Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

SeTiA HuJuNg NyAwA | Slot Akasia TV3

ehemmmm....korang mesti ramai yang dah tau pasal citer yang bakal aku citer ni kannn????


                                 amar asyraf dan nelydia senrose..kedua-dua ni mmg sangat cute!! ^_^
skang ni tengah meletop citer yang tengah tayang kat slot Akasia di tv3 tu...
SETIA HUJUNG NYAWA.....merupakan adaptasi dari novel yg juga bertajuk
 SETIA HUJUNG NYAWA karya Fatin Nabila



Sinopsisnya: Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina???
babak yang dilakonkan sangat cute dan nampak bersahaja...bila tgk je citer ni mesti tergelak je dpn tv...yang aku terkejut tu ayah ngan mak aku pn boleh join same suke tgk citer...walhal kalau ikutkan citer ni bukan taste org tua...wakakakakaaka pape pn kirenye diorg dh berjaya menarik minat semua org tak kira usia la...
aku rase entry kali ni mcm panjang je...nah,korang layan jela tgk gambar diorg ni....
(zain hakimi & ersalina)

telatah mereka yang comel dan manja...wakakakaka


wakakakkaka.. memang comel, Zain Hakimi aka Lee Min Ho Malaysia?? lalallala~~~ 
aku tak kata yer??? hahahaha





kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

7 comments:

  1. haah..best criter nie...!!! kite suke!!! en somi pun lagiii suke...tp yg tensen nyer ngan en somi..asyik duk sebut ersalina..ersalina..daaa berkenan ngan ersalina..hhohohoh..2 3 kali diulangnyer criter sama..huhh

    ReplyDelete
  2. hohoho... kalau dah dia kenan kat ersalina cuba mama ila wat gaya ersalina pulak... wakakkaka... macam zain tiru gaya lee min ho? kikikiki

    ReplyDelete
  3. beh2....den pun terjebak tgk citer nih.like sekali.

    ReplyDelete
  4. bro nizam memang r,, citer korea pun layannn kan???


    nurul Faiz, memang comel, makin comel.. hik hik hik

    ReplyDelete
  5. mmg best dte ni..sweet gi tu..pelakon pun cml n ensem..he

    ReplyDelete
  6. jatuh cinta juga bila tgk citer ni..best ! :)

    ReplyDelete

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails