Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

DiY BoKeH | Part 3

haloha..... hurrmm, seperti yang dijanjikan aku sambung lagi cerita photografi yang amat kuminati sekarang ini. wakakakkak... kali ini kan aku nak cerita skit la macam mana aku buat bokeh yang berbentuk comel kat belakang gambar bear tecit aku tuh.. kalau sape2 tak tgk lagi sila la tengok sini


hurmmm.. tak payah la nak banyak sangat kata kata kan, so aku tepek gambo sket supaya korang boleh la tengok sendri. kalau aku tak cerita panjang pun korang dah boleh faham,

 baik.. gambar di atas menunjukkan barang barang yang aku guna untuk buat bentuk bulat bokeh itu berubah bentuk seperti yang aku inginkan. gadget aku tak mahal, semuanya dah tersedia depan mata, cuma jangka lukis kecik comel berwarna pink dengan kertas hitam tu je aku beli kat tunas manja dekat dengan opis aku. heheheh... 

kemudian aku ikut je la ajaran sifu yang aku sukai itu. ejad photopoyo, memang poyo bunyinya, tapi dia memang superb, sebab ilmu yang dia ajar mudah meresap masuk dalam otak yang tak bape nak cair nih. serius aku memang tak kan faham kalau orang ajar dengan bahasa bunga-bunga. tapi ajaran beliau sangat mudah diterima pakai. 

yang ini bentuk yang sudah pun aku buat sendiri, walaupun tak ade lah istimewa sangat, tapi untuk permulaan aku rasa jadi la, next, bila dah betul2 ada masa aku akan buat yang lebih pelik dan menarik, then masa tu aku nak paksa incek hubby bawak aku pergi ke tempat yang banyak cahaya kat shah alam tu, entah apa nama entah, aku lupa pulak nama tempat tu. sebab aku malas nak fikir n gugle korang fikir sendri la tempat tu yer, aku nak sambung baca novel pulak ni, tak ada masa nak soal pak cik gugle tu dah.. wakakakkak

sekali cubaan saja aku dah boleh buat, cuma aku rasa boleh memantapkan lagi skill yang ada untuk kemajuan diri sendiri. wakakkaka,, hope korang yang berminat pun dapat buat. satu je tips dari aku yang tak bertauliah ni. jangan malas! semua benda kita boleh capai kalau kita rajin dan berusaha dengan bersungguh2. kalau asyik nak membangau saja,, apa pun tak boleh...

korang boleh baca entri yang sebelum ni.. klik je kat bawah ni. senang...

part 1

part 2



pstttt... sekarang ni aku tengah gile belajar untuk buat stock photo dengan sifu senior aku.. hahahhaha... menarik jugak, mana tahu boleh tambah pendapatan. sambil menyelam boleh tangkap ikan tak??? wakakakakkaka
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

DiY BoKeH | Part 2

wokeh.. aku tau ade yang tertunggu-tunggu hasilnya, kali ini aku malas nak tulis banyak. korang tengok la sendiri hasilnya. sebab aku rasa, entri ini mungkin akan bersambung lagi kepada part 3, jadi, save kan perkataan untuk part 3 tu nanti.. sebab paling utama aku tengah serabut dengan banyak perkara yang berlaku kat sekeliling aku. walaupun tidak terjadi pada diri aku, tapi kesannya tetap terpias sikit kat aku.. bahasa apa la terpias tu... kalau korang faham, faham je la.. kalau tak,, buat-buat je la faham yerkk... 

cauuuu... sila tengok hasilnya kat bawah. 



 







pssttt... memang ada banyak kurang di setiap gambo, sila abaikan dua model tenonet tu... 
fokus pada bentuk2 yang terhasil di belakang model tersebut..
kalau ikutkan nak buat di luar, tempat yang ada lampu2 cantik,, 
tapi tak berkesempatan lagi.. terpaksa la guna model tenonet yang memang setia menemani aku kat opis... 
wakakakakak...



part 3 nanti aku tunjuk ermmm... peralatan sebenar yang aku gunakan.. chekadout...
 

kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

ShOpPiNg WiTh ZaLoRa

helo helo helo...
wahhh dah agak lama menyepi, urghhhhh,, aku sendiri tak faham apa yang aku sibukkan sangat, mungkin terlampau banyak mende nak buat dalam satu masa, jadi aku sendiri tak tahu apa menda sebenarnya yang aku nak lebih dalam hidup. hahaha semua mende nak buat,, semua perkara nak cuba.. alhamdulillah masih sempat bernafas lagi nih. kekekekek

tengok nih... cun tak?

na... cantik tak kasut tuh. GIsa colection. nak tengok lagi? meh aku up lagi gambo nyer.. tengok puas-puas dulu.. nanti aku citer yer..







hurmmm.. okeh, nak citer sket, kisahnya bermula apabila Zalora team komen kat satu blog entri aku nih. tak caye, klik SINI

okeh, bermula dari situ, apabila mereka memberikan baucer sebanyak RM50. dengan syarat mesti beli barang online dengan ZALORA la... hak hak hak. okeh.. mula-mula macam tak caye je. sebab perkara utama aku tak senang nak percaya dengan online bagai ni. sebab? aku sukakan yang real. kalau dapat pegang. test pakai, bau-bau sket barang tuh.. baru decide nak beli, tapi kadangnya semua dah buat, tapi tak beli jugak.. kekekekek bikin panas gurl yang jaga kedai ade lah.. wakakakkka..

tapi.. sebab ZALORA dah bagi baucer, jadi aku pun setuju la nak beli. so merata la aku melihat-lihat ke dalam website ZALORA yang cun melecun tuh. selama ni asik tengok-tengok je.. sekadar tengok dan tengok je la. tapi kali ni tengok ada makna. ahaks...

okey, pertama kali nak beli barang dengan Zalora, aku rasa agak menyusahkan. memang la susah untuk aku yang pertama kali beli barang online. banyak mende yang aku terlepas pandang, walhal semua tatacara yang patut kita buat dah di tulis pun dalam web tu. SILAP aku la tak baca dulu kan... membangauuuu jekkk...

bila dah godek2 web tu, macam -macam la jumpa barang yang aku rasa menarik sangat, tapi di sebabkan budget aku hanya barangan bawah RM 100, jadi aku sort terus, senang korang, tak payah nak sakit hati tengok barang berkenan tapi tak mampu nak milik. kan.. baik sort terus.. dah terang-terang barang yang korang tengok tu korang mampu beli. yang tu aku suka ZALORA punya cara, kekekekek.. kalau setakat cuci-cuci mata ataupun nak aim barang lain boleh ke korang nak tengok, tak jadi kesalahan pun. tengok lah..

then, dah jumpa idaman hati. mula-mula tu rasa serba salah jugak, mana lah tau kot-kot gambaran tak serupa dengan kenyataan. tapi apa aku kesah, kira berbaloi jugak dengan baucer yang aku dapat, baik try je la dulu, and kalau pasal size, memang aku risau jugak, maklumlah kaki jenis aku ni memang tak muat nak pakai kasut pattern vincci yang cute miut tuh.. so aku redah je pilih size biasa yang aku pakai, dan rancangan aku, kalau betul tak muat atau besar, aku boleh test return form diorang. jangan tak tahu, return delivery mereka free, so tak yah risau kalau barang yang korang dapat tu tak memuaskan hati.

masalah berlaku bila aku tak baca habis pun terma yang patut di ketahui oleh buyers, ye la, selok campur tak faham mende. bila tersalah langkah aku ingatkan baucer aku tu kira burn, (dalam hati, tak dapat la kasut baru) tapi jangan risau, ZALORA TEAM sangat senang membantu, email je mereka, mereka akan terangkan apa yang patut kita lakukan. serius aku mula nak give up je. tapi bila ZALORA team banyak membantu, sampaikan lah aku dapat membuat pembelian sehingga memasukkan jumlah yang selebihnya, kemudian kasut tersebut sampai ke opis aku hari tu, aku jadi lega, bila dapat kasut, test and jalan bape langkah, aku senyum sorang. hehehehe.. dalam otak duk fikir... hurmmmm pas ni senang la, shoping je ngan ZALORA, semua hujung jari. mudah, tak panas, sambil duduk je, 

hurmmm.. tak sempat la nak try return form diorang, sebab kasut tu memang sesuai dan elok dengan kaki aku, walaupun ada saja orang menegur, kenapa aku nampak tinggi, serius,,, kasut ini memang tinggi, tapi sangat selesa. tak tergelecok pun, sebab wedges kan??

so, rumusannya.
  • ZALORA macam-macam ada. pilih saja.
  • senang je nak buat pembelian kalau korang baca dulu langkah langkah yang di paparkan dalam WEB mereka.
  • kalau ada masalah sekalipun TEAM ZALORA sedia membantu.
  • tak payah nak susah-susah beratur, berjalan ke sana sini.
  • harga masih lagi standard, nasihat aku kalau nak free postage lebih baik beli lebih dari satu barang, ajak kawan-kawan shoping sekali. 


so??? tunggu apa lagi? terjah la ke ZALORA sekarang, kalau jadi ahli dapat lagi 20% diskaun. menarik la sangat untuk kaki shoping yang jenis tukar barang setiap kali gaji keluar, tak payah korang berebut dekat kedai. tak buang tenaga pun.. wakakakkakaa










kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails