Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

KiSaH CiNta FaZuRa & SaM




hye hye hye.. semua, kali ni entri gedik dah muncul kembali, setelah sekian lama tak melayan drama melayu selepas setia hujung nyawa, kali ni kemunculan si cantik manis FAzura yang aku sukeeee sangat tengok perempuan nih.. aku rasa dia cantik luar biasa. hahahhaha.. nak kata peminat tegar, tidak juga, cuma memang suka tengok wajah cantik jelita dia. tapi kalau la dia mula berhijrah seperti sesetengan artis lain yang tampak lebih manis jelita dan cun, lagi la bertambah tahap keminatan aku tuh.. kekekeke merapu dah ni.

well sekarang ni start semalam 8 mei, dah tayang kisah cinta, drama terbaru yang membuatkan aku memberi amaran kepada incek hubby supaya membenarkan aku melayan tv, bukan selalu aku layan, selama ni dia dan budak kecik tu je yang konker tv tuh.. aku??? apa ada kisah? tapi kali ni, sebab fazura cantik sangat, jadi aku rasa teruja nak tengok dia belakon.. wakakakkaka.. sengal sungguh.  jalan cerita yang aku copy dari belog admya ni pun nampak macam menarik, kalau korang nak tengok lebih detail boleh je pergi klik sini

so,, enjoy the story...

sinopsis...


Azalea(Fazura) anak pemilik hotel terkenal secara tak sengaja bertemu dengan Shah(Shaheizy Sam) dalam satu kemalangan yang membabitkan ibu Shah dan bapa Azalea.Bermula dari detik itu, hubungan mereka jadi rapat disebabkan mereka mencari jawapan untuk segalan persoalan yang timbul dari kemalangan tragis tersebut. 

Mereka saling benci membenci dan menyalahkan antara satu sama lain atas kejadian yang berlaku.Namun,persoalan timbul mengenai hubungan ibu Shah dan bapa Azalea.
Shah menemui surat milik ibunya dan Zainal. Begitu juga Azalea yang menemui surat bapanya kepada Zaharah.
Shah mahu saja buang surat itu kerana tidak mahu ada yang terluka bila mengetahui kebenaran,namun dihalang oleh Azalea.

Shah dan Azalea cuba menyelami kisah cinta Zainal dan Zaharah berpandukan surat-surat tersebut.Mereka mula menjejaki kaki ke tempat-tempat yang tertulis dan mencari nama-nama yang terlibat.Dalam tidak sedar, Shah dan Azalea mencita kisah mereka sendiri di atas perjalanan kisah ibu bapa mereka. 

Ia tidak semudah disangka. Kekasih Azalea Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina,mama Azalea juga tidak suka akan tindakan Azalea.Baginya Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan pastinya Shah seperti ibunya bukan anak yang baik.Dalam merungkai jawapan, Shah terpaksa berkorban sehingga dibuang kerja. 

Apakah pasangan ini cukup tabah menghadapi situasi  dan emosi?Kisah ibu bapa mereka mempunyai keberangkalian yang mereka adalah adik beradik.Adakah ini kenyataan yang harus diterima?
pssstttt... dah lama tak jatuh suka dengan lagu siti Nur haliza, tapi sejak Galau keluar, tiba-tiba tersuka la plak.. wakakakakakka
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

4 comments:

  1. best citer ni weh..suke aku tgk fazura..muahaahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm.. kalau tak beh aku tak beria.. wakakakkaka

      Delete
  2. mmg teman pun suka Fazura ni.. cantik kan.. natural beauty lea dia ni.. senyum dia pun lawa.. suka tgk gigi dia yg tersusun tu

    ReplyDelete
  3. You have made some really good points there. I checked on the web to learn more
    about the issue and found most people will go along with your views on this site.


    Feel free to visit my website - book of ra tricks tipps

    ReplyDelete

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails