Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

HaRgA AyAm DaH NaiK

Salam Ramadhan semua,
hohohoho.. entri kali ini memang mencengkam jiwa di bulan puasa. hahahha... hari ini hari isnin... oh sungguh menduga kesabaran bekerja hari ini. ada saja perkara yang membuatkan aku hampir hilang tahap kesabaran yang tak seberapa nih. tapi alhamdulillah, berkat berpuasa, istighfar banyak sket, Allah berikan kemudahan untuk senyum semula.. wakakakaka.. alhamdulillah.

Sempena bulan puasa ni banyak la benda yang aku cuba disiplinkan untuk berjuang menjadi seorang manusia yang lebih baik dari semalam. alhamdulillah jugok setakat ini Allah berikan kemudahan untuk aku. korang doakanlah semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan aku untuk menjadia manusia yang lebih baik dari semalamnya. itu adalah target hidup sejak menyedari usia semakin menginjak ke tua.. hahahahahha.. tak kelakar okey.

hoh! apa kena mengena dengan tajuk entri kali ini? op kos la nak up rating sket kan?? al maklumlah isu barang naik sekarang menjadi topik utama bualan rakyat jelata. aku slalu dengar kawan-kawan bising, kat tv tak bising pun? slalunya kat tv la slalu memperjuangkan isu-isu kenaikan ini. kekekekek.. entah la.. kalau ikutkan nilai duit sekarang RM 50 tu tak dapat beli apa pun, setakat nak beli susu anak aku pun tak cukup. hoohoho... sadis weyh... kalau ayam, makanan harian ni pun sampai tahap RM13 sekilo? masak ketam je la jawabnya, penggemar ayam sila bertukar selera anda kepada ketam, walaupum binatang itu lebih mahal harganya.. huhuhuhuhu.. urghhhh merapu sudah. selagi tak hilang rasa tak seronok dalam hati ini, selagi itu la blog ini menjadi tempat merapu aku.. hahahhaha.. suka hati aku la kan? tulisan aku.. 

kalau nak ikutkan bukan ayam je yang naik, semua keperluan harian, kalau korang perasan la, kalau tak perasan tu maknyanya kewangan korang memang sangat stabil lah! aku denggki kat korang. tapi apa boleh buat? dah ini yang kita pilih kan??? nak kembali ke zaman dahulu? memang tak mungkin la kan? kembali di mana seringgit ibarat sepuloh ringgit. kalau nak macam tu, sila berhijrah ke indonesia atau kenegara watawang yang lebih rendah dari RM. kan senang??? semudah itu saja. hohohohoho..

okeyh.. dah buntu. kepala pun dah tak tingtong lagi dah. sejuk dah hati ini. bukan sebab melalut kat sini saja. tapi sebab dengar alunan opick dan hijjaz yang memuji kebesaranNya.  ALLAH......

semoga kita diberikan kesabaran dan kemudahan dalam menjalani dugaan dan cabaran hidup yang kadangkala mematahkan semangat kita.. amin~~~~~




pssttt... gambar pun tak de kene mengena dengan tajuk di atas.. tapi serius,, memang mahal sekaran nih.. hohohoho nasib baik la musim puasa tahun ni bukan musim panas semedang... peace~~~~



kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

SeBeLuM RaMaDhaN

Salam semua, agak klishe tajukku hari ini. entah mengapa terpanggil untuk mengarut sket pepagi nih setelah melihat kempen berkepuk2 masuk, blogbuster saja ada 4 kempen, tapi semuanya memerlukan kerajinan dan skill. so?? sila abaikan pasal kempen blogbuster tu yer.

apa yang aku nak mengarut kat sini sebenarnya? korang mesti tahu tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan, tak sabar nak tunggu bulan tu. kalau dulu masa jahil sket dulu aku selalu rasa seronok bulan puasa sebab nak raya, masa tu tak tahu pun nikmat dan kebesaran bulan puasa. tapi bila dah hampir tua nih, banyak mende yang aku belajar dan tahu pasal bulan ramadhan. masa ni la aku berlumba2 serius giler nak belajar quran, walaupun sejak kecil lagi aku dilatih dan di ajar membaca quran, tapi masih banyak benda yang aku perlu betulkan. orang kata makin banyak guru makin bagus bacaan kita. memang betul.

masa ramadhan ni jugak la aku boleh teruskan pelajaran untuk mengabaikan perasaan yang tak elok beraja kat dalam diri aku nih. hohohooo.. kalau dulu.. memang perasaan tu selalu saja menguasai diri sampaikan selalu lupa diri kalau bercakap atau berbuat sesuatu. tapi bila tiba bulan ramadhan ni. mood aku jadi lain macam sket. aku tak tahu macam mana orang lain mengatasi masalah mereka, tapi apa yang aku tahu bulan ramadhan banyak mengubah akau menjadi lebih baik, kalau tak banyak pun skit pun sudah cukup bermakna, asalkan perubahan itu bertambah dari masa ke semasa. 

adehhhhh.. jangan kata bila aku dah semakin membaik, tak ada dugaan dan cabaran mendatang. mungkin dugaan, ada saja perkara yang selalu mencabar emosi dan kesabaran, kalau dulu dah lama aku abaikan tapi sejak dua menjak ini kembali berhantu. hohohoho,, dah tak nak kembali macam dulu, aku sukakan keadaan waktu aku tak tahu apa-apa, tak peduli apa-apa pun ... urghhhhh... mungkin sebab aku selalu ambil tahu... hurmmmmm

dah lama tak mengeluh kat sini.

okeh,, rasa mengarut aku kat sini je la kot?? aku pun rasa dah okey je nih. wakakakkaka...  korang yang baca ni doakan lah yang baik-baik untuk aku, doakan aku jadi manusia yang lebih baik dari semasa ke semasa.


ps : target tahun ni nak khatam quran lagi dalam sebulan ramadhan yang ada. doakan aku yer??? 
wohohooooo
kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails