Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

LaGi PaSaL SeTiA HuJuNg NyAwA vs SeHaNgaT AsMaRa

wakakakkaka... minggu ni dah minggu akhir citer ni kan? hoooo. tak sabar nak tengok ending dia, nak tengok sama ke tak dengan novel. hahahhah aku memang macam ni, kalau tau sesuatu citer tu adaptasi dari novel, mesti sibuk cari novel tu, kalau tak baca lagi, kalau dah baca mula la nak banding-bandingkan jalan cerita novel dan drama. pas tu mula lah membebel-bebel depan tv, kalau jalan cerita dia tak sama dengan novel. wakakakak.. memangsahjenisgitu,,, wakakakakak

Sebenarnya, kalau kita tengok sekarang kan dah banyak drama yang diterbitkan adaptasi novel terkenal, aku rasa penerbit lebih bijak untuk mengambil perhatian penonton tempatan sekarang, di samping menaikkan rating tv mereka, penulis pun mungkin mendapat habuan juga, manakan tidak, sebagai contoh, setia hujung nyawa yang ditayangkan baru baru ni, selepas si ammar aka zain minho tu meletup kat Malaysia ni, automatik bukunya juga dicetak semula dan laris dipasaran, hurmmm beruntung si penulis novel, harap-harap berbaloi kali ni. karyanya diangkat menjadi drama, dan novel pun laris di pasaran walaupun buku tu rasanya dah lama ada kat pasaran.

hohoho... yang terbaru menggantikan drama ADAM DAN HAWA yang disiarkan di ASTRO HD ialah SEHANGAT ASMARA lakoran Adi PUTRA dan pelakon cantik manis RITA RUDAINI, walaupun dah senior, tapi aku rasa Rita sangat comel. serius aku tak sanggup nak langgan mustika HD yang beratus-ratus tu, tak pe lah sekadar tonton online atau donload di internet saja. tak kisah la lambat dari orang lain pun, janji aku dapat tengok jugak kan. lebih lebih lagi baru baru ni kontroversi kat  facebook, ramai yang marahkan pihak ASTRO sebab adam dan hawa akan diulang tayang di astro Prima, hangin betul mereka yang langgan mustika HD tuh,, hahahahha op kos la,, kalau aku pun hangin,, kalau tau macam tu baik tunggu je dia siar kat channel biasa kan?? itu kalau aku la.. korang aku tak tahu la, ada jenis orang yang memang nak up to date. wakakakakka... itu hak korang. lalalalla~~~~


pssttt... aku ni dah macam tak de idea je.. kenapa? huhuhuhhu... adehhh lemah badan, banyak menda nak kena buat akhir-akhir ni. semua menda nak kejar, aku takut ada yang tercicir nanti.. wakakakak.. korang doakan aku yer? aku masih menanti berita baik yang aku tunggu baru baru ni,, di bulan febuari yang indah ini.. lalalallala ~~~~`


kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

No comments:

Post a Comment

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails