Xxpresi diri anda

TaBuNg

FoLLoW Me I WiLL FoLLoW U

PrAy FoR SyRiA

Assalamualaikum...

masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada semua korang2 yang membaca entri kali ini. hohohoho... macam dah nak kembali bersawang je blog ni kan? kekekek.. op kos la,, idea je banyak, tapi menulisnya tidak.. guane nak aktif? kempen pun segan silu nak masuk.. wakakakka.. pape pun aku tak nak membebel banyak dengan masa yang terhad ini, sebab di bulan syawal yang mulia ini aku banyak menda nak kena settle dan banyak mende jugak yang aku nak tekadkan dalam diri aku ni. maklumlah selepas bulan puasa yang penuh barakah yang lalu aku banyak mengambil berkat bulan tersebut untuk lebih banyak merubah diri,, sedikit demi sedikit, mungkin tidak nampak dengan pandangan mata kasar, tapi cukuplah hanya ALLAH yang tahu. ermmm bimbang juga kalau menimbulkan riak, cuma tujuan di tulis disini hanya sekadar untuk mengajak korang2 kat luar sana, kalau-kalau ada keinginan untuk merubah diri menjadi lebih  baik.. jommm.. aku sarankan jangan berfikir panjang. jangan berfikir tentang pandangan orang. kita tekadkan dulu dalam diri sendiri, buat ke tak buat, teruskan ke tak teruskan  itu belakang kira, yang penting kita berdoa semoga ALLAH tetapkan hati kita untuk terus kearah kebaikan, dan apa yang aku rasa paling penting ialah, semoga ALLAH tetapkan hati aku, dan jauhkan aku dari sifat riak dan meninggi diri.

ermmm.. rasa macam tazkirah la plak kali ini.. jangan bosan yer? jom sama-sama muhasabah diri kita, supaya menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. jangan pula asyik berada ditakuk yang lama, berpuas hati dengan iman yang ada,, hohohoho.. see??? mood tazkirah lagi.. hehehehhehe... pape pun lepas ni mungkin entri aku juga akan berubah lebih kepada maklumat dan perkongsian yang lebih bermakna. mungkin juga akan ada luahan-luahan bertepi di mana emosi menguasai diri, mohon teguran dari korang2 semua yer?

untuk permulaan jom.. cakna dengan isu dunia sekarang.. 
dulu aku memang tak cakna,, sekadar ambil tahu hujung telinga, tapi bila dah ada kesedaran, mungkin disedarkan atau tersentak dengan keadaan, maka bermula lah episod cakna dan ambil iktibar, jangan pula ada yang mengata, bercakap mengenai isu agama, tapi tampak diri tidak sehebat mana, niat aku satu, menyampaikan sesuatu, kalau ada kesilapan dalam menyampai tegurlah dengan cara berhemah, jika takut menegur maka berdiam adalah lebih baik dari menjaja cerita ke sana kemari. sungguh aku hanya manusia biasa biasa saja, hanya ingin ingat mengingati sesama kita, bukan kerana aku ingin mengingatkan maka aku tidak pelu diingatkan.. TIDAK,, aku juga perlu diingatkan... jadi.. sama-sama yer??? give and take... wakakakkaka...





ps: Hasbunallah wanikmal wakel...




kalau suka klik sekali.. kalau tak klik 2 kali;p

1 comment:

LaGi MeNaRiK Di SiNi

Related Posts with Thumbnails