Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

BuDaYa OrAnG KeLaNtaN | Trip To Gua Musang



Cuti Tahun baru CIna baru baru ni juga aku dan family berjalan ke kelantan, bermalam di Kota Baru kemudian ke Gua musang. teruja sungguh rasa hati apabila di ajak ke sana, maklumlah seingat aku dah lebih 15 tahun kot tak kesana, ingat-ingat lupa dah waktu kecik dulu pernah ikut rombongan jiran hantar pengantin juga ke sana, tapi masa tu ke rantau panjang.


ermm.. aku tertarik dengan budaya orang kelantan, walaupun aku ramai kawan dikalangan orang kelantan tapi aku tak pernah tahu yang budaya mereka agak jauh beza dengan aku yang asal dari ganu, tapi menetap di kuantan. terengganu dan pahang ada banyak persamaan dari perbezaan. tapi aku cerita lain kali, sekarang ni fokus aku nak cerita padal budaya mek klate. tujuan trip kali ni pun nak merisik untuk ahli keluarga aku juga, terasa macam dah tua pula. kikikik,, kene belajar dari sekarang, tak mustahil nanti anak aku ke adik aku ke perlukan aku untuk majlis mereka nanti.

first of all, perjalanan ke sana memang la sangat memakan masa dan tenaga, tambah pula disepanjang jalan memang asik hujan melata. huhuhu memang tak seronok masa dalam kete, so aku ambil peluang untuk tidur saja sepanjang perjalanan. hihihi..

Bila sampai ke kota baru kami singgah di rumah saudara, menariknya kami dihidangkan makanan, bukan dihidangkan makanan yang menarik sangat tu, kalau pergi mana-mana rumah orang pun mereka akan hidangkan makanan untuk tetamu mereka kan. jadi apa yang menariknya? ha,,, menu dia,, singgang daging. korang tau ke apa tu singgang daging? aku,, singgang ikan aku tau, sebab tempat asal aku memang fofulor la dengan singgang minggang ini. wakakakkaka...


singgang daging
beginilah lebih kurang rupa yang dihidangkan hari tu, aku terlupa nak snap gambar sebenar, sebab lapar sangat, kikikiki,, tapi rasa dia memang best giler. kalau ikutkan abah aku pernah je buat menu ni. dia pun cakap ini memang orang kelantan suka buat. tapi tak sesedap yang kelantan made la. hihihi...  jangan tak percaya, esoknya pun waktu merisik, dihidangkan juga menu ini.. wauuuu.. memang superb la rasa dia, teringin jugak nak minta resepi, tapi maluuuuuu.. huhuhuhuu.. kalau korang nak try sila tanya pak cik gugle ye... bukan susah pun sekarang ni, tapi aku tak jamin la sesedap yang aku makan made ini kelantan. ahakssss...

kedua, aku perasan yang budaya merisik mereka sangat simple, berbanding dengan budaya pahang dan terengganu yang pernah aku tau, maklum yer, keluarga sebelah aku memang kebanyakan dari ganu dan pahang, so banyak dah majlis yang aku pergi budaya mereka lebih kurang sama. tapi baru-baru ni aku memang sedikit terkejut, sampaikan datang mak saudara aku ni, kemudian berbisik, '' senangnya anok dara sini.. bisik-bisik sikit doh buleh jadi menantu orang. '' spontan aku tergelak sendiri.. memang betul, tak susah, simple sangat. tak perlu majlis besar bagai, hantaran berdulang-dulang, cincin gelang bagai.  pada aku ini lebih afdal, sekadar berkunjung, bertanya, dan bermesyuarat, kemudian tetapkan apa yang patut.


sebelah kiri pihak dari pihak lelaki, kanan dari pihak perempuan ( kelantan )



tengok.. bukti, inipun di hadiahkan sebab rasa macam tak sedap hati pulak datang dengan tangan kosong. tapi aku dengar ada saudara yang di panggil mak ngah memang cerita pada kami, katanya memang budaya kat sini, kalau nak senang memang betul-betul dapat senang, tapi kalau nak hak susah, kena sanggup tanggung la jawabnya, aku memang tak faham mulanya. tapi bila mak ngah bercerita barulah aku betul-betul faham. banyangkan kalau betul betul mengikut adat, untuk merisik atau meminang, berdulang-dulanglah hantaran yang perlu di hantar, yang secara tak langsungnya memang lebih kurang sama saja dengan budaya di pahang dan terengganu. hohohoho...  moral of this story, aku rasa kita tak perli terlalu terikut kepada adat, kerana ada kalanya adat mungkin akan merumitkan situasi kita, bergantung kepada keadaan masa dan tempat dan kemampuan kita, apa yang penting ikut landasan agama. itu yang paling berkat sekali. tapi yang aku perasan ramai lebih penting kan adat dari agama. mungkin itu yang menyebabkan satu majlis mungkin menjadi rumit untuk diadakan.


so pada korang yang masih mencari dan tengah mencari jadikan agama sebagai rujukan utama dalam hidup korang yer,, aku dah lepas, tapi mungkin ini boleh menjadi panduan untuk anak atau adik-adik aku yang belum lagi melepasi fasa yang kita bincangkan kali ini. 






psttt... doa doa lah dapat cari jodoh dengan orang yang dekat dekat aje.. hik hik hik.. peringatan untuk ahli keluarga terdekat aku.. llalallalal~~~~~






kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

6 comments:

  1. wah, pergi merisik orang kelantan yer..huhu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ak ah.. hihih.. first time ikut majlis begini.. heheh seronok jugakk

      Delete
  2. MA org kelatan la...hehehe..singang tu senang aje nak masak..mmg sedap pun..masa tunang dulu pun wat biasa aje majlis kecik2 aje x de mini pelamin ke apa suma..ikut adat kelantan mmg simple aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??? simple sangat... tak yah nak susah hati, pilih baju, pelamin bagai.. hohohohoho...

      Delete
  3. sedap nye singgang daging 2..trliur ambe nengok..t blik klantan nk suh ma masak lah.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuka orang kelantan eh?? memang sedap sgt... tp kene made in kelantan la.. baru betul kaw... hihihih

      Delete

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails