helo helo helo...
wahhh dah agak lama menyepi, urghhhhh,, aku sendiri tak faham apa yang aku sibukkan sangat, mungkin terlampau banyak mende nak buat dalam satu masa, jadi aku sendiri tak tahu apa menda sebenarnya yang aku nak lebih dalam hidup. hahaha semua mende nak buat,, semua perkara nak cuba.. alhamdulillah masih sempat bernafas lagi nih. kekekekek

tengok nih... cun tak?

na... cantik tak kasut tuh. GIsa colection. nak tengok lagi? meh aku up lagi gambo nyer.. tengok puas-puas dulu.. nanti aku citer yer..







hurmmm.. okeh, nak citer sket, kisahnya bermula apabila Zalora team komen kat satu blog entri aku nih. tak caye, klik SINI

okeh, bermula dari situ, apabila mereka memberikan baucer sebanyak RM50. dengan syarat mesti beli barang online dengan ZALORA la... hak hak hak. okeh.. mula-mula macam tak caye je. sebab perkara utama aku tak senang nak percaya dengan online bagai ni. sebab? aku sukakan yang real. kalau dapat pegang. test pakai, bau-bau sket barang tuh.. baru decide nak beli, tapi kadangnya semua dah buat, tapi tak beli jugak.. kekekekek bikin panas gurl yang jaga kedai ade lah.. wakakakkka..

tapi.. sebab ZALORA dah bagi baucer, jadi aku pun setuju la nak beli. so merata la aku melihat-lihat ke dalam website ZALORA yang cun melecun tuh. selama ni asik tengok-tengok je.. sekadar tengok dan tengok je la. tapi kali ni tengok ada makna. ahaks...

okey, pertama kali nak beli barang dengan Zalora, aku rasa agak menyusahkan. memang la susah untuk aku yang pertama kali beli barang online. banyak mende yang aku terlepas pandang, walhal semua tatacara yang patut kita buat dah di tulis pun dalam web tu. SILAP aku la tak baca dulu kan... membangauuuu jekkk...

bila dah godek2 web tu, macam -macam la jumpa barang yang aku rasa menarik sangat, tapi di sebabkan budget aku hanya barangan bawah RM 100, jadi aku sort terus, senang korang, tak payah nak sakit hati tengok barang berkenan tapi tak mampu nak milik. kan.. baik sort terus.. dah terang-terang barang yang korang tengok tu korang mampu beli. yang tu aku suka ZALORA punya cara, kekekekek.. kalau setakat cuci-cuci mata ataupun nak aim barang lain boleh ke korang nak tengok, tak jadi kesalahan pun. tengok lah..

then, dah jumpa idaman hati. mula-mula tu rasa serba salah jugak, mana lah tau kot-kot gambaran tak serupa dengan kenyataan. tapi apa aku kesah, kira berbaloi jugak dengan baucer yang aku dapat, baik try je la dulu, and kalau pasal size, memang aku risau jugak, maklumlah kaki jenis aku ni memang tak muat nak pakai kasut pattern vincci yang cute miut tuh.. so aku redah je pilih size biasa yang aku pakai, dan rancangan aku, kalau betul tak muat atau besar, aku boleh test return form diorang. jangan tak tahu, return delivery mereka free, so tak yah risau kalau barang yang korang dapat tu tak memuaskan hati.

masalah berlaku bila aku tak baca habis pun terma yang patut di ketahui oleh buyers, ye la, selok campur tak faham mende. bila tersalah langkah aku ingatkan baucer aku tu kira burn, (dalam hati, tak dapat la kasut baru) tapi jangan risau, ZALORA TEAM sangat senang membantu, email je mereka, mereka akan terangkan apa yang patut kita lakukan. serius aku mula nak give up je. tapi bila ZALORA team banyak membantu, sampaikan lah aku dapat membuat pembelian sehingga memasukkan jumlah yang selebihnya, kemudian kasut tersebut sampai ke opis aku hari tu, aku jadi lega, bila dapat kasut, test and jalan bape langkah, aku senyum sorang. hehehehe.. dalam otak duk fikir... hurmmmm pas ni senang la, shoping je ngan ZALORA, semua hujung jari. mudah, tak panas, sambil duduk je, 

hurmmm.. tak sempat la nak try return form diorang, sebab kasut tu memang sesuai dan elok dengan kaki aku, walaupun ada saja orang menegur, kenapa aku nampak tinggi, serius,,, kasut ini memang tinggi, tapi sangat selesa. tak tergelecok pun, sebab wedges kan??

so, rumusannya.
  • ZALORA macam-macam ada. pilih saja.
  • senang je nak buat pembelian kalau korang baca dulu langkah langkah yang di paparkan dalam WEB mereka.
  • kalau ada masalah sekalipun TEAM ZALORA sedia membantu.
  • tak payah nak susah-susah beratur, berjalan ke sana sini.
  • harga masih lagi standard, nasihat aku kalau nak free postage lebih baik beli lebih dari satu barang, ajak kawan-kawan shoping sekali. 


so??? tunggu apa lagi? terjah la ke ZALORA sekarang, kalau jadi ahli dapat lagi 20% diskaun. menarik la sangat untuk kaki shoping yang jenis tukar barang setiap kali gaji keluar, tak payah korang berebut dekat kedai. tak buang tenaga pun.. wakakakkakaa










kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

Tip- DIY BoKeH

cehhh,, macam hebat je bunyi tajuk entri,, opsss,, jangan salah faham, bukan aku yang nak bagi tip, tapi aku  nak kongsi tip. dan belajar lagi cara nak buat bokeh, seperti yang sedia maklum tahu aku memang minat fotografi, dan memiliki DSLR sendiri. ada la teman lens 50 mm yang baru dibeli. hohoho...

hujung minggu sambil keje kat kounter godek-godek la belog best ejad photopoyo, dia ada citer pasal tip untuk tajuk di atas, klik sini, korang boleh tengok terus cara nak buatnya. aku suka sangat belog ejad ni sebab aku rasa dia guru yang sempoi, jujur, realistik dan mudah difahami. wakakakka...

godek punya godek lagi, ternampak pulak bokeh yang comel tuh,,, bese kan kalau gambar bokeh booolat bulat je kan? itu pun dah terliur tengok... itu kalau korang minat memukul la,, kalau tak paham apa itu bokeh maunya korang tengokkk je gambo tu kan? hahahahah
sila tengok gambar kat bawah...





na.. terliur tak?? tu baru sikit tau.. nak lagi hebat korang tengok kat pak cik gugle eh??? 


serius, memang terliur nengok ye ha... aku pulak jenis yang suka mende2 pelik dan comel begini, aku sukakan kelainan skit, kikikiki,, lain la sangattttt. tambah menyakinkan apabila si ejad mengatakan yang 50 mm memang sesuai sangat ( sebab murah dan mudah dimiliki oleh tukang pukul ) untuk di buat bokeh. so,, aku pun sangat lagi teruja untuk mencubanya, so petang-petang yang panas ini aku godek-godek lagi cara-cara mudah untuk membuantnya, so ini yang aku jumpa.. hope boleh bagi idea buat korang, aku pun tengah cari bahan nak buat gak ni, cari punya cari tak de pun kertas hitam yang boleh di buat kata ejad lagi kertas putih dan cerah tidak digalakkan, so aku jujur dulu, ikut la mereka gunakan kertas hitam, tapi, aku postponed buat mende ni kat rumah atau sehingga aku beli kertas hitam yang sesuai nanti. untuk hari ni aku just cari idea dan blogwalking cara DIy yang betul.. wakakakakka...  bangau lagi aku hari ni,, lalalalalla~~~~








okeh,,, ini yang aku jumpa kat pak cik gugle, macam seronok, tapi kalau tak mula nak buat macam mana nak rasa keseronokan yang sebenar, so.. peringatan untuk diri aku sendiri, mulakan dari sekarang lieza!!!!! jangan banyak sangat membangau! kursus dah pergi, barang dah ada, apa lagi kau nak???? wakakakkaka... 






psttt,,, nanti bila dah siap aku tunjuk kat korang hasil yang aku dah buat okey tak?? jom sapa nak share dengan aku... silakan... ahaksss
 arghhhh baru ni ada p wat shooting amik baju pengantin satu butik nih.. malu la nak tunjuk,,, nanti dah ready aku menunjuk yer... wakakakakka... doa kan aku keyh..




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

CPUV & CPC KeMpEn || IkLaN DaRi NuffNaNg

hokey, sila mengerti entri ini dikarang sewaktu hati sedang membakar kepanasan. 

sebelum aku lebih melalut lagi aku nak kongsi sikit berita gembira ngan bloggers sekalian, entri ini hanya untuk mereka yang menjadikan belog sebagai pendapatan sampingan di samping melampiaskan nafsu anda untuk menulis, wahhh bahasa aku!!!! erkkkk. so pada sesiapa yang tak ada hati pun nak jana pendapatan dengan berbelog, sila baca sahaja entri ini, yang mana yang baik sila jadikan amalan, yang tak baik sila buang jauh-jauh! Arasso??  ( hah sudah.. korea pulak ) kenapa dengan kau hari ni lieza oi... grrrrrrrr

tadaaa... berita baiknya.

 sila klik gambar, supaya korang tak perlu la sampai nak hantuk kepala kat skrin untuk tgk detail dalam gambar tuh...


hehehehhe... nampak tak kotak-kotak tu. ha... ade kempen CPUV baru, dan masih on going.. seronok tak terkira la wehhhhh.. tak sabar nak jadi macam budak kecik tuh. and, nak capai mimpi-mimpi yang aku cerita hari tu. hahahahha.. serius, aku memang nakkk okey, kalau tidak aku tidak berusaha untuk update belog, cari bahan, walaupun tidak sampai menyusahkan diri. sebab aku dah cakap  aku berbelog awalnya hanya kerana orang ada belog, dan aku memang suka menulis, tapi dah lama aku tengok ramai je jadikan blogging ni sebagai pendapatan sampingan, jadi apa salahnya aku cuba! kan kan kan? bukan susah pun. tak payah bayar pape, tapi boleh dapat duit. sapa tak nak? aku nakkkkkk... hahahhahaha

jadi please jangan ada pulak yang cakap, ala,,, jangan harap sangat la duit nuffang tu, berblog la secara ikhlas la, bla bla bla, yang mana kata-kata mereka ini meruntuhkan semangat ramai bloggers di luar sana yang nak jana pendapatan mereka. ( mood marah sudah masuk ) serius, kalau korang rasa korang jadikan blog tempat korang kongsi peribadi korang dengan orang ramai, terserah! aku tak marah, kalau korang nak jadikan blog sebagai pendapatan koang pun aku tak  marah! tapi tolong jangan jatuhkan semangat orang lain hanya kerana minat korang yang berbeza, ade je aku tengok, konon tak harapkan duit nuffnag tapi iklan nuffnag tepek merata kat belog depa, ape tu? kalau tak nak tak yah la letak kan? hipokrit! sorry to say, hari ni entah mengapa ayat sedikit pedas panas dan menyentap. adoyaiiiiiii

betul, kite berblog memang la kena ikhlas, tapi kalau dah mende tu boleh jadi pendapatan yang lumayan apa salahnya cuba kan? ramai je aku tgk blogger yang bagi tips dan cadangan atau nasihat atau perangsang yang baik, kan ke bagus begitu? seronok jeeee mata membaca.. lalallala~~~ seronok kan? ada orang support apa yang kita buat? kot ye pun kita buat mende yang salah, jangan la terus hentam saja. nasihat la cara yang lebih baik, kalau tak pandai nasihat, baik diam. kikikikikikiki

okey,, mood sedih pulak,, huhuhuhuhh



 CPC)cost per clik campaigns
These are earnings from banner ad campaigns according to the number of clicks the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.


cuba tengok gambar tu. ade tak sapa-sapa boleh terangkan, kenapa masih di situ dan belum di masukkan ke dalam amaun akaun nuffnag, hari tu penah tanya budak kecik, dia cakap sepatutnya setiap hujung bulan memang akan di kira dan di jumlah ke dalam amaun akaun kita? tapi aku punya sejak 2012 masih di senaraikan di situ.. hohohoh. dah puas tanya pihak nuffnag, tapi aku tak faham dengan jawapan yang diberikan atau depa yang tak paham-paham dengan soalan yang aku tanya berkali-kali,, sedihhhh dan sadiss wooooo... 

paling sedih, budak kecik cakap satu kempen biasa boleh dalam banyakkkkkkk,, tp biasa nuffnag akan hantar email la, tapi kes aku kat tab earning tu memang ada, email tak pernah dapat. so aku nak tanyala ade sape2 yang boleh bagi pencerahan? wakakakkaka... 







pssstt... kalau ada sapa-sapa sentap dengan ayat entri kali ini, sory yer??? tapi betul apa aku cakap, especially pasal mengharap duit nuffnag tu.. wakakkakaka.. kalau kita usaha, tak kan la kita tak berharap apa-apa kan? at least kita sabar dan terus berusaha, itu yang penting, itu pandangan aku la, kalau dapat aku jugak yang senang, kalau tak dapat, aku tak rugi apa-apa pun.... masa tu baru lah boleh cakap, apa kata jadikan belog ni sebagai tempat melampiaskan nafsu menulis aje.. wakakakkaka.. peace!!!!



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

TaRiKh SeBeNaR PRU 13

oooo... panas panas, entri kali ini sedikit panas, bukan panas apa, panas sebab kalau korang baca akbar sekarang memang seringkali kepanasan, aku dah lama tak menikmati membaca akhbar tempatan, luar negara jauh sekali, selalu aku hanya mendapatkan berita berita terbaru dari belog atau pun internet yang ada, dan aku rasa ia lebih telus, bukan aku sorang yang berpendapat begitu.

aku rasa entri kali ini lebih berani, bukan apa, hari demi hari aku rasa makin takut dengan perkembangan dunia sekeliling yang semakin tak tahu apa, yang mana  betul, yang mana salah, yang mana kita patut percaya, yang mana kita patut siasat dengan dalamnya. hohoho,, berat berat berat sungguh tanggungjawab ynag dipikul kita. aku percaya kehidupan kita ini adalah pilihan kita, kita yang memilih untuk jadi bagaimana. sekadar berserah tanpa usaha tidak akan kemana, jadi apa rancangan kita? lebih tepat lagi apa rancangan aku??? wakakakkakak.. aku sendiri masih lagi tercari-cari. bukan senang nak buat keputusan untuk menjamin masa depan yang baik, tapi aku percaya, aku hanya mampu merancang dan berusaha, tapi ALLAH yang lebih hebat merencana. semua ketentuanNya.

sape tahu tarikh sebenar PRU 13? itu je yang aku nak tahu sebenarnya, bukan apa pun, heheheh 
aku bukan nak berpolitik kat sini, apetah lagi memprovok atau menghasut
kita diberi akal yang sempurna, kita berhak memilih, dan kita harus menilai sebaik-baiknya.
lepas satu satu isu timbul, semuanya perlu di nilai dengan sebaik mungkin.

adehhh serius pulak entri kali ni.
memang kena serius weh... ini melibatkan masa depan kita, masa depan anak cucu kita!!
wahhh macam YB dah aku nih.. kekekekekek

dah la, aku sendiri naik muak dengan entri aku kali ini,
jangan sampai korang muak baca blog aku suda...
hari saja nak meluahkan apa yang terbuku di hati,
nak luahkan banyak lagi sebenarnya, tapi tak mengapalah, medium ini ku rasakan tidak berapa sesuia, bukan semua orang boleh menaakul penulisan dengan baik,
dan yang penting bukan semua orang boleh menulis dengan baik tanpa disalah tafsir oleh segelintir pembaca,
kang tak pasal-pasal aku kene saman bagai kalau salah cakap.. 
tak sanggup den, 
duit nuffnag pun tak masuk-masuk lagi nih..
wakakakkakak....
sabor je lah!!!!



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

222 | My FoLLoWeR

wakakakka.. agak lama menyepi, hanya sekadar memerhati, dan berjalan di alam maya merentasi belog ke belog,, cewahhhh ayat,, puitis bagai! lalalalla~~~~

okeh, entri hari ini, terkejut tengok jumlah folower yang saban hari meningkat dan meningkat lagi, terima kasih kepada yang sudi untuk menjadikan belog wakakkaka ini sebagai belog yang kamooo semua ikuti saban hari, ahaksss... 

oh yeahhh.. hari ni jumlah follower bertambah kepada 222, angka yang cantik kan? i like gitu, 222 adalah nombor yang sangat sinonim dalam kehidupan aku.. hehehehhe.. aku memang suka angka 222, kebanyakan kata kunci aku juga berangka 222. heheheh pendek kata entri hari ni memang untuk angka 222 lah.. kikikikih.. 

okeh sempena angka 222 ni aku nak buat spesial sket entri kepada follower yang bertuah, apabila menjadi follower yang 222, ( 222 lagik... wakakka )


okeh, jangan jeles ye orang lain, bukan tak berterima kasih, tapi sebab angka 222 ini sangat bermakna pada aku.. hehehehhe,, jadi ini lah dia blogger yang comel yang telah menjadi follower aku yang ke 222. hadiahnya??? hahahhaha.. hadiahnya aku tepek la blog dia kat sini, so korang jangan segan-segan silu untuk terjah belog beliau, jangan lupa tinggalkan komen, dan selalu-selalulah jenguk sambil klik iklan yang ada, kasi up trafik dia sket... hehehehhehe boleh gitu??? boleh kan??? hik hik hik...



na,, inilah dia belognya. heheeh walaupun followers dia lebih ramai dari aku. tapi aku tetap nak tambah angka kat follower dia tu, hehehhehe.. orang kata makin ramai follower makin populor belognya.. betul ke tidak aku sendiri tak pasti. yang pastinya beliau merupakan follower yang ke 222 belog aku..

okeh,, sebelum korang naik muak dengan entri aku kali yang dari tadi asyik tulis 222, baik aku belah dulu,, cau cin cau... tunggu next entri keyh.. bubbui... 



psssttt... 2 ke 3 minggu ni busy semedang aje... baru-baru ni duk giler pilih buku, nanti aku citer kemudian, banyak giler novel yang perlu mendapat belaian manja dari aku.. lalalallala~~~~ memang mood gile novel dah datang, itu belum lagi KLBF nanti.. tak sabar rasanya. Moodtamakmeraja~~~
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MaNFaAt Surah AL- KaHFi

dihari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari


Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

 Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]



pssstt ...jom!! sama-sama kita muhasabah diri










kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

BuDaYa OrAnG KeLaNtaN | Trip To Gua Musang



Cuti Tahun baru CIna baru baru ni juga aku dan family berjalan ke kelantan, bermalam di Kota Baru kemudian ke Gua musang. teruja sungguh rasa hati apabila di ajak ke sana, maklumlah seingat aku dah lebih 15 tahun kot tak kesana, ingat-ingat lupa dah waktu kecik dulu pernah ikut rombongan jiran hantar pengantin juga ke sana, tapi masa tu ke rantau panjang.


ermm.. aku tertarik dengan budaya orang kelantan, walaupun aku ramai kawan dikalangan orang kelantan tapi aku tak pernah tahu yang budaya mereka agak jauh beza dengan aku yang asal dari ganu, tapi menetap di kuantan. terengganu dan pahang ada banyak persamaan dari perbezaan. tapi aku cerita lain kali, sekarang ni fokus aku nak cerita padal budaya mek klate. tujuan trip kali ni pun nak merisik untuk ahli keluarga aku juga, terasa macam dah tua pula. kikikik,, kene belajar dari sekarang, tak mustahil nanti anak aku ke adik aku ke perlukan aku untuk majlis mereka nanti.

first of all, perjalanan ke sana memang la sangat memakan masa dan tenaga, tambah pula disepanjang jalan memang asik hujan melata. huhuhu memang tak seronok masa dalam kete, so aku ambil peluang untuk tidur saja sepanjang perjalanan. hihihi..

Bila sampai ke kota baru kami singgah di rumah saudara, menariknya kami dihidangkan makanan, bukan dihidangkan makanan yang menarik sangat tu, kalau pergi mana-mana rumah orang pun mereka akan hidangkan makanan untuk tetamu mereka kan. jadi apa yang menariknya? ha,,, menu dia,, singgang daging. korang tau ke apa tu singgang daging? aku,, singgang ikan aku tau, sebab tempat asal aku memang fofulor la dengan singgang minggang ini. wakakakkaka...


singgang daging
beginilah lebih kurang rupa yang dihidangkan hari tu, aku terlupa nak snap gambar sebenar, sebab lapar sangat, kikikiki,, tapi rasa dia memang best giler. kalau ikutkan abah aku pernah je buat menu ni. dia pun cakap ini memang orang kelantan suka buat. tapi tak sesedap yang kelantan made la. hihihi...  jangan tak percaya, esoknya pun waktu merisik, dihidangkan juga menu ini.. wauuuu.. memang superb la rasa dia, teringin jugak nak minta resepi, tapi maluuuuuu.. huhuhuhuu.. kalau korang nak try sila tanya pak cik gugle ye... bukan susah pun sekarang ni, tapi aku tak jamin la sesedap yang aku makan made ini kelantan. ahakssss...

kedua, aku perasan yang budaya merisik mereka sangat simple, berbanding dengan budaya pahang dan terengganu yang pernah aku tau, maklum yer, keluarga sebelah aku memang kebanyakan dari ganu dan pahang, so banyak dah majlis yang aku pergi budaya mereka lebih kurang sama. tapi baru-baru ni aku memang sedikit terkejut, sampaikan datang mak saudara aku ni, kemudian berbisik, '' senangnya anok dara sini.. bisik-bisik sikit doh buleh jadi menantu orang. '' spontan aku tergelak sendiri.. memang betul, tak susah, simple sangat. tak perlu majlis besar bagai, hantaran berdulang-dulang, cincin gelang bagai.  pada aku ini lebih afdal, sekadar berkunjung, bertanya, dan bermesyuarat, kemudian tetapkan apa yang patut.


sebelah kiri pihak dari pihak lelaki, kanan dari pihak perempuan ( kelantan )



tengok.. bukti, inipun di hadiahkan sebab rasa macam tak sedap hati pulak datang dengan tangan kosong. tapi aku dengar ada saudara yang di panggil mak ngah memang cerita pada kami, katanya memang budaya kat sini, kalau nak senang memang betul-betul dapat senang, tapi kalau nak hak susah, kena sanggup tanggung la jawabnya, aku memang tak faham mulanya. tapi bila mak ngah bercerita barulah aku betul-betul faham. banyangkan kalau betul betul mengikut adat, untuk merisik atau meminang, berdulang-dulanglah hantaran yang perlu di hantar, yang secara tak langsungnya memang lebih kurang sama saja dengan budaya di pahang dan terengganu. hohohoho...  moral of this story, aku rasa kita tak perli terlalu terikut kepada adat, kerana ada kalanya adat mungkin akan merumitkan situasi kita, bergantung kepada keadaan masa dan tempat dan kemampuan kita, apa yang penting ikut landasan agama. itu yang paling berkat sekali. tapi yang aku perasan ramai lebih penting kan adat dari agama. mungkin itu yang menyebabkan satu majlis mungkin menjadi rumit untuk diadakan.


so pada korang yang masih mencari dan tengah mencari jadikan agama sebagai rujukan utama dalam hidup korang yer,, aku dah lepas, tapi mungkin ini boleh menjadi panduan untuk anak atau adik-adik aku yang belum lagi melepasi fasa yang kita bincangkan kali ini. 






psttt... doa doa lah dapat cari jodoh dengan orang yang dekat dekat aje.. hik hik hik.. peringatan untuk ahli keluarga terdekat aku.. llalallalal~~~~~






kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails