Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

BuDaYa OrAnG KeLaNtaN | Trip To Gua Musang



Cuti Tahun baru CIna baru baru ni juga aku dan family berjalan ke kelantan, bermalam di Kota Baru kemudian ke Gua musang. teruja sungguh rasa hati apabila di ajak ke sana, maklumlah seingat aku dah lebih 15 tahun kot tak kesana, ingat-ingat lupa dah waktu kecik dulu pernah ikut rombongan jiran hantar pengantin juga ke sana, tapi masa tu ke rantau panjang.


ermm.. aku tertarik dengan budaya orang kelantan, walaupun aku ramai kawan dikalangan orang kelantan tapi aku tak pernah tahu yang budaya mereka agak jauh beza dengan aku yang asal dari ganu, tapi menetap di kuantan. terengganu dan pahang ada banyak persamaan dari perbezaan. tapi aku cerita lain kali, sekarang ni fokus aku nak cerita padal budaya mek klate. tujuan trip kali ni pun nak merisik untuk ahli keluarga aku juga, terasa macam dah tua pula. kikikik,, kene belajar dari sekarang, tak mustahil nanti anak aku ke adik aku ke perlukan aku untuk majlis mereka nanti.

first of all, perjalanan ke sana memang la sangat memakan masa dan tenaga, tambah pula disepanjang jalan memang asik hujan melata. huhuhu memang tak seronok masa dalam kete, so aku ambil peluang untuk tidur saja sepanjang perjalanan. hihihi..

Bila sampai ke kota baru kami singgah di rumah saudara, menariknya kami dihidangkan makanan, bukan dihidangkan makanan yang menarik sangat tu, kalau pergi mana-mana rumah orang pun mereka akan hidangkan makanan untuk tetamu mereka kan. jadi apa yang menariknya? ha,,, menu dia,, singgang daging. korang tau ke apa tu singgang daging? aku,, singgang ikan aku tau, sebab tempat asal aku memang fofulor la dengan singgang minggang ini. wakakakkaka...


singgang daging
beginilah lebih kurang rupa yang dihidangkan hari tu, aku terlupa nak snap gambar sebenar, sebab lapar sangat, kikikiki,, tapi rasa dia memang best giler. kalau ikutkan abah aku pernah je buat menu ni. dia pun cakap ini memang orang kelantan suka buat. tapi tak sesedap yang kelantan made la. hihihi...  jangan tak percaya, esoknya pun waktu merisik, dihidangkan juga menu ini.. wauuuu.. memang superb la rasa dia, teringin jugak nak minta resepi, tapi maluuuuuu.. huhuhuhuu.. kalau korang nak try sila tanya pak cik gugle ye... bukan susah pun sekarang ni, tapi aku tak jamin la sesedap yang aku makan made ini kelantan. ahakssss...

kedua, aku perasan yang budaya merisik mereka sangat simple, berbanding dengan budaya pahang dan terengganu yang pernah aku tau, maklum yer, keluarga sebelah aku memang kebanyakan dari ganu dan pahang, so banyak dah majlis yang aku pergi budaya mereka lebih kurang sama. tapi baru-baru ni aku memang sedikit terkejut, sampaikan datang mak saudara aku ni, kemudian berbisik, '' senangnya anok dara sini.. bisik-bisik sikit doh buleh jadi menantu orang. '' spontan aku tergelak sendiri.. memang betul, tak susah, simple sangat. tak perlu majlis besar bagai, hantaran berdulang-dulang, cincin gelang bagai.  pada aku ini lebih afdal, sekadar berkunjung, bertanya, dan bermesyuarat, kemudian tetapkan apa yang patut.


sebelah kiri pihak dari pihak lelaki, kanan dari pihak perempuan ( kelantan )



tengok.. bukti, inipun di hadiahkan sebab rasa macam tak sedap hati pulak datang dengan tangan kosong. tapi aku dengar ada saudara yang di panggil mak ngah memang cerita pada kami, katanya memang budaya kat sini, kalau nak senang memang betul-betul dapat senang, tapi kalau nak hak susah, kena sanggup tanggung la jawabnya, aku memang tak faham mulanya. tapi bila mak ngah bercerita barulah aku betul-betul faham. banyangkan kalau betul betul mengikut adat, untuk merisik atau meminang, berdulang-dulanglah hantaran yang perlu di hantar, yang secara tak langsungnya memang lebih kurang sama saja dengan budaya di pahang dan terengganu. hohohoho...  moral of this story, aku rasa kita tak perli terlalu terikut kepada adat, kerana ada kalanya adat mungkin akan merumitkan situasi kita, bergantung kepada keadaan masa dan tempat dan kemampuan kita, apa yang penting ikut landasan agama. itu yang paling berkat sekali. tapi yang aku perasan ramai lebih penting kan adat dari agama. mungkin itu yang menyebabkan satu majlis mungkin menjadi rumit untuk diadakan.


so pada korang yang masih mencari dan tengah mencari jadikan agama sebagai rujukan utama dalam hidup korang yer,, aku dah lepas, tapi mungkin ini boleh menjadi panduan untuk anak atau adik-adik aku yang belum lagi melepasi fasa yang kita bincangkan kali ini. 






psttt... doa doa lah dapat cari jodoh dengan orang yang dekat dekat aje.. hik hik hik.. peringatan untuk ahli keluarga terdekat aku.. llalallalal~~~~~






kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

RaPiD KuANtaN To TeLuK CeMpEdAk




ini masa dalam bus Rapid, teringin sangat nak naik bus
Minggu lepas sengaja aku dan incek Hubby amik cuti sempena nak nak tunaikan janji yang ditabur selama ini kepada budak ini, haaa.. bukan la besar sangat janji tu, ( janji nak naik bus g jalan-jalan, sudahnya aku yang kepeningan naik bus tuh,) tapi kalau dah namanya janji memang la kena tepati, nak nak dengan budak bertuah nama shaakir ni, budak ni kalau dah janji memang dia tuntut la, so tak nak memperlekehkan dia kami pun bersepakat untuk ambil cuti, lagipun aku rasa lately memang penat sangat kehidupan aku, asik berkejar ke opis, balik rumah, tidur, aku rasa kosongggg je. hehehehhehe tengah duk belajar nak bahagikan masa dengan lebih baik,. almaklumlah, semua mende nak buat dalam satu masa.. tamakhalobasangatttt.. kikiki



memang puas hati sebab dapat makan ayam goreng macam ipin.
Kami naik bus ping.. ( shaakir panggil Rapid sebagai pingg.. aku pun tak pasti kenapa, mungkin bus itu berwarna Pink? atau memang dia tak pandai nak sebut rapid, puas aku ajar, tapi,, dengan selamba dia sebut Pingggg... okey... biarkan saja dulu. ) Turun je bus aku rasa macam terhuyung hayang dah.. adehhhh tak kan mabuk kot? tapi memang tak selesa lah! penjalanan tak de la makan masa sangat. tapi yang paling tak disangka, shaakir awal-awal lagi dah tunjuk gambar pak cik jual ayam goreng. tak sangka betul dia ingat kami dah janji nak bawak dia makan KFC. hokey, memang tak dapat la nak g jalan-jalan tengok barang dulu. layan je la janji dia dulu.. lalalalla~~~~


selingan,, tak tau pun Teluk cempedak dah ada kedai nih.




 dah selesai makan, bawak la dia jalan-jalan kejap, orang memang ramai la, mungkin bawa keluarga santai santai di malam yang agak indah la.. walaupun angin kuat, tapi nampak meriah seronok dan berhibur la kot?








hurmmm,, suka sangat la kalau dibiarkan lepas, kawasan luas memang jadi pilihan, budak memang suka berlari kejar kejaran. seronok jugak sekali sekala bawak ke sini, boleh la bagi dia peluang nak buat apa yang dia suka, aku pun kene sedar, sekali sekali kena juga ambil masa untuk bawa keluar budak ni, jangan asik memerap aje dalam rumah.. walau aku ok, tapi tak semestinya anak aku okey.. kan kan kan?


Naik bas rapid tu Free aje, walaupun diberi tiket berharga RM 2.00 tapi itu untuk diorang punya statistik saja, pada aku Rapid Kuantan ni memang satu kemudahan yang sangat bagus la, mungkin kalau penggunaan meluas dapat mengurangkan kesesakan jalan raya kat kuantan nih. mungkin apa yang boleh mereka tambah baik ialah dari segi komunikasi pemandu dan pelanggan. owhhhhh.... customer services kurang memuaskan. 




psst... rasanya mungkin tak nak naik dah kot lepas nih, mabuk kot? wakakakka











kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

CeRiTa HaRi LaHiR | BuKan CeRiTa BiaSa




ehem.ehem... nak menaip pun kena betulkan anak tekak dulu... baiklah, salam buat semua pembaca, sila tengok gambar di atas puas puas yer, bukan senang tuan blog nak expose diri. wakakakka,,, aku pun tak tahu mengapa tetiba rasa nak expose diri sendiri. kalau selama berbelog ni jangan harap la nak tunjuk muka sendiri. hahahah.. i memang pemalutakhingat.. okey? jangan marah, atau rasa nak muntah pulakkkk...

sedar sedar diri aku ni dah genap 27 tahun, bila tersedar baru perasan yang 3 tahun je lagi dah masuk 3 series, kalau BMW tu mahal giler la kot? sekarang ni pun dah bape siries dah... hahahah ade pulak nak samakan dengan BMW pulak.. lalalalal~~~~ dan yang paling aku baru sedari ialah bila aku baru perasan rupanya banyak nikmat yang ALLAH kurniakan kepada aku selama ini, cuma aku je yang tak perasan nikmat yang DIA kurniakan disekeliling ini. maklumlah kurang bersyukur gamaknya. tapi alhamdulillah, berkat pergi kurus baru baru ni. syukur sangat bila dah mula tersedar, dan aku memang harap aku akan mejadi manusia yang sentiasa bersyukur ke atas nikmat yang diberi. 

dah.. cukup-cukup la emo, dalam nak berhoya-hoya kena jugak Emo aka sedar diri. hokey ye teman-teman, aku saja je nak up gambar lama, PENEGASAN gambar lama okey? sukahati penerimaan korang la macam mana bila tengok gambar ni.

untuk gambar yang baju oren tu, gambar tu adalah gambar mula-mula aku create belog wakakkaka ni dan dijadikan sebagai profile pic aku, dan kalau nak tahu sampai sekarang pun gambar ini masih melekat di situ, kalau tak caya g check profile picture sekarang!! ahaks.. gambar ni memang banyak kenangan untuk aku. Tengok aje gambar ni boleh undang nostalgia lama gitu... apa dia??? heheheh biarlah rahsia.. lalalaal~~~~

baik. gambar yang kedua pulak. gambar ni kalau tak silap sekitar feb 2011, masa ni kene prank dengan opismate, kalau tak silap aku, tahun ni la last aku sambut secara gila-gila. seronok memang seronok, tapi bila pikir balik membazir pulak tepung dan telur yang digunakan untuk itu. hurmmmm jadinya, itu lah last and the first,,, tapi bukan bermakna aku mintak untuk diprank ye kawan-kawan sekalian. macam mana aku sambut sepanjang 2 tahun selepas itu?? hurmmm... sambut dengan family terdekat saja.. dan iringan ucapan dan doa dari rakan-rakan opis serta FAcebook.. untung ada Facebook,, ramai yang ucap dan mendoakan kesejahteraan aku, walaupun aku bukan dalam kategori ramai fren. hihiiihihi,,, itupun dah cukup bermakna buat aku. kalau nak tengok lagi gambar menarik lain boleh baca kat sini



Ya allah, kau jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik mengikut jalan yang KAU redhai.


kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

TrAiNiNg with BeAuTiFul CrEaTuReS

hola....
adeh.. lama jugak bercuti nih, balik kampung jauh, wakakka.. nak kata berjalan pun idok,,, jauh perjalanan tak bapa nak luas pemandangan, apa ke tidak,, asik pemandangan dari dalam kete aje. lalalala~~~ tak per,, trip kali ni tak ada nak cerita tak sempat nak buat apa.. yang membuatkan aku tak marah sebab nanti janji nak pergi lagi.. isnyallah.. wakakakka.. 

hahahah kalau ikutkan hari ni kene kerja, tapi sebab dah seminggu bercuti sempena tahun baru cina, owhhh lupa pulak nak wish.. selamat tahun baru cina kepada semua yang berbangsa tiong hua. nak wish kat kawan cina, semuanya dah keluar negara,, lalalal~~~ lost contact. ermmm... sambung balik berbalik kepada tajuk asal, hahahha.. hari ni tak kerja lagi,, masuk2 opis kene p training untuk 4 hari.. wohohoho... aku memang liat nak p traning and course bagai,, baik aku lepak opis wat keje sambil layan belog, muvie, video, plus Fb bagai, kikikiki,, tapi nak buat macam mana memang compulsory kot untuk attend training nih.. so,, layan je la...

bila dah masuk ni memang nak kata tau semua tu idak la.. nak kata tak paham tu tak jugak. aku tak la bengap sangat... cuma mungkin a litle bit borink... wakakakka.. disebabkan training ini ada kaitan dengan internet bagai jadi  mudah la aku nak akses semua kat sini.. lalalala~~~ memangtakpatutsungguh... mana yang patut aku alert aku bagi perhatian la.. mana yang aku rasa tak penting aku dengar hujung-hujung telinga jer.. kikikiki..

tengah dok layan training sambil belogwalking,, ternampak la iklan muvie terbaru yang bertajuk beautiful creatures ni, tengok tajuk pun dah macam...
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

EnDiNg SeTiA HuJuNg NyaWa | Moral di sebalik cerita

waawaaaa.. mesti korang sedih kan? tak pun ada yang gembira, sebab semalan dah tau ending cerita sensasi 2013, aku tau yang sedih tu sebab dah tak boley tatap si zain min Ho tu lagi kan? kalau gembira tu mesti sebab ending dia happy kan? alah, korang ni jangan pelik la, mana ada penerbit nak buat sad ending, ada ker? kalau ada maunya kena bakar tv tuh. tak pun rating dia jatuh. wakakkaka.. melalut dah aku nih.. pape pun semalam aku tengok ending citer tu, walaupun sedikit berbeza dengan novel asal, tapi aku rasa  masih berpuas hati dengan apa yang penerbit nak tunjukkan.

Paling tak tahan ending dia masa si Zain nak bawal El honeymoon  ke Maldive la kononya, at last, El dah terpukau dengan keadaan rumah yang dihiasi dengan poster hero pujaan dia, Lee Min Ho tu la, wahhh.. aku terjerit sakan semalam,. bukan sebab excited, tapi tetibe rasa sakit hati pulak.. jeles kot?? wakakakakka.. tapi memang sporting habis la si Zain tu, dan part paling cute lagi bila si Zain tu duduk diantara gambar Lee min ho, serius, sekali tengok mereka memang ada iras,, tapi sekali tengok je la hokey.. ayattakmahungaku!!! lalalalal~~~~

TAPI yang paling TAK SEDAP ialah,
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

FeSyEn TeRbArU 2013 | CoLoUr BLoCkiNg

wooooo.. lieza nak cakap pasal fesyen pulak... Helloooooo ada bakat ker? lalalalal~~~~ arghhhh tak kisah la, paling penting sejak akhir-akhir ni aku selalu perasan ramai remaja-remaja kat mesia ni dah semakin terpengaruh dengan fesyen pop colour atau lebih dikenali dengan ' colour blocking' ala... yang jenis pakai suor hijo baju merah, suor kuning baju biru tu la... wakakakkaka... mula-mula nampak pelik tau. macam alien je,,, kikikiki... tapi bila dah makin lama aku tengok berpeleseran kat mana-mana nampak okey la la pulak, nak nak sekarang ni style muslimah pun dah ada tau. hehehehhe.. sebenarnya aku pun teringin jugak nak try.. lalalalal~~~ tibe-tibe rasanaktamparmukesendri...

  Na,,,, memang block habis.. kalau dulu sapa pakai macam ni maunye berbakul-bakul kene kutuk, mau tak keluar rumah sebulan.. wakakakaka... tapi serius, sekarang memang nampak up to date, sweet lagi, nak nak kalau yang pakai tu hero korea pujaan hati gadis malaya... cehhhhhh tolonglahhhhhh lieza oiiiiii wakakakakka

 
 hohoho... ini pulak koleksi pakaian 2013, memang tema colour blocking, nampak sweet, tapi ada ke lelaki kat mesia ni berani g pejabat pakai macam ni, aku rasa kalau bos nampak mau nyer berpinar biji mata, tak pasal-pasal kene halau balik... haruuuuuu beb!


 
 okey,,, yang ni aku rasa macam pelik sket,, walaupun kalau bayangkan lee min Ho pakai mesti hensem giler... aku rasa style ini agak memang tak sesuai dengan cuaca dan persekitaran kita di malaysia. owhhhh.. terukbetulakunih!! incek hubby mesti mengamuk sakan kalau aku syorkan dia pakai macam nih.. lalalallala~~~~

 
 

Na,,, ini baru sesuai,,, op kos la,, si cantik manis Hana Tajima ni memang terkenal sebagai Ikon fesyen yang pelik tapi menarik lagi sopan. swett kan? hijau dan merah. owhhhhh tak dapat di bayangkan kalau aku yang pakai,, mesti pelik giler, tapi orang kata warna kulit tak menjadi masalah selagi kita pandai menyesuaikan padanan warna yang sesuai dengan kulit dan usia kita, nanti aku try godek tips2 dia.




 See???? sapa kata perempuan bertudung tak boleh bergaya, cantik comel, dan sopan kan? walaupun pada mata aku masih tak cukup syarat, tapi kita boleh ubah ikut citarasa kita sendiri kan? colour blocking habis, memang cantik sangat, 

 ermmmm... sebenarnya, aku teringin nak ada koleksi macam ni. Incek Hubby???? wink wink wink?? kasi waktu hadiah bufday, plus, ann. plus bufday anak sekali,,, boleh??? wakkakakak... sungguh teringin nak berfesyen,, selok tak kador ke diri.. 

Errr,,, aku rasa tak mungkin akan ku pakai, memang tak sesuai, walaupun sangat cantik... 


 

 Aku rasa mereka cantik, sungguh realistik dan sesuai sekali. korang boleh lawat belog mereka kat sini. gambar ni pun aku main hambik aje.. huhuhuhu.. ampunnn jangan saman saya... hua hua hua...



psssstt.. nanti aku godek ngan pak cik goole macam mana tips untuk feseyn begini yer.. korang pun jangan lupa la bagi pandangan korang kat komen di bawah ni... yer yer yer???
wakakkakaka...



 

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi PaSaL SeTiA HuJuNg NyAwA vs SeHaNgaT AsMaRa

wakakakkaka... minggu ni dah minggu akhir citer ni kan? hoooo. tak sabar nak tengok ending dia, nak tengok sama ke tak dengan novel. hahahhah aku memang macam ni, kalau tau sesuatu citer tu adaptasi dari novel, mesti sibuk cari novel tu, kalau tak baca lagi, kalau dah baca mula la nak banding-bandingkan jalan cerita novel dan drama. pas tu mula lah membebel-bebel depan tv, kalau jalan cerita dia tak sama dengan novel. wakakakak.. memangsahjenisgitu,,, wakakakakak

Sebenarnya, kalau kita tengok sekarang kan dah banyak drama yang diterbitkan adaptasi novel terkenal, aku rasa penerbit lebih bijak untuk mengambil perhatian penonton tempatan sekarang, di samping menaikkan rating tv mereka, penulis pun mungkin mendapat habuan juga, manakan tidak, sebagai contoh, setia hujung nyawa yang ditayangkan baru baru ni, selepas si ammar aka zain minho tu meletup kat Malaysia ni, automatik bukunya juga dicetak semula dan laris dipasaran, hurmmm beruntung si penulis novel, harap-harap berbaloi kali ni. karyanya diangkat menjadi drama, dan novel pun laris di pasaran walaupun buku tu rasanya dah lama ada kat pasaran.

hohoho... yang terbaru menggantikan drama ADAM DAN HAWA yang disiarkan di ASTRO HD ialah SEHANGAT ASMARA lakoran Adi PUTRA dan pelakon cantik manis RITA RUDAINI, walaupun dah senior, tapi aku rasa Rita sangat comel. serius aku tak sanggup nak langgan mustika HD yang beratus-ratus tu, tak pe lah sekadar tonton online atau donload di internet saja. tak kisah la lambat dari orang lain pun, janji aku dapat tengok jugak kan. lebih lebih lagi baru baru ni kontroversi kat  facebook, ramai yang marahkan pihak ASTRO sebab adam dan hawa akan diulang tayang di astro Prima, hangin betul mereka yang langgan mustika HD tuh,, hahahahha op kos la,, kalau aku pun hangin,, kalau tau macam tu baik tunggu je dia siar kat channel biasa kan?? itu kalau aku la.. korang aku tak tahu la, ada jenis orang yang memang nak up to date. wakakakakka... itu hak korang. lalalalla~~~~


pssttt... aku ni dah macam tak de idea je.. kenapa? huhuhuhhu... adehhh lemah badan, banyak menda nak kena buat akhir-akhir ni. semua menda nak kejar, aku takut ada yang tercicir nanti.. wakakakak.. korang doakan aku yer? aku masih menanti berita baik yang aku tunggu baru baru ni,, di bulan febuari yang indah ini.. lalalallala ~~~~`


kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MaCaM MaNa NaK RePly KoMeN KaT BeLoG KiTa | Threaded Comment at blogger

Ehem-ehem... nak tunjuk pandai sket kat korang, walaupun aku tahu nanti kena gelak je... wakakakka.. dah lama jugak aku cari cara macam mana nak reply komen kat belog aku ni macam reply komen kat FB, baru la nampak canggih sket kan? hahahahha.. nak taya kawan-kawan yang dah buat? Maluuuu,,, so godek-godek la sendiri!!! sebab tu orang cakap malu bertanya sesat jalan, tapi kalau tanya pun kadang2 orang tak sudi nak ajarkan. tak per, itu hak dia.. ramai lagi yang sudi share ilmu kan kan kan??? hik hik hik.. pesanan penaja, jangan lah kamu atau kita kedekut ILMU, lalalala~~~~ tak luak kalau di kongsi bersama.. na kannnn dah mula ceramah tak bertauliah haku... kikikikiki


okeh,, sekarang aku ajar korang macam mana yer,, tapi ini untuk yang tak tahu la, kalau yang dah tahu senyum je la,, tak pun mesti korang cakap, elleh... aku dah tahu.. kan kan kan??? opss... tak baik buruk sangka, tak pun korang mesti senyummm je baca entri ni kan???? wakakakakakak

cara-caranya :

bukak blog > DESIGN>SETTING>POST AND COMMENT>COMMENT LOCATION> tick EMBEDDED

cuba dulu, aku buat macam ni jugak.. alhamdulillah jadi. korang cuba pulak, kalau nak tutorial yang lebih detail boleh klik sini


pssttt... sila la berikan komen untuk tunjuk ajar ni.. mana la tau ilmu aku ni ilmu sesat ker? hahahhahaha... kalau berguna untuk korang sila la ajarkan pula pada teman-teman yang memerlukan.. ahaksss... 






kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

FeBuARi MuNcUL KeMbALi

wakakakakkaka,,, 

serius, hari ni rasa ntah pape je. tak tahu la sebab apa, pagi ni makan nasi lemak plus tosei kat mamak Taj, janganterkejutsangatlah , kalau orang tengok badan memang tak caya kot aku yang makan. hahahah.. ade aku kesah? time aku boleh makan ni la aku makan sungguh-sungguh, bukan selalu, serik jugak kalau dulu pernah sampai 6 bulan, makan je muntah, makan je muntah, even minum air pun keluar balik... ikutkan memang tak sanggup ingt masa tu, tp ada sebab mengapa begitu, dan hasilnya cukup membuatkan aku lupa kejadian begitu.. lalalalla~~~~

kalau nak ceritakan bulan febuari memang istimewa la.. nakbagitahubulankelahiranakujer... wakakakkak.. koyasungguhkaunilieza... hhahahhaha..
bulan ni pun ada sesuatu yang aku tunggu, tak sabar nak tengok hasilnya. insyallah dalam beberapa hari lagi aku khabarkan di sini, kalau berjaya memang gembira tak terkata,
kalau tak bejaya, maka usaha akan berlipat ganda lah jawabnya..
aku tak sesekali berputus asa..


hurmmm... 

tu je kot? nak update.. nak tulis entri lain pulak...

psstt... semalam tengok setia hujung nyawa,, kesian zain, koma, el pulak dah separuh gila, si hadi pulak tengah masuk jarum nak mengucar kacir kan kehidupan mereka..
ishhh,, yang paling menarik perhatian aku ialah,  bila Zain pakai seluar ketat wane putih masa datang rumah mama dia tu,,,, ohhhh.. aku rasa macam tak berapa sesuai sangat.. sebab nampak seksi.. wakakakakka... op kos la nampak nak meniru Lee min Ho kan? dah tentu zain min ho gelaran dia sekarang.. wakakakka.. tak caya? korang boleh tengok sini.. 

tapi yang cute pun ada jugak, kalau tengok adegan mesra mereka tu macam kekok pun ada, comel pun ade, korang mesti suka kan??? hehehhehe gandingan mereka tampak sesuai.. cuba tengok sini

kalau nak kenal lebih dekat siapa zain tu pun boleh klik kat sini pulak








kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails