Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

Tip- DIY BoKeH

cehhh,, macam hebat je bunyi tajuk entri,, opsss,, jangan salah faham, bukan aku yang nak bagi tip, tapi aku  nak kongsi tip. dan belajar lagi cara nak buat bokeh, seperti yang sedia maklum tahu aku memang minat fotografi, dan memiliki DSLR sendiri. ada la teman lens 50 mm yang baru dibeli. hohoho...

hujung minggu sambil keje kat kounter godek-godek la belog best ejad photopoyo, dia ada citer pasal tip untuk tajuk di atas, klik sini, korang boleh tengok terus cara nak buatnya. aku suka sangat belog ejad ni sebab aku rasa dia guru yang sempoi, jujur, realistik dan mudah difahami. wakakakka...

godek punya godek lagi, ternampak pulak bokeh yang comel tuh,,, bese kan kalau gambar bokeh booolat bulat je kan? itu pun dah terliur tengok... itu kalau korang minat memukul la,, kalau tak paham apa itu bokeh maunya korang tengokkk je gambo tu kan? hahahahah
sila tengok gambar kat bawah...





na.. terliur tak?? tu baru sikit tau.. nak lagi hebat korang tengok kat pak cik gugle eh??? 


serius, memang terliur nengok ye ha... aku pulak jenis yang suka mende2 pelik dan comel begini, aku sukakan kelainan skit, kikikiki,, lain la sangattttt. tambah menyakinkan apabila si ejad mengatakan yang 50 mm memang sesuai sangat ( sebab murah dan mudah dimiliki oleh tukang pukul ) untuk di buat bokeh. so,, aku pun sangat lagi teruja untuk mencubanya, so petang-petang yang panas ini aku godek-godek lagi cara-cara mudah untuk membuantnya, so ini yang aku jumpa.. hope boleh bagi idea buat korang, aku pun tengah cari bahan nak buat gak ni, cari punya cari tak de pun kertas hitam yang boleh di buat kata ejad lagi kertas putih dan cerah tidak digalakkan, so aku jujur dulu, ikut la mereka gunakan kertas hitam, tapi, aku postponed buat mende ni kat rumah atau sehingga aku beli kertas hitam yang sesuai nanti. untuk hari ni aku just cari idea dan blogwalking cara DIy yang betul.. wakakakakka...  bangau lagi aku hari ni,, lalalalalla~~~~








okeh,,, ini yang aku jumpa kat pak cik gugle, macam seronok, tapi kalau tak mula nak buat macam mana nak rasa keseronokan yang sebenar, so.. peringatan untuk diri aku sendiri, mulakan dari sekarang lieza!!!!! jangan banyak sangat membangau! kursus dah pergi, barang dah ada, apa lagi kau nak???? wakakakkaka... 






psttt,,, nanti bila dah siap aku tunjuk kat korang hasil yang aku dah buat okey tak?? jom sapa nak share dengan aku... silakan... ahaksss
 arghhhh baru ni ada p wat shooting amik baju pengantin satu butik nih.. malu la nak tunjuk,,, nanti dah ready aku menunjuk yer... wakakakakka... doa kan aku keyh..




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

CPUV & CPC KeMpEn || IkLaN DaRi NuffNaNg

hokey, sila mengerti entri ini dikarang sewaktu hati sedang membakar kepanasan. 

sebelum aku lebih melalut lagi aku nak kongsi sikit berita gembira ngan bloggers sekalian, entri ini hanya untuk mereka yang menjadikan belog sebagai pendapatan sampingan di samping melampiaskan nafsu anda untuk menulis, wahhh bahasa aku!!!! erkkkk. so pada sesiapa yang tak ada hati pun nak jana pendapatan dengan berbelog, sila baca sahaja entri ini, yang mana yang baik sila jadikan amalan, yang tak baik sila buang jauh-jauh! Arasso??  ( hah sudah.. korea pulak ) kenapa dengan kau hari ni lieza oi... grrrrrrrr

tadaaa... berita baiknya.

 sila klik gambar, supaya korang tak perlu la sampai nak hantuk kepala kat skrin untuk tgk detail dalam gambar tuh...


hehehehhe... nampak tak kotak-kotak tu. ha... ade kempen CPUV baru, dan masih on going.. seronok tak terkira la wehhhhh.. tak sabar nak jadi macam budak kecik tuh. and, nak capai mimpi-mimpi yang aku cerita hari tu. hahahahha.. serius, aku memang nakkk okey, kalau tidak aku tidak berusaha untuk update belog, cari bahan, walaupun tidak sampai menyusahkan diri. sebab aku dah cakap  aku berbelog awalnya hanya kerana orang ada belog, dan aku memang suka menulis, tapi dah lama aku tengok ramai je jadikan blogging ni sebagai pendapatan sampingan, jadi apa salahnya aku cuba! kan kan kan? bukan susah pun. tak payah bayar pape, tapi boleh dapat duit. sapa tak nak? aku nakkkkkk... hahahhahaha

jadi please jangan ada pulak yang cakap, ala,,, jangan harap sangat la duit nuffang tu, berblog la secara ikhlas la, bla bla bla, yang mana kata-kata mereka ini meruntuhkan semangat ramai bloggers di luar sana yang nak jana pendapatan mereka. ( mood marah sudah masuk ) serius, kalau korang rasa korang jadikan blog tempat korang kongsi peribadi korang dengan orang ramai, terserah! aku tak marah, kalau korang nak jadikan blog sebagai pendapatan koang pun aku tak  marah! tapi tolong jangan jatuhkan semangat orang lain hanya kerana minat korang yang berbeza, ade je aku tengok, konon tak harapkan duit nuffnag tapi iklan nuffnag tepek merata kat belog depa, ape tu? kalau tak nak tak yah la letak kan? hipokrit! sorry to say, hari ni entah mengapa ayat sedikit pedas panas dan menyentap. adoyaiiiiiii

betul, kite berblog memang la kena ikhlas, tapi kalau dah mende tu boleh jadi pendapatan yang lumayan apa salahnya cuba kan? ramai je aku tgk blogger yang bagi tips dan cadangan atau nasihat atau perangsang yang baik, kan ke bagus begitu? seronok jeeee mata membaca.. lalallala~~~ seronok kan? ada orang support apa yang kita buat? kot ye pun kita buat mende yang salah, jangan la terus hentam saja. nasihat la cara yang lebih baik, kalau tak pandai nasihat, baik diam. kikikikikikiki

okey,, mood sedih pulak,, huhuhuhuhh



 CPC)cost per clik campaigns
These are earnings from banner ad campaigns according to the number of clicks the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.


cuba tengok gambar tu. ade tak sapa-sapa boleh terangkan, kenapa masih di situ dan belum di masukkan ke dalam amaun akaun nuffnag, hari tu penah tanya budak kecik, dia cakap sepatutnya setiap hujung bulan memang akan di kira dan di jumlah ke dalam amaun akaun kita? tapi aku punya sejak 2012 masih di senaraikan di situ.. hohohoh. dah puas tanya pihak nuffnag, tapi aku tak faham dengan jawapan yang diberikan atau depa yang tak paham-paham dengan soalan yang aku tanya berkali-kali,, sedihhhh dan sadiss wooooo... 

paling sedih, budak kecik cakap satu kempen biasa boleh dalam banyakkkkkkk,, tp biasa nuffnag akan hantar email la, tapi kes aku kat tab earning tu memang ada, email tak pernah dapat. so aku nak tanyala ade sape2 yang boleh bagi pencerahan? wakakakkaka... 







pssstt... kalau ada sapa-sapa sentap dengan ayat entri kali ini, sory yer??? tapi betul apa aku cakap, especially pasal mengharap duit nuffnag tu.. wakakkakaka.. kalau kita usaha, tak kan la kita tak berharap apa-apa kan? at least kita sabar dan terus berusaha, itu yang penting, itu pandangan aku la, kalau dapat aku jugak yang senang, kalau tak dapat, aku tak rugi apa-apa pun.... masa tu baru lah boleh cakap, apa kata jadikan belog ni sebagai tempat melampiaskan nafsu menulis aje.. wakakakkaka.. peace!!!!



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

TaRiKh SeBeNaR PRU 13

oooo... panas panas, entri kali ini sedikit panas, bukan panas apa, panas sebab kalau korang baca akbar sekarang memang seringkali kepanasan, aku dah lama tak menikmati membaca akhbar tempatan, luar negara jauh sekali, selalu aku hanya mendapatkan berita berita terbaru dari belog atau pun internet yang ada, dan aku rasa ia lebih telus, bukan aku sorang yang berpendapat begitu.

aku rasa entri kali ini lebih berani, bukan apa, hari demi hari aku rasa makin takut dengan perkembangan dunia sekeliling yang semakin tak tahu apa, yang mana  betul, yang mana salah, yang mana kita patut percaya, yang mana kita patut siasat dengan dalamnya. hohoho,, berat berat berat sungguh tanggungjawab ynag dipikul kita. aku percaya kehidupan kita ini adalah pilihan kita, kita yang memilih untuk jadi bagaimana. sekadar berserah tanpa usaha tidak akan kemana, jadi apa rancangan kita? lebih tepat lagi apa rancangan aku??? wakakakkakak.. aku sendiri masih lagi tercari-cari. bukan senang nak buat keputusan untuk menjamin masa depan yang baik, tapi aku percaya, aku hanya mampu merancang dan berusaha, tapi ALLAH yang lebih hebat merencana. semua ketentuanNya.

sape tahu tarikh sebenar PRU 13? itu je yang aku nak tahu sebenarnya, bukan apa pun, heheheh 
aku bukan nak berpolitik kat sini, apetah lagi memprovok atau menghasut
kita diberi akal yang sempurna, kita berhak memilih, dan kita harus menilai sebaik-baiknya.
lepas satu satu isu timbul, semuanya perlu di nilai dengan sebaik mungkin.

adehhh serius pulak entri kali ni.
memang kena serius weh... ini melibatkan masa depan kita, masa depan anak cucu kita!!
wahhh macam YB dah aku nih.. kekekekekek

dah la, aku sendiri naik muak dengan entri aku kali ini,
jangan sampai korang muak baca blog aku suda...
hari saja nak meluahkan apa yang terbuku di hati,
nak luahkan banyak lagi sebenarnya, tapi tak mengapalah, medium ini ku rasakan tidak berapa sesuia, bukan semua orang boleh menaakul penulisan dengan baik,
dan yang penting bukan semua orang boleh menulis dengan baik tanpa disalah tafsir oleh segelintir pembaca,
kang tak pasal-pasal aku kene saman bagai kalau salah cakap.. 
tak sanggup den, 
duit nuffnag pun tak masuk-masuk lagi nih..
wakakakkakak....
sabor je lah!!!!



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

222 | My FoLLoWeR

wakakakka.. agak lama menyepi, hanya sekadar memerhati, dan berjalan di alam maya merentasi belog ke belog,, cewahhhh ayat,, puitis bagai! lalalalla~~~~

okeh, entri hari ini, terkejut tengok jumlah folower yang saban hari meningkat dan meningkat lagi, terima kasih kepada yang sudi untuk menjadikan belog wakakkaka ini sebagai belog yang kamooo semua ikuti saban hari, ahaksss... 

oh yeahhh.. hari ni jumlah follower bertambah kepada 222, angka yang cantik kan? i like gitu, 222 adalah nombor yang sangat sinonim dalam kehidupan aku.. hehehehhe.. aku memang suka angka 222, kebanyakan kata kunci aku juga berangka 222. heheheh pendek kata entri hari ni memang untuk angka 222 lah.. kikikikih.. 

okeh sempena angka 222 ni aku nak buat spesial sket entri kepada follower yang bertuah, apabila menjadi follower yang 222, ( 222 lagik... wakakka )


okeh, jangan jeles ye orang lain, bukan tak berterima kasih, tapi sebab angka 222 ini sangat bermakna pada aku.. hehehehhe,, jadi ini lah dia blogger yang comel yang telah menjadi follower aku yang ke 222. hadiahnya??? hahahhaha.. hadiahnya aku tepek la blog dia kat sini, so korang jangan segan-segan silu untuk terjah belog beliau, jangan lupa tinggalkan komen, dan selalu-selalulah jenguk sambil klik iklan yang ada, kasi up trafik dia sket... hehehehhehe boleh gitu??? boleh kan??? hik hik hik...



na,, inilah dia belognya. heheeh walaupun followers dia lebih ramai dari aku. tapi aku tetap nak tambah angka kat follower dia tu, hehehhehe.. orang kata makin ramai follower makin populor belognya.. betul ke tidak aku sendiri tak pasti. yang pastinya beliau merupakan follower yang ke 222 belog aku..

okeh,, sebelum korang naik muak dengan entri aku kali yang dari tadi asyik tulis 222, baik aku belah dulu,, cau cin cau... tunggu next entri keyh.. bubbui... 



psssttt... 2 ke 3 minggu ni busy semedang aje... baru-baru ni duk giler pilih buku, nanti aku citer kemudian, banyak giler novel yang perlu mendapat belaian manja dari aku.. lalalallala~~~~ memang mood gile novel dah datang, itu belum lagi KLBF nanti.. tak sabar rasanya. Moodtamakmeraja~~~
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

MaNFaAt Surah AL- KaHFi

dihari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari


Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

 Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]



pssstt ...jom!! sama-sama kita muhasabah diri










kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails